Sharing Anak OKU Saya Yang Istimewa

By | May 24, 2013

Alhamdulillah Fahry baru dapat kaki palsu baru. Nampak tinggi sikit dengan kaki baru ni, yang lama tu dah pendek sangat dengan dia.

Kaki palsu buatan tempatan namun barang-barang masih lagi perlu import dari luar negara. Alhamdulillah, diberi kemudahan untuk menyediakan kaki palsu buat Fahry tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma prosesnya yang lama, hehe. Malah kaki sebelum ni, bila dah siap tu dah tak muat dipakai Fahry.

kaki palsu kanak-kanak

Mula-mula memakainya memang sukar sangat bagi Fahry. Macam kita lah, tukar kasut baru pun rasa pelik, dan ambil masa nak sesuaikan diri… inikan pula TUKAR KAKI.

Macam-macam karenahnya, gatal lah, sakit lah, panas lah. Namun alhamdulillah selepas seminggu tak ada pula dia merungut lagi. Malah dah cuba buka dan pakai sendiri ^^

Berbalik pada sharing tentang kisah Fahry, ada juga kawan yang tanya, tak rasa mengganggu privasi ke kongsi-kongsi cerita dia. Kalau cerita tentang privasi, saya mungkin dah tak tulis blog, dan tak buka akaun media sosial.

Alhamdulillah dengan perkongsian cerita Fahry saya dapat ramai kawan, dan yang lebih puas hati bila dapat membantu kawan-kawan yang satu kapal untuk berasa gembira dengan keadaan anak masing-masing. Antaranya Teacher Watie pemilik Genius Baby On Board, Quzayra lebih kurang dengan Fahry.

Begitu juga anak-anak lain yang memerlukan peralatan seperti Fahry, beberapa ibu bapa menghubungi saya untuk mendapatkan anggota palsu dan terapi untuk anak-anak comel ni. Malah Atok yang buat kaki palsu Fahry selalu beritahu saya, “Minggu lepas baru siapkan kaki palsu anak Encik ni, katanya dapat contact pakcik dari blog Lyna”.

Semoga usaha kecil ni dapat membantu lebih ramai orang lagi.

Sebenarnya, Fahry saya tak adalah ‘istimewa’ mana pun. Dia cuma seorang kanak-kanak biasa, bercakap seperti kanak-kanak lain, bermain dan belajar seperti kanak-kanak lain. Kena marah juga. Cuma dia pemegang kad OKU dan ada kekurangan fizikal yang jelas berbanding orang lain. Jadi tiadalah ia menjadikan saya ibu yang istimewa pun.

Tapi bila Fahry ke mana-mana, bila ada pakcik makcik menghampiri, menggosok kepala dan mendoakannya, saya aminkan, semoga Fahry benar-benar menjadi seperti yang mereka doakan. Kadang-kadang terasa juga, tak perlu lah bagi rating tinggi sangat pada dia, dia sama je macam abang dan adiknya. Rahsia Allah di sebalik seorang Fahry yang saya tak tahu 🙂 Tak apalah, kita serah pada Dia saja.

Doa buat anak-anak kita.

5 thoughts on “Sharing Anak OKU Saya Yang Istimewa

  1. elaney

    alhamdulillah..awok berjaya membesarkan fahry dgn baik..begitu jg dgn anak2 y lain…smoga terus istiqamah & thabat dlm menjadi seorg ibu, isteri, sahabat, murrabiyyah, dll..chaiyoque3

    Reply
  2. syigim

    moga Allah terus permudahkan hidup mommy lyna sekeluarga. thanks sudi share kisah2 fahry to inspire the rest of us. 🙂

    Reply
  3. Dash Aris

    Macam ader jodoh fahry dengan quzaira nih. 🙂 ..Saya ingin rasanya bertemu insan istimewa fahry. Selalu dgr pasal quzaira dari kak watie, tapi tak pernah terserempak dengan anak kak watie di gbob. insyaAllah follow blog anda berdua. sumber inspirasi ibu yang kental.

    Reply
  4. Iffah Azhar

    Saya suka baca tentang cerita anak2 istimewa ini. Ia memberi semangat kepada saya untuk terus memperbaiki diri. Setiap manusia ada kekurangannya. Tetapi dari kekurangan itulah boleh menjadi kekuatan buat diri. Moga Fahry membesar menjadi insan yang bermanfaat buat ummah!
    Iffah Azhar´s menulis tentang ..Teknik mengajar anak pantas membacaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge