Bila Fahry Dah Dapat Kaki

By | May 26, 2011

Mana-mana ibu bapa pun akan rasa happy dengan pencapaian anak mereka. Lagi2 kalau benda yangdah lama ditunggu-tunggu. “Akhirnya….!”

Selepas 6 bulan menunggu, akhirnya Fahry dah dapat kaki 🙂

Pertama kali memakai kaki yang akan menjadi miliknya dalam tempoh setahun dua ni, Fahry nampak sangat kagum dan speechless. Sampai tak boleh nak say “Thank you” pada Uncle Anton. Nampak sangat Fahry suka giler bila dapat berjalan 🙂

Bila dah dapat kaki tu, yang memang fit dengan Fahry; bentuknya pun seperti kaki, boleh pakai kasut dah; Fahry tu tak sudah-sudah berjalan ke sana sini.

“Nak jalan” kata dia.

Masa nak turun ke parking, kena lalu ikut tangga, takmau dia bila kita nak dokong, nak turun sendiri. Gamaknya dah lama sangat dia memendam perasaan nak berjalan macam orang lain.

Masuk kereta pun nak sendiri. Dah takmau dokong2 dah.

Cuma dia masih belum confident agaknya dengan kaki baru. Berjalan terjengket2 lagi sebab dia cuma “bertongkat” je dengan kaki palsu dia. Nampak gaya kena cepat2 pegi rehab ni.

Tapi memang tak dapat nak gambar perasaan saya.. rasanya walaupun lepas sign cek yang bernilai TEEETTTT!!!! tak pe! sangat berbaloi tengok anak kita happy, girang, ceria… Memanglah, ibu bapa mana taknak yang terbaik untuk anak dia.

Malam pertama dapat kaki, tido pun dengan kaki (which is not advisable). Saya kata, tak apalah, dah lama dia tunggu, biarlah dia enjoy kaki dia tu.

Yang kelakarnya Fahry keep on saying “Fahry dah besar, dah boleh jalan” LOL, ye lah ye lah.

Di sekolah (taska) pun cikgu-cikgunya excited bila Fahry datang dengan cara ‘berjalan macam orang normal’. Maka diorang terus train naik turun tangga sebab Fahry dah boleh naik kelas – tadika – di tingkat atas. So sekarang dah tak ada beza Fahry dengan kawan-kawan dia.

Oh Tuhanku! Suka sangat! Tak tau nak cakap lah. Pegi mana2 Fahry dah boleh jalan sendiri. Yang paling dia suka – naik turun tangga. Pantang jumpa tangga…

Bila fikir-fikir, bertuah Fahry kan. Kami mampu nak sediakan keperluan dia. Dan juga mampu nak hantar sekolah yang tak kisah kekurangan dia (cikgu Fahry pun bagitau “Kat sini semua sama je, baik Fahry ke, sapa2 ke, semua kami layan sama rata”). Mungkin rakan Fahry kat luar sana yang terpaksa menanggung kekurangan yang mereka ada sampailah ada pihak yang sudi hulurkan bantuan. Mungkin ada rakan Fahry yang sampai ke sudah asyik dipersalahkan/diperlekeh/dikata macam2 oleh sebab keadaan mereka. Mungkin ada rakan Fahry yang disekat potensi dan peluangnya.

Kerana itulah tercetusnya idea FAMEkids, diharapkan seluruh anggota masyarakat dapat memahami keperluan mereka2 ni. Kalau kita tengok hari ni, tak semua tempat mesra OKU. Dan tak semua orang pun mesra OKU. OKU terpaksa struggle untuk hidup macam orang normal.

Jomlah kita sama2 support mereka. Tak dapat support dari segi kewangan & fasiliti, dari segi moral dan ‘pandangan biasa’ dah cukup. Diorang ni sama je lah macam kita…

10 thoughts on “Bila Fahry Dah Dapat Kaki

  1. LeeN

    fahry… auntie leen tumpang gembira. berbaloi2 semua tu kan lom. semua berkat hasil usaha alom jugak yg x kenal penat jemu struggle cari duit utk kemudahan n keselesaan anak2.. tahniah utk alom n fahry. 🙂 kipidapp!

    Reply
  2. sohomama's

    Syukur dan Tahniah Buat Fahry dah dpt Kaki ..saya sngat terharu dan tumpang gembira dgn berita ni…sehingga sambil membaca sambil mengalirkan air mata..tidak dpt di byngkan kegembiraan si kecil istimewa ini setelah dpt kaki…sesungguhnya Ciptaan Allah itu amat hebat dan Indah…mempunyai Makna yang tersendiri mahupun yg tersirat atau yg tersurat….So..kesimpulannya kita harus sentiasa bersyukur dengan segala nikmat di berikan utk kita…Kesabaran merupakan kekuatan utama..
    sohomama’s´s menulis tentang ..Miliki bibir yang seksi- munggil kemerah-merahanMy Profile

    Reply
  3. samsinor

    alhamdulillah… kerana allah menyediakan rezeki buat kita…. Buat fahry bergembiralah duhai anak dengan kaki mu… redahlah dunia ni dengan nikmat yang allah beri melalui ibu bapa mu…
    salam sayang….

    Reply
  4. Maya

    Salam,

    Saya ibu kepada anak OKU juga tidak dpt berjalan (tidak dapat bercakap lagi), berumur 6 tahun. Saya ingin bertanya, apa usaha Mommy Lyna sehingga dia dapat berjalan? Mohon share kerana saya sentiasa mencari peluang untuk berubat untuk anak saya. Saya boleh dihubungi melalui email.

    Terima kasih.

    Reply
  5. wawa

    tahniah fahry dan juga ibu dan ayah fahry sebab berusaha menyediakan kaki fahry. Mesti panjang langkah fahry selepas ini. Lyna and husband pun kena lah gigih nak mengejar fahry pula. :))
    wawa´s menulis tentang ..Musim Bawa Pulang Buku RekodMy Profile

    Reply
  6. mekar

    Tahniah juga dari saya kepada Fahry dan kedua-dua ibubapanya. Saya sangat kagum dgn semangat & usaha ibubapa adik fahry ini. Semoga kuat semngat dan tabah dalam mjalani kehidupan ini
    mekar´s menulis tentang ..Remeh-temeh tentang Solat part 1My Profile

    Reply
  7. Izawani

    Akak nak like mommy of Q`s tu… tapi tak ada button like… huhuhu..

    Reply
  8. @sf@

    aaaaaaa comel… paham perasaan dpt hadiah berharge tu…
    pasni nak ajak fahry men futsal..
    amek video plisss .. plisssss plisss

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge