Bagi ibu bapa kepada anak istimewa, extra cost adalah perkara yang wajib bagi memenuhi keperluan anak tersayang. Tak kira sama ada keistimewaan dari segi fizikal, atau development, mereka pasti memerlukan sesutu yang lain dari yang lain bagi menyokong kehidupan mereka agar sama seperti orang lain.
Bagi Fahry yang ketiadaan kaki kanan sejak dilahirkan, kaki palsu adalah keperluannya untuk menjadi seperti orang normal.

Fahry mula memakai kaki palsu sejak usianya 9 bulan, kini sudah mahir berjalan malah berlari memanjat dan menyepak bola dengan bantuan kaki palsunya. Beliau mempunyai daya imbangan yang baik. Tanpa saya sedari, kegemaran saya melakukan aksi ‘upside down’ terhadap Fahry adalah satu titik mula yang baik untuk membina daya imbangannya (info ini diperolehi dari Seminar Early Childhood Education anjuran GBOB).
Kini selepas setahun, Fahry makin membesar, kaki palsu lamanya juga sudah tidak elok dan sudah ketat untuk dipakai secara berterusan. Sekarang dia cuma menggunakannya sekejap-sekejap untuk aktiviti di taska.
Maka sudah tiba masanya untuk membuat kaki palsu yang baru untuk Fahry.
Kami mengatur pertemuan dengan pembuat kaki palsu dari Singapura, Mr Anton pada petang hari Selasa. Seperti biasa beliau ‘membuka’ bilik hotelnya kepada pelanggan yang ingin menempah anggota palsu. Memang ramai yang queue, mujurlah kami sampai awal, jadi tak perlu menunggu lama/berebut.

Sabar menanti

Plaster untuk acuan kaki

Kaki Fahry kena ‘simen’

Dah nak siap
Tunggu kering

Dah kering then buka

Acuan untuk kaki palsu Fahry

Buat acuan untuk stomp (tunggul) pula

Kasi kemas sikit

OK dah siap dah

Akhir sekali kita basuh sampai bersih
Kos standard untuk kaki palsu yang ‘cantik’ (bukan sebatang plastik macam kaki palsu Fahry sebelum ini) adalah dalam lingkungan RM6,000-RM9,000. Ini adalah untuk kaki palsu yang biasa, belum ada special features seperti untuk jogging, untuk berlari, untuk hiking, untuk climbing, untuk berenang dan sebagainya.
Bagi bayi/kanak-kanak, kaki palsu ini perlu ditukar setiap kali mereka membesar, untuk memastikan keselesaan pada soket dan sesuai dengan ketinggian mereka. Bayangkan jika yang memakai kaki palsu sejak bayi, hampir setiap tahun perlu buat kaki palsu baru.
Kalau kita tengok di akhbar, selalu ada berita tentang mereka yang senasib dengan Fahry menunggu bantuan untuk mendapatkan anggota palsu. Kos yang tinggi mungkin tak mampu nak ditampung, lebih2 lagi kebanyakan mereka dinafikan hak untuk menjawat sebarang pekerjaan, kerana – kurang upaya! Pelik juga kadang2, kalau kerja duduk di pejabat depan komputer, apa salahnya tak punya kaki. Bukannya kerja jadi pelayan restoran ke, despatch ke, pemain bola sepak ke…
Hargailah kaki anda. Gunakan ia untuk mendekati tempat2 kebaikan dan jauhi tampat2 kejahatan. Kami (dan mereka yang senasib) bayar beribu-ribu untuk kaki yang kamu dapat percuma.



{ 13 comments… read them below or add one }
itulah kan.. kte yg ada kaki ni pg keje pn kdg mls, jogging ape tah lg, solat? itu masing2 jwb sndri.. =( insaf sekejap..
semoga kaki palsu fahry cepat2 siap! =)
tapi kaki dia cantik
kaki kita pecah2 dah kat tumit
erm..
ayat yang last buat saya terkedu sejenak.
terima kasih..
sama-sama
sama-sama kita mengingatkan diri sendiri jgua huhu
dik, akak doakan ko terus sukses dan dilimpahi rezeki halal yang melimpah ruah sampai tak tertampung (pastu bagi akak sikit
).
i don’t know which one is luckier. you, or fahry.
ai yg bawa tuah pada Fahry. jangan jeles hahahahaha.
noks..
huuuh..
bahagian masing2kan dlm hidup?!
doa aku supaya rezeki ko laki bini bersih dan halal dalam nak membesarkan anak – anak…
mudah – mudahan jugak,anak2 ko tak lupakan jerih payah korang laki bini membesarkan diaorg…
insyaa Allah…
btw,encik anton tu terer la..
aku respek giler…
ko nak jumpa dia ke?
boleh aku kenalkan
kot nak jadikan ido la hehehe
apakata ko tambah sikit dalam doa ko tu kasik rezeki berlipat-lipat-lipat ganda, bole aku bukak kilang buat anggota palsu standard germany pulak. tak payah import obesi dah hehe.
ya allah …tidur senget pun macho dowh! hahahha… ko saja nak letak gambar ensem2 nak bg aku tertarik lah kan ..pastu nanti pelan2 nak ajak berbesan ..cait! aku tau dah teknik tuh! wakkakakakaa… (tapi Zayra takleh kopek bawang dowh …sorry .. hahahaha…. )
dan ..fahry sgtlah bagus sebab dia leh duduk diam sepanjang proses mr anton tuh buat kerja yerk? siyes bagus wei! pandainya dia … so good ..
ha lah ..insaf gak aku ko kata dapat percuma kaki nih ..adoiii.. malu mak noks… ! nanti aku pinjam statement ko lah .. “dapat tgn percuma. anak aku ada gak tangan tapi takleh pakai..heheheh (sapa kata tak leh? dia leh makan tgn tu sampai hilang semua masuk dalam mulut tau! ..sedap punya pasal! ko nampak pergelangan tgn jer .. wakkakakak…)
Alhamdulillah, Fahry ada parents yg tabah
Semogo Allah permudahkan hidup puan sekeluarga. Amin..
Salam sis…cmner nk contact mr anston. …Sy sft memerlukan bantuan daru sis…untuk ank tersayang..n mahukan yg terbaik utknya
Salam sis…cmner nk contact mr anston. …Sy sft memerlukan bantuan daru sis…untuk ank tersayang..n mahukan yg terbaik utkny