Jemputan ke Pelancaran FAMEkids dan Ulangtahun Bling Lustre

By | April 28, 2011

Akhirnya cita-cita saya dan Watie hampir separuh tercapai.

Walaupun saya pernah dicemuh, tapi saya merasakan tanggungjawab untuk memperkasa, memberi sokongan dan membuka ruang kepada anak-anak yang seistimewa anak saya agar mendapat tempat yang sama dan jatidiri yang sama dengan orang lain.

Saya dan Watie dah tak larat menunggu, jadi kami sama-sama mewujudkan FAMEkids sebagai medan untuk memberi sedikit sebanyak sokongan dan perkongsian terhadap keluarga yang begitu istimewa ini.

FAMEkids

Jadi saya menjemput anda semua ke majlis ini yang bakal dirasmikan oleh seorang selebriti pada:

Tarikh : 8 Mei 2011

Masa : 11pagi-4ptg

Tempat : Wisma Bling Lustre, Puchong

Saya mewakili Bling Lustre dan FAMEkids menjemput anda semua untuk beramai-ramai ke majlis ini. Marilah sama2 kita memberi sokongan kepada usaha murni ini.

Klik DI SINI untuk membuat reservation dan mengesahkan kehadiran anda.

Kami pihak urusetia berusaha sedaya-upaya untuk melakukan yang terbaik, membawa yang terbaik dan memberi yang terbaik. Semoga Allah Taala memberkati usaha kami dan doa semua. Ameen.

10 thoughts on “Jemputan ke Pelancaran FAMEkids dan Ulangtahun Bling Lustre

    1. Mommy Lyna Post author

      yey yey, baru igt nk jemput Sah personally. nak jumpa dgn anak2 Sah yg bijak2 tu hehehe

      Reply
  1. nadiea omar

    eleeee… xdpt pegilaaa… ada house warming!!! huhu next event, sy attend yer,,, 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge