Tempat Menarik Di Pulau Jeju

By | December 26, 2013

Pulau Jeju menghidangkan pemandangan yang sangat cantik dan menarik. Pulau yang terbentuk dari aktiviti gunung berapi ni menghidangkan bermacam pengalaman.
 
 Kami dan anak-anak sangat menyukai Jeju, mungkin juga kerana mereka tak perlu berjalan naik-turun tren. Cuma duduk di dalam kereta saja.
 
 Kembara kami di Jeju bermula dari bandar Jeju dan menuju ke Seogwipo di Selatan.
 
 Kami memilih coastal drive, yang lebih panjang perjalanannya berbanding jalan bukit. Di sepanjang coastal drive dari Jeju town ke Seogwipo, banyak pantai cantik-cantik seperti Gwakji Beach dan Hyeopjae Beach. Unik sebab banyak batu tajam, tak macam tempat kita. Kalau ada pun, di area Langkawi kot.
 


Kebanyakam attractions terletak di Seogwipo. Kalau driving boleh singgah mana-mana je ikut GPS dan signboard yang ada ๐Ÿ™‚
 
 Cheonjiyeon Falls adalah air terjun yang sangat cantik yang terletak berhampiran Seogwipo Harbour. Mengikut lagenda, Cheonjiyeon ni tempat dewa-dewa turun mandi.. Airmya memang jernih. Dari jauh nampak ikan, belut, etc.
 
 Tapi tak boleh mandi kat sini ๐Ÿ™‚
 
 Nak masuk kena bayar 1000 Won.


Cheonjeyeon Falls, terletak dalam 2km dari Cheonjiyeon Falls. Air terjun unik 3 tingkat.
 
 Bayaran masuk 2500 Won.


Di area Seogwipo Harbour ada jambatan tinggi, Saeyongyo, yang bawa kita ke salah satu dari 3 pulau yang famous di sini : Munseom Island, Seopseom Island dan Beomseom Island.
 
 Di harbour ni ada submarine tour, tengok pemandangan bawah laut.
 
 Ini pemandangan sunset di sini.


Oedolgae si batu tunggu suami ni terletak di satu lokasi hiking yang sangat mesra family. In fact, rata-rta tempat hiking di Jeju mesra family.. Denai yang dilapik papan dan dijaga elok. Tak mencabar mungkin, tapi 5-6 km dokong budak is a serious business!
 
 Hiking di Jeju memang menyeronokkan. Trail yang dijaga, dan juga pemandangan yang cantik.
 
 Di pantai berhampiran attraction2 macam ni , alau datang pagi boleh tengok ajuma menyelam cari hasil laut.


Inj satu lagi air terjun terkenal di Seogwipo adalah Jeongbang Fall. Air terjun yang terus mengalir ke laut.
 
 Dekat air terjun ni ada makcik-makcik jual hasil laut fresh… Dimakan mentah. But we loved it!
 
 Nak sampai ke gigi air ni kena panjat batu sikit.


Apa nama tempat ni ya lupa sudah…


Menaiki anak tangga ke puncak Seongsan Ichulbong. Sunrise Peak nama glamernya. Di puncaknya adalah kawah gunung berapi.


Banyak tempat kami temui by accident (tak plan pun, jalan-jalan rasa nak singgah) macam pantai ni.


Rumah Iron Man kata anak-anak..


Cantik betul


Miniature Park, upah untuk anak-anak. Jumpa cartoon character masing-masing. Dalam ni ada miniature mercu tanda dunia.. Imagine macam kat Lego Land tu. Ada rumah cermin dan watak2 kartun.


Di Sangumburi Crater, lagi kawah letusan gunung berapi di Jeju.


Yang ini paling best, masuk ke dalam tiub lava di Munjanggol. Di dalam gua ni sangat sejuk, basah dan lampu yang dinyalakan malap2 je. Jaraknya 2km ulang-alik.
 
 Rasanya habis satu chapter pelajaran tentang gunung berapi anak-anak belajar di sini ๐Ÿ™‚


Mana-mana ada air terjun dan jeram, kita singgah je. Yang ini di Donnaeko.


Dia area Jungmum sangat banyak attractions seperti Teddy Bear Museum, Chocolate Museum, Ripley’s, Jungmun Beach, etc. Ini gambar di Museum of African Art di Jungmun.


Mysterious Road ni terletak berhampiran Jeju Town, perjalanan turun ke Seogwipo. Ini salah satu gravity hills di dunia. Nampak jalan turun bukit kan? Tapi kalau kereta kita dalam keadaan free gear, kereta akan undur ke belakang. Kereta2 tu dok testing la tu. Orang2 yang berdiri tu sedang baling botol dan tengok dia bergolek ke mana. Botol golek ke atas bukit!


Dan yang ni kami punya ultimate activity di Jeju. Mendaki gunung Hallasan. Ada 4 routes untuk hiking tapi cuma 2 yang bawa ke puncak.
 
 Kami pilih Seongpanak trail, 8 jam pegi-balik. Dan kami buat 10 jam, maklum saja dengan anak-anak. Perlu turun dari puncak paling lewat jam 2 petang. Anginnya kuat mak oi macam nak terbang!


Banyak tempat yang kami jumpa secara tak sengaja (tak plan) di Jeju. Rasanya Jeju memang full of attractions. At least tempat2 tu kami boleh hiking.
 
 Ini pun tak habis jelajah segala muZium di Jeju. Folk Museum pun tak sempat visit. Pack sangat rasanya aktiviti 4 hari, dengan budak-budak pula tu. Yes! Banyak sangat muzium! Rasanya kerajaan Jeju ada bagi tax relief or something pada pengusaha muzium tu.
 
 Rasa macam datang lagi ke Jeju. Apa lagi kalau bukan nak hiking >_<
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Category: 2013 - Korea Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

10 thoughts on “Tempat Menarik Di Pulau Jeju

    1. Mommy Lyna Post author

      cantik sgt kak anah…ciptaan Allah di luar jangkauan kita

      Reply
  1. ShereeN

    Salam Puan,

    Boleh puan email ke saya pengalaman puan ke pula JEju..saya perlukan maklumat untuk travel ke sana.

    Terima kasih

    Reply
  2. Pingback: Parenting Advantage Adalah | Anakku Harapanku Dunia Akhiratku

  3. Pingback: Kata Mutiara Tentang Ibu Rumah Tangga | Kata-Kata Bijak page

  4. Pingback: Mutiara Kata Sayang Ibu Bapa | Kata-Kata Bijak page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge