Pengalaman Bawa Anak OKU Ke Luar Negara

By | September 26, 2014

Bila cerita tentang Fahry, ramai yang dok cakap saya ibu yang kuat dan sebagainya… Hehe. Tapi sebenarnya saya takde lah kuat sangat pun. Fahry punya OKU-nya tu tak serious… kawan-kawan saya lagi ramai yang mana anak-anak mereka mengalami keadaan yang tak boleh dijangka dan tak boleh dikawal… Hanya ibu bapa yang mampu kawal diri masing-masing untuk anak-anak.

Cuba tonton clip ni

Betapa tenang, tabah dan positif ibunya. Kita yang kadang-kadang anak buat perangai sikit dah naik hantu. Sebab tu lah Allah tak beri kita anak-anak syurga macam ni… Dia tahu kita tak layak untuk jaga mereka. Jadi kalau kita tengok ada kawan-kawan yang dikurniakan anak syurga, jangan dok rasa diri best sangat. Mereka tu lah yang best, sebab tu mereka dapat anugerah yang sangat rare.

Fahry ni, dia tak ada masalah pun dari segi perkembangan, jadi saya tak hadapi benda di luar jangkaan. Cuma yang di luar jangka, soalan-soalan dan statement dia. Tak boleh blah.

Dulu sebelum kaki dia dibedah, agak mencabar juga nak bawa Fahry ke overseas… Sebab dia tak boleh jalan sendiri. Kena tolak stroller, atau pun guna carrier. Yang paling tak tahan bila nak scan di airport. Stroller/carrier kena lalu mesin. Orangnya kena jalan sendiri. Apakah. Terloncat-loncat kawan tu. Kalau tengah jaga tak apalah, ini macam di Beijing haritu, tengah tidur (flight midnight), kena kejut suruh jalan. Sampai pegawai yang bertugas di situ geleng-geleng kepala. Kata dia… “Minta maafla ye dik… nakwat cemana kami kena jalankan tugas…” dalam bahasa Cina hehe.

Bila dah operate dan boleh kaki palsu, setiap kali lalu bawah scanner tu, mesti lah berbunyi, ada besi kan. Tett tett… dan terpaksalah diperiksa atas bawah. Mula-mula dia marah juga orang raba-raba badan dia. tapi bila dah 2-3 kali kena, siap dia sendiri depang tangan dulu. Hehe.

Lain-lain tiada masalah.

Tahun depan Fahry masuk darjah satu… Doakan Fahry dapat sekolah sama dengan Abang Hafiy. Surat tawaran sekolah asing T__T Dan buat rayuan, dan berjayalah hendaknya.

Category: 2014 - Beijing Fahry Fame Kids My Kids Diary Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Pengalaman Bawa Anak OKU Ke Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge