Pembedahan Fahry di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM

By | April 30, 2014

Selama bekerja dengan syarikat gergasi tu dulu, sepanjang masa nak ke Prince Court aje lah. Maklumlah semuanya gerenti beres! Company tanggung semua! Tapi sebenarnya bil hospital swasta atau mana-mana tempat yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya memang mahal lah. Sekali jumpa doktor je dah beratus-ratus.

Pertama kali ke PPUM, tak biasa dengan prosedurnya.. maklumlah dah lama tak ke hospital kerajaan atau yang separa… kerana saya berpendapat begini – kalau yang mampu atau company cover, pergilah dapatkan rawatan di hospital swasta… bukan soal bagus atau tidak, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kapasiti manusia di hospital kerajaan…

Yang mengejutkan, kami kena bayar RM5 je. Rasa macam nak menangis terharu. Biasanya jumpa doktor klinik biasa pun koman2 RM30 caj untuk jumpa. Itupun RM5 untuk daftar, lepas-lepas tu semua free. Banyak betul subsidi kerajaan untuk perubatan ni.. Semoga kita dapat nikmatinya sampai bila-bila.

Hari pertama ke PPUM, kami ke klinik Rehabilitasi di Menara Timur. Daftar, ambil nombor dan terus ke klinik tunggu giliran.

Bila doktor tengok keadaan Fahry, beliau refer ke klinik Orthopedik, kerana tulang fahry yang terbonjol keluar tu nak kena potong dulu. Aduhai memang lama lah queuenya… 3 bulan baru dapat tarikh untuk operation.

kaki Fahry

Kaki Fahry ni kena operate sebab tulang betis dia dah terkeluar (Fahry kan kudung…), jadi tak boleh nak pakai kaki palsu. So kena buang tulang tu, kasi dia licin semula macam dalam gambar di atas.

Horror memikirkan, tapi kita serah pada Allah melalui pengalaman doktor je la kan.

Doa-doakan Fahry selamat jalani pembedahan! Ada pengembaraan yang hebat sedang menunggu Fahry selepas surgery ni!

Category: Fahry Miracle Baby

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

8 thoughts on “Pembedahan Fahry di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM

  1. Amyz

    Bagi saya begitu juga. Kalau company boleh cover kos perubatan di hospital/klinik swasta, tak perlulah ke klinik/hospital kerajaan. Lama menunggu satu hal juga. Ramai orang yang mungkin lebih memerlukan.
    Semoga selamat dan dipermudahkan semuanya.

    Mesti Fahry pun tak sabar tunggu pengembaraan hebat tu. 🙂

    Reply
  2. kinna

    betul tu..kat klinik/hospital panel/swasta tak seramai kat gomen. syukur la kalau kampeni sediakan manfaat klinik/hospital swasta/panel.

    insyaAllah, semoga pembedahan Fahry dipermudahkan Allah..
    kinna´s menulis tentang ..Misi hari pekerjaMy Profile

    Reply
  3. zaa ina

    semoga fahry cepat sembuh 100%…boleh aktif seperti selalu…suka tengok semangat fahry masa menggapai bintang kuala pilah…love u fahry…tabikkk springgg kat fahry…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge