Al-Kisah Orang Kerteh Dan Kuantan Mesra OKU

By | February 1, 2011

Sambungan dari entry kisah Fahry berjahit dagu.

Sebagai ibu bapa kepada anak istimewa, memang tak pernah orang tak tanya tentang anak kami. Pegi mana2 mesti orang tanya. Jadi memang dah terbiasa tak kisah nak menjawabnya.

Tapi memang pelik bila kami ke Kerteh. Sejak mula2 sampai, di hotel, receptionist tak tanya pun walaupun Fahry duk merangkak atas kaunter dia. (Even cashier supermarket ramai yang tanya tentang Fahry).

Pegi kedai, pun takde orang tanya, apa lagi pandang. Takde pun orang pandang2.

Bawa Fahry ke klinik, doktor tu tak tanya pun. Setakat ni semua doktor yang kami jumpa at least akan tanya what was happen to him. Ye la kot kena periuk kawah ke, eksiden ke…

Di Kuantan Medical Centre pun, takde sorang doktor atau nurse yang tanya. Malah pakcik-pakcik dan makcik-makcik tegur macam budak biasa je.

Sampailah kami balik ke Kuala Lumpur, barulah keadaan kembali normal 🙂

Kagum betul saya dengan orang-orang di sana. Saya katakan pada suami, saya rasa nak launch Fame Kids kat sana je. Suami saya pun turut kagum sekali. Bukan apa, sebab memang biasa kami ditanya (tak kisahpun) tapi bila sepanjang 2-3 hari tu tak ada sorang pun yang bertanya… rasa kagum.

fahry

Saya harap ini adalah petanda baik, bahawa golongan seperti Fahry tidak lagi dipandang asing dalam masyarakat kita.

Mereka yang mengalami keistimewaan dari segi fizikal lebih memerlukan ruang dalam masyarakat, kerana mereka ni mampu berfikir dan berdikari. Kadangkala bila tak berupaya, peluang pun tak banyak untuk mereka. Bayangkan aje seorang yang memakai kaki palsu tidak diterima bekerja hanya kerana keadaannya begitu (dalam paper Metro tahun lepas).Walau bagaimana pun keadaan ni kadang2 blessing in disguise… bila orang dah tak terima kita, mereka ni mula membina kehidupan secara independent.. set up business misalnya… namun tak semua yang mampu mencapai pemikiran dan usaha sedemikian.

Sama lah juga macam orang lain, ada orang susah tapi dari kesusahan tu dia bangkit dan bina empayar kejayaan. Ada yang tak jadi apa. Malah ada yang jadi parasit dalam masyarakat.

Masih lagi dalam mood seronok. Rasa nak bawa satu rombongan Fame Kids melawat Kuanta dan Kerteh 🙂

Category: Fahry Fame Kids Miracle Baby Tags: , , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Al-Kisah Orang Kerteh Dan Kuantan Mesra OKU

  1. kinsyakrn

    wah..wah, bangga pulak jd org pantai timur ni. Xsemua org boleh memandang tanpa berkata apa-apa. Saya pun kalau nampak apa2 tak pernah nak bertanya kecuali dah kenal mesra. Kita kena jaga hati org lain barulah orang akan menjaga hati kita kan?. Kalau ke Kuantan bgtau yer..nak join jugak boleh jumpa Fahry. Saya di Rompin dalam sejam stgh perjalanan. Tp nak join jugak, xkira…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge