Knee Dislocation – Lutut Terkehel?

admin Avatar

Bila saya Google maksud dislocation, jawapannya terkehel. Oh nampaknya selama ni saya misused maksud ‘terkehel’ tu. Ingatkan cuma terseliuh sikit2. Rupa2nya ia adalah satu kecederaan yang serius.

Dan ia berlaku tanpa disangka pada my son, Fahry. Allahuakbar…. tak tahu nak rasa macamana. Saya keluar sekejap, balik2 dia beritahu lutut dia dislocated & dia tolak balik semula masuk ke dalam kepala lutut. mendengar pun dah rasa ngeri.

Sudahlah hari itu sepatutnya dia balik semula ke asrama selepas 3 minggu bercuti.

Maka tak balik lah dia asrama… bawa ke Hospital KPJ untuk x-ray… dan sah memang dislocated dan tak masuk betul2 pun. What a day… menangis saya dalam hati. Ngeri mengenangkan apa terjadi.

Esok kami bawa dia jumpa doktor pakar. dah set appointment awal tapi pakar tu cuti, esok baru masuk pejabat. Hopefully tak ada apa yang merisaukan….

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge