Hari Pertama Anak Masuk Darjah Satu

By | January 3, 2014

Alhamdulilllah, dah 3 Januari hari ni. Dah 2 hari Hafiy memulakan pembelajaran sekolah rendahnya. Homeschool? Nampaknya I’m not ready for that. Atau, lebih baik serahkan pada yang lebih pakar (Cikgu). Di rumah kita support dengan latihan dan sebagainya. Hmm  tapi Hafiy belum masuk sekolah agama lagi. Agak-agak mampu ke tak nak menyekolah-agamakan di rumah? 😀 bukan tentang akhlak je tapi Bahasa Arab segala tu. Di sekolah dia akan ambil matapelajaran Mandarin, insya-Allah, sebagai sambungan dari pelajaran Mandarin di Tadika. Bahasa Arab ingat nak sambung di sekolah agama, atau di Baghdadi Playschool.

Budak-budak darjah satu sekarang ni dah tak macam zaman kita dulu kot. Dulu-dulu ada yang mak kena tunggu sampai petang dalam minggu pertama tu (eh, tapi saya dari pagi duk sorang-sorang je..). Berak kencing dalam kelas semua ada. Tengok budak-budak darjah satu sekarang muka semua dah cerdik. Mungkin sebab kebanyakannya pun dan ke tadika sebelum ni, dan dah diajar berdikari sejak kecil. Atau mungkin sebab dulu saya sekolah kampung je, LOL.

Hari pertama, seperti biasa Hafiy bukan senang nak bangun pagi. Tapi okeylah dia tak protes. Suruh mandi pun dia mandi sendiri, pakai baju semua OK. Bekalkan dia dengan nasi goreng dah sedikit buah. Sebelum hantar adik-adiknya ke tadika, hantar dia dulu. Sengaja pilih tempat untuk Hafiy di depan meja guru. Biar cikgunya nampak sikit dia, kasi perhatian lebih sikit 😀

Ramai ibu bapa yang tunggu anak di sekolah, tapi saya tak boleh nak tunggu. Lepas hantar Hafiy, hantar adik-adiknya, dan ada appoinment dengan anak bisnes di One Utama. Sibuk betul emak ni, anak sendiri, anak bisnes semua kena jaga. Kena juga jumpa beliau hari tu sebab mereka dah nak balik ke Doha. Ye, Doha di Qatar nun beribu batu dari Malaysia. Walaupun jauh tapi tetap boleh jadi anak bisnes saya, dunia online katakan 🙂

Jam 12.35 tamat sekolah. Hafiy macam biasa, memang berdikari. Check nasi dia tak makan habis pun, tak lapar pun katanya. Ramai kawan beli di kantin (ready!).

2 minggu terawal ni di sekolah tu ada minggu transisi, orientation week ala-ala minggu aluan Siswa macam tu. Belum mula belajar lagi, tapi budak-budak ni diajar untuk membiasakan diri dengan budaya sekolah. Cikgu tunjuk kawasan sekolah, bilik-bilik darjah, bilik-bilik terutama bilik guru dan pejabat. Budak-budak ini tak dibenarkan bawa telefon tangan, jadi mereka ajar macamana nak hubungi ibu bapa dari pejabat sekolah.

Syukurlah Hafiy mudah biasa dengan keadaan baru. Dia pun suka ke sekolah. Kawan-kawan ramai katanya (tapi sorang pun dia tak tahu nama kawannya tu…). Mulanya berdebar juga takut dia rasa terasing ke (Hafiy agak pendiam sikit) tapi nampaknya macam okey. Belum borak dengan guru kelas dia lagi, kena tanya juga ni, jangan dia kena buli ke apa ke… (mak-mak memang risau kot anak kena buli kan).

Memang banyak perubahan Hafiy sejak memulakan darjah 1 ni. Dah boleh tidur awal (sebelum ni sangat risau sebab dia biasanya jam 1-2 pagi baru nak tidur), dan boleh bangun awal. Tapi dari segi kemanjaan semua tu masih tak hilang lagi. Tak ape lah, apa-apa pun tahun ni segalanya berubah, jadual saya pun berubah. Anak dah sekolah dah jadi terhad sikit, maklumlah kena hantar, kena ambil. Namun begitu sangat bersyukur kerana dah tak perlu pening siapa nak hantar ambil, semuanya boleh buat sendiri 🙂

Selamat naik darjah satu dan selamat tahun baru kepada semua kawan Hafiy!

Category: Hafiy Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Hari Pertama Anak Masuk Darjah Satu

  1. transformed hw

    Anak no 2 knur, Hafizah pun baru masuk darjah satu. Kami tak boleh tunggu dia juga sbb papa dia mmg tak boleh ambik cuti, knur pulak sibuk di tadika. Harapkan kakak Hafizah, Fathinila yg tlg tengokkan adik. Mama dia sibuk dgn anak2 org lain yg baru masuk tadika kami.

    Reply
  2. kin

    Kin bertunggu-tangga kat sekolah… Aishh, kadang2 sampai dah naik darjah 2 pun buat hal. Teringat mama jemput sampai habis darjah 6 siap makan sesama masa rehat…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge