Category Archives: Fame Kids

Persatuan Ibubapa Yang Mempunyai Anak Pramatang

Ibu bapa yang mempunyai anak pramatang pastinya merasa kegusaran yang berbeza.. lebih-lebih lagi kerana anak pramatang ni perkembangannya lain dari anak-anak yang lahir cukup bulan. Kami, ibu-ibu yang memiliki anak pramatang, telah bersatu menubuhkan sebuah persatuan.. OK bukan persatuan sebenarnya, sebuah group di FaceBook untuk ibubapa yang mempunyai anak pramatang. Ibu-ibu dan bapa yang ada… Read More »

Stimulasi Untuk Anak Berkaki Kudung

Mungkin di luar sana ada ibu bapa memiliki anak yang sebertuah Fahry, atau mungkin lebih bertuah dari Fahry. Ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang kudung kakinya haruslah menyimpan impian untuk lihat anak kita berjalan macam orang lain kan? Kaki palsu, solusi terbaik untuk mereka. Pemakaian kaki palsu ni, sebaiknya di awal usia, semasa mereka… Read More »

Sharing Anak OKU Saya Yang Istimewa

Alhamdulillah Fahry baru dapat kaki palsu baru. Nampak tinggi sikit dengan kaki baru ni, yang lama tu dah pendek sangat dengan dia. Kaki palsu buatan tempatan namun barang-barang masih lagi perlu import dari luar negara. Alhamdulillah, diberi kemudahan untuk menyediakan kaki palsu buat Fahry tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma prosesnya yang lama, hehe. Malah kaki… Read More »

Fahry di Usia 4 Tahun Setengah

Alhamdulillah, meniti usia bersama anak-anak yang kian membesar. Fahry, anak istimewa saya kini dah masuk usia 4 tahun setengah. Fahry memang sangat istimewa di mata kami semua. Bukan kerana ke-tak-macam-orang-lain.. hmm tapi saya rasa Fahry memang tak macam orang lain. Atau mungkin saya overrated. Tak apa lah kan. Kalau bukan ibu sendiri, siapa lagi nak… Read More »

Perkembangan Anak Pramatang Saya | Happy Birthday

Alhamdulillah, genap 3 tahun usia Fahry. Melihatnya pada hari ni membuatkan saya lupa keadaan dia 3 tahun yang lalu. Lemah, rapuh (fragile?), kecil… dalam inkubator dengan wayar dan gauze di sana sini. Tersentuh naluri keibuan gitu 😀 Masa tu, kalimat sabar tak henti2 saya terima. Alhamdulillah menguatkan semangat. Maklumlah, bukan je dapat anak pramatang, siap… Read More »

Bila Fahry Dah Dapat Kaki

Mana-mana ibu bapa pun akan rasa happy dengan pencapaian anak mereka. Lagi2 kalau benda yangdah lama ditunggu-tunggu. “Akhirnya….!” Selepas 6 bulan menunggu, akhirnya Fahry dah dapat kaki 🙂 Pertama kali memakai kaki yang akan menjadi miliknya dalam tempoh setahun dua ni, Fahry nampak sangat kagum dan speechless. Sampai tak boleh nak say “Thank you” pada… Read More »

Kaki Palsu Baru Fahry

Berbulan-bulan kami menunggu… tapi kaki Fahry masih tak dapat lagi. T__T Mempunyai anak istimewa pasti bukan datang dengan percuma, sebab kami (merujuk kepada FAMEparent) perlu memperuntukkan tabungan untuk alat2 bantuan buat anak2 ini untuk menjalani kehidupan normal. Sama lah kesnya dengan ibu bapa kepada anak-anak yang mengalami sakit kronik. Apa lagi yang mengalaminya sejak lahir…… Read More »

Apa Yang Saya Belajar Dari FAMEkids (kumpulan sokongan anak-anak istimewa)

Ahad lepas (8 Mei 2011, Mother’s Day!) sejarah telah tercatat bila FAMEkids telah dilancarkan secara rasminya. Hari pelancaran FAMEkids ni juga adalah Majlis Ulangtahun pertama Wisma Bling Lustre. Wah, dah setahun nampaknya beroperasi. Pelancaran FAMEkids disempurnakan dengan pemotongan riben oleh pelakon Salina Saibi, model Nawar Anisah dan bekas pengacara MHI, Najlah Ishak. Meriah sungguh dan… Read More »

Selebriti Untuk FAMEkids dan Bling Lustre Anniversary

Penatnya hari ni menguruskan benda2 semua segala ni *phewww* Saya takut sebenarnya nak letak kat sini, takut nanti mereka tak jadi datang dan mengecewakan yang hadir.. tapi marilah kita sama2 berdoa agar mereka dapat datang 🙂 Insya-Allah, khas untuk FAME families dan semua pengunjung Bling Luste 1st Anniversary, kami bawakan… ..dan kemungkinan besar… dan ramai… Read More »

FAMEkids Launching – Sokonglah Kami!

Insya-Allah pada 8 Mei ini kami akan mengadakan upacara pelancaran FAMEkids, sebuah kumpulan sokongan yang diasaskan oleh kami berdua (Lyna & Watie). Berinspirasikan anak-anak kami yang istimewa, Fahry dan Zayra, timbul rasa ingin berkongsi kegembiraan dengan ibu bapa lain di luar sana, terutama mereka yang baru dikurniakan anugerah ini. Mungkin kami berdua bernasib baik kerana… Read More »

Jemputan ke Pelancaran FAMEkids dan Ulangtahun Bling Lustre

Akhirnya cita-cita saya dan Watie hampir separuh tercapai. Walaupun saya pernah dicemuh, tapi saya merasakan tanggungjawab untuk memperkasa, memberi sokongan dan membuka ruang kepada anak-anak yang seistimewa anak saya agar mendapat tempat yang sama dan jatidiri yang sama dengan orang lain. Saya dan Watie dah tak larat menunggu, jadi kami sama-sama mewujudkan FAMEkids sebagai medan… Read More »

Lagu Namunku Punya Hati – Hina Golongan Istimewa

Sesiapa yang follow status saya di FaceBook dah maklum agaknya dalam minggu ni saya duk meroyan dengan lagu nan satu ini. Namunku Punya Hati dendangan Revolvers. Sebelum ini (sebelum memiliki Fahry) saya pun sama macam mereka (tak sensitif dengan lagu ini), tapi bila punya Fahry dan mengenali insan-insan istimewa yang lain, lagu ni nampaknya ada… Read More »

Al-Kisah Orang Kerteh Dan Kuantan Mesra OKU

Sambungan dari entry kisah Fahry berjahit dagu. Sebagai ibu bapa kepada anak istimewa, memang tak pernah orang tak tanya tentang anak kami. Pegi mana2 mesti orang tanya. Jadi memang dah terbiasa tak kisah nak menjawabnya. Tapi memang pelik bila kami ke Kerteh. Sejak mula2 sampai, di hotel, receptionist tak tanya pun walaupun Fahry duk merangkak… Read More »

Harga Kaki Palsu Fahry

Bagi ibu bapa kepada anak istimewa, extra cost adalah perkara yang wajib bagi memenuhi keperluan anak tersayang. Tak kira sama ada keistimewaan dari segi fizikal, atau development, mereka pasti memerlukan sesutu yang lain dari yang lain bagi menyokong kehidupan mereka agar sama seperti orang lain. Bagi Fahry yang ketiadaan kaki kanan sejak dilahirkan, kaki palsu… Read More »