Pengalaman Check-Up Mengandung di Klinik Kerajaan vs Swasta

By | February 4, 2016

Dari anak pertama sampai anak ketiga memang tak pernah check-up mengandung di klinik kerajaan. Sebabnya….? Ramai orang kot. Kasi can lah kat orang lain. Lagipun semua tu dicover oleh company… jadi takdelah kisah pun pegi jumpa pakar mana-mana pun semua company tanggung 🙂

Bila masuk anak yang keempat ni, consider ke klinik kerajaan, bukanlah semata-mata sebab dah takde siapa nak cover,… tapi sebab klinik kesihatan kat sini kurang sikit sesaknya berbanding tempat lain (hasil survey sebelum ni). Siap kalau appointment belah petang tu memang takde orang pun.

Check up di klinik kerajaan dan swasta memang banyak sangat bezanya.

Masa mula-mula sampai di klinik kesihatan, banyak benda juga yang blur. Maklumlah semua kena buat sendiri. Masuk-masuk, ambil nombor, kepilkan pada buku merah… lepas tu letak buku merah dalam kotak.. Lepas tu pegi ambil berat badan & tekanan darah… Pegi buat urine test… dan tunggu nombor dipanggil untuk jumpa nurse. Hari pertama terkulat2 tak tahu nak buat apa. Ye lah, biasanya kalau di swasta, bagi je kad temujanji di kaunter, tunggu je lah sampai dipanggil.

Sepanjang check-up di swasta tak pernah kena test MGTT. Kali ni lah kali pertama saya minum air gula berperisa oren yang…. 10 minit lepas minum terus muntah. Sabar ajelah. Lepas tu kena repeat pulak. Nurse yang jaga kita di klinik kerajaan pun seorang je, jadi dia tahu tentang kita semua sekali.

Di klinik kerajaan (yang saya pegi tu lah) tak ada mesin untuk scan. Jadi kalau nak scan baby, samada pegi ke klinik kerajaan yang ada menyediakan perkhidmatan tu, atau ke mana-mana klinik yang ada buat ultrasound. Saya biasanya scan di Klinik Mediviron. Kos untuk scan kat sini dalam RM50.

Bab menunggu tu sama sajalah… mana2 pun kena menunggu lama… Swasta pun kalau orang sebelum kita tu banyak hal nak tanya-tanya dengan doktor, berejam juga dibuatnya.

Pendekata… mana-mana pun sama je. Kecuali kalau memang dah pernah rasa pengalaman tak best, mungkin lebih baik tukar ke tempat lain 🙂

Category: Babies & Toddler Fourth Pregnancy My Kids Diary Parenting Pregnancy Stories

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Pengalaman Check-Up Mengandung di Klinik Kerajaan vs Swasta

  1. Amyz

    Assalamualaikum mommy. Semoga mommy dan baby sentiasa sihat sepanjang pregnancy ni. 🙂

    Seronoknya masa check up di KK ni, nurse dan doktor mmg concern sgt ttg kita. Banyak bagi advice. Mmg ramai, dan terpaksa tunggu lama. Tapi bagusnya boleh habiskan masa dgn membaca.

    Part air gula tu memang nangis sikit laaa.. Saya pun rasa nak muntah. Belum minum lagi dah rasa nak muntah. Hahaha.

    Semoga dipermudahkan perjalanan pregnancy yg indah ini utk mommy. Mwah!

    Reply
  2. era

    saya nak tanya.. boleh tak kalau saya dah buat buku merah di kerajaan tapi saya nak daftar di hospital swasta utk bersalin..dan stopkan check up di kerajaan.. saya teruskan di swasta..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge