Kenapa Saya Hantar Anak ke Kumon?

By | February 28, 2017

Saya adalah antara emak yang mempunyai idea “tuisyen tak bagus untuk anak2” “kelas tambahan buat anak2 tambah stress”.

Ye.. sebab anak sulung saya pernah beritahu dia dah takmau belajar bila di rumah. Di sekolah dah belajar, pagi petang siang malam belajar. So kat rumah nak rileks, nak main.

Saya cuba utk jadi lenient seboleh mungkin. Yelah, semua mak nak yang terbaik untuk anak2 kan. Sape nak anak2 yang stress.. tertekan.

Tapi lama kelamaan saya dapati diorang ada sikit problem dalam mendisiplinkan diri untuk belajar. Dah tak ada fun macam diorang kecik2 dulu. Kecik2 dulu semua orang pun suka belajar, tapi recently diorang dah bosan. Agaknya penat dengan aktiviti belajar di sekolah. Homework pun buat asal siap je.

Satu lagi, anak2 saya ada isu dengan bahasa Inggeris dan Matematik. Kat rumah memang kami cakap BM. Kat sekolah apatah lagi. jadinya sepatah perkataan English pun tak pernah keluar dari mulut diorang.

Tahun lepas, saya dah buat tindakan sebenarnya nak galakkan diorang berbahasa Inggeris. Saya hantar Hafiy ke program Kids Public Speaking di Shah Alam (KLIK SINI UTK DETAILS).

OK.. nampaklah improvement sikit walaupun takde lah dia nak cakap English pun kat rumah.

So, start bulan Januari lepas, naik je sekolah, terus kitorang registerkan diorang ke kelas Kumon dekat ngan rumah ni.

Kumon ni dia ada 2 subjek je : Math & English. Kami amik dua2 subjek tu untuk 3 orang anak. Sebulan RM320 sorang, tapi anak punya pasal kan. Takpelah.

Suprisingly, diorang seronok pegi Kumon. Kelasnya 2 kali je seminggu, boleh pilih mana2 hari dan masa, ikut centre.

Balik2, semua menghadap homework. Berlumba2 nak buat. Maths diorang pun improved & yang paling obvious, masing2 dah reti cakap English dah kat rumah.

keep-calm-and-finish-your-kumon-12

So far so good. Cikgu pun baik. Diorang pun tak sabar2 kalau ada kelas Kumon or homework Kumon, diorang buat dgn tekun.

Saya nampak diorang lagi enjoy dengan stail Kumon. Mungkin diorang dah biasa & enjoy dgn child-led learning masa tadika dulu.

Jadi cadangan saya kalau mak-mak ada mendapati anak2 mempunyai isu dalam buat homework ke, English ke, Maths ke, you can consider sending them to Kumon. Boleh try sebulan dulu tengok. Alhamdulullah anak2 saya first class dah nampak perubahannya.

Ada dak mak-pak Kumon kat sini?

Category: Education & Learning My Kids Diary Parenting Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

9 thoughts on “Kenapa Saya Hantar Anak ke Kumon?

    1. admin Post author

      rasanya sbb tak ada sesapa yang ajar, sendiri2 buat diorang enjoy kot

      Reply
  1. Raihanah

    saya ada anak saudara yang ambil kursus matematik dengan kumon. latihan kumon memang mudah dan menarik. dan setiap helaian latihan diberi penilaian.

    Reply
  2. Ayah anak

    Kumon tak bagus..sekurang2nya utk math..kaedah menghafal..sampai betul2 hafal la senang cerita..homework setiap hari ganggu life budak2 tu..nk bahagi masa homework sekolah lg..nk buat homework kumon lg..subjek kat sekolah dh advance dia masih duk ulang2 benda sama tiap hari..stress budak tu..math bukan sekadar menghafal..ade kaedah penyelesaian utk menjwb setiap soalan..kumon ni bisnes je semata..contohnya selagi anak anda ada silap dlm penambahan..selagi tu la dia akan drag subjek penambahan tu berminggu2 lamanya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge