Category Archives: My Kids Diary

Beza Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Saya ni tak berapa gemar sangat nak kelaskan anak-anak ikut gender. Tapi sejak dapat putri ni rasanya ada gap yang besar antara putri dengan abang-abangnya, hinggakan saya sendiri tak boleh nak approah dia dengan cara sama saya approach abang-abangnya 😅  Saya dah terbiasa dengan abang-abang, cakap kuat-kuat, suara tinggi walaupun tidaklah marah. Tapi dengan putri, tak… Read More »

Petua Hilangkan Hingus, Kahak dan Batuk Baby

Bila dah ada baby selepas 5 tahun tak ada baby… Semuanya macam repeat semula anak pertama… Barang2 baby pun semua dah bagi orang Seperkara lagi adalah tentang hal-hal baby especially bab sakit demam… Saya ni jenis tradisional, classic mom bak kata Fasha Sandha, hahaha. Walaupun anak saya fully vaccinate, tapi saya tetap fo for natural.… Read More »

Welcome Cik Putri!

Haha, setelah lama blog ni bertapa. Alhamdulillah, 26 hari nan lalu saya telah melahirkan seorang anak perempuan, selepas 3 orang anak lelaki… Syukur pada Allah atas kehadiran Putri. Putri saya lahirnya 2.7kg, agak kecil berbanding abang sulung mereka yang lahir 3.3 kg. Tapi sepadanlah dengan body emaknya yang genit dan comel ni hah. Hari keberapa… Read More »

Pengalaman Check-Up Mengandung di Klinik Kerajaan vs Swasta

Dari anak pertama sampai anak ketiga memang tak pernah check-up mengandung di klinik kerajaan. Sebabnya….? Ramai orang kot. Kasi can lah kat orang lain. Lagipun semua tu dicover oleh company… jadi takdelah kisah pun pegi jumpa pakar mana-mana pun semua company tanggung 🙂 Bila masuk anak yang keempat ni, consider ke klinik kerajaan, bukanlah semata-mata… Read More »

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar For Dummies

Kamilah yang dummies tu.  Kami punya KPI mesti penuhkan kehadiran anak ke sekolah. Kalau demam mesti ada MC. Tapi sayangnya, Hafiy tak hadir sekolah bukan sebab demam… Tapi terpaksa ikut kami ke business trip T__T  Dilema juga kadang-kadang, bila kami ada trip bisnes, tak ada orang boleh jaga Hafiy. Kalau adiknya berdua tu boleh tinggal dengan cikgu,… Read More »

Akhirnya Fahry Dapat MyKid

Fahary dilahirkan di Sarawak, sejak lahir memang tak pernah ada MyKid. Pernah pohon di JPN berdekatan (setelah balik ke Semenanjung) tapi tak boleh buat katanya… sebab Sarawak sistem lain. Jadi, selama beberapa tahun, Fahry gunakan pasport antarabangsa untuk naik kapal terbang domestik. Surat beranak besar sangat untuk dibawa ke mana-mana… Hinggalah pada tahun 2014 ini,… Read More »

Pembedahan Fahry di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM

Selama bekerja dengan syarikat gergasi tu dulu, sepanjang masa nak ke Prince Court aje lah. Maklumlah semuanya gerenti beres! Company tanggung semua! Tapi sebenarnya bil hospital swasta atau mana-mana tempat yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya memang mahal lah. Sekali jumpa doktor je dah beratus-ratus. Pertama kali ke PPUM, tak biasa dengan prosedurnya.. maklumlah dah lama tak… Read More »

Stimulasi Untuk Anak Berkaki Kudung

Mungkin di luar sana ada ibu bapa memiliki anak yang sebertuah Fahry, atau mungkin lebih bertuah dari Fahry. Ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang kudung kakinya haruslah menyimpan impian untuk lihat anak kita berjalan macam orang lain kan? Kaki palsu, solusi terbaik untuk mereka. Pemakaian kaki palsu ni, sebaiknya di awal usia, semasa mereka… Read More »

Hari Pertama Anak Masuk Darjah Satu

Alhamdulilllah, dah 3 Januari hari ni. Dah 2 hari Hafiy memulakan pembelajaran sekolah rendahnya. Homeschool? Nampaknya I’m not ready for that. Atau, lebih baik serahkan pada yang lebih pakar (Cikgu). Di rumah kita support dengan latihan dan sebagainya. Hmm  tapi Hafiy belum masuk sekolah agama lagi. Agak-agak mampu ke tak nak menyekolah-agamakan di rumah? 😀… Read More »

Selamat Hari Lahir, Fahry!

Nak juga update sebelum tamat tarikh 5 Disember ni 🙂 Kami ni bukan jenis wajib sambut birthday. Birthday is birthday, then what? Anak-anak asyik tanya “Bila nak ada birthday Hafiy/Fahry/Danny kat school?”. Yes, memang kami ada buat, mestilah kena happy-kan anak-anak di taska tu kan. Bila buat budak-budak happy, insya-Allah bertambah-tambah happy kita. Else, biasanya… Read More »

Buka Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji Anak-Anak

Sepatutnya dah buat benda ni lama dulu, tapi baru berkesempatan nak buat – buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak. Nak buka akaun Tabung Haji ni senang je sebenarnya. Cuma perlu bawa MyKid atau Surat Beranak (bagi kanak-kanak yang tiada MyKid macam Fahry) ke mana-mana pejabat Tabung Haji. Kami ke pejabat Tabung Haji Kota Bharu, alang-alang… Read More »

Kelas Renang Fahry

“Mami, esok hari apa?” “Khamis” “Lusa Jumaat ke?” “Ya, lepas Khamis tentu Jumaat” “Boleh tak, kalau Khamis tu lama-lama sikit, Fahry tak mahu hari Jumaat” Hari Jumaat adalah hari paling ‘blues’ bagi Fahry. Dia tak suka sangat, sebab ada kelas renang. Sebenarnya Fahry dah pandai berenang. Akan tetapi dia sangat tak suka ikuti kelas renang… Read More »

Sharing Anak OKU Saya Yang Istimewa

Alhamdulillah Fahry baru dapat kaki palsu baru. Nampak tinggi sikit dengan kaki baru ni, yang lama tu dah pendek sangat dengan dia. Kaki palsu buatan tempatan namun barang-barang masih lagi perlu import dari luar negara. Alhamdulillah, diberi kemudahan untuk menyediakan kaki palsu buat Fahry tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma prosesnya yang lama, hehe. Malah kaki… Read More »

Fahry di Usia 4 Tahun Setengah

Alhamdulillah, meniti usia bersama anak-anak yang kian membesar. Fahry, anak istimewa saya kini dah masuk usia 4 tahun setengah. Fahry memang sangat istimewa di mata kami semua. Bukan kerana ke-tak-macam-orang-lain.. hmm tapi saya rasa Fahry memang tak macam orang lain. Atau mungkin saya overrated. Tak apa lah kan. Kalau bukan ibu sendiri, siapa lagi nak… Read More »

Cabaran Anak Yang Makin Membesar

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kami dengan 3 cahayamata lelaki yang comel dan keletah. Semua pun dah besar.. Hafiy genap 5 tahun Oktober lepas, Fahry pula genap 4 tahun 5 Disember hari tu, dan Danny bakal menyambut ulangtahun ke-2 bulan Februari 2012. Yang paling becok tentunya si Fahry. Mungkin kelebihan yang Allah Taala anugerahkan buat Fahry.… Read More »