Tips Travel Self-Drive Dengan Motorhome/Caravan

By | January 27, 2016

Tips ni saya petik dari page kelolaan saya, The Jetsetters. Sila lah LIKE ya.

MOTORHOME AUSTRALIA

Motorhome, caravan, campervan, trailer camper…. Adalah antara jenis2 RV (recreational vehicles) yang terkenal bagi pengembaraan terutamanya cross-country di Australia, New Zealand, USA dan beberapa negara Eropah.

Negara lain ada yang sediakan fasiliti, dan ada yang sekadar ada je. Jadi sebelum decide nak motorhome, buat research dulu.

Kenderaan2 rekreasi ni secara umumnya menjalankan fungsi yang sama – supaya kita bebas ke mana-mana saja nak dituju dan yang penting, keperluan seperti katil, dapur dan aur dibawa bersama. Mudah dan senang lagi praktikal. Tapi adakah ia sesuai dgn keperluan kembara kita? Itu kena rancang baik2 dulu.

Apakah persediaan yang diperlukan untuk pengembaraan dengan ‘rumah bergerak’ ni?

1. APA YANG KITA NAK?

Nak hidup, masak, makan, tidur kat dalam tu, atau sekadar untuk perjalanan saja, tapi nak tidur di motel? Kalau nak buat semua benda, motorhome adalah terbaik kerana ia lebih luas dan lengkap. Manakala campervan agak kecil dan agak sempit. Tapi… Kalau belum rasa lagi, mesti rasa macamana bestnya tidur dalam kenderaan macam ni.

2. APA YANG NAK DIBUAT?

Motorhome memang berat dan pickup pun tak berapa sangat. Kalau nak laju2 memang semput especially yg 6-berth. Jadi plan nak buat apa supaya kita tak struggle nak cepat2 sampai je.

3. PERSETUJUAN SEMUA AHLI ROMBONGAN

Kalau dengan pasangan & anak-anak je mungkin lebih mudahlah, kalau dengan kawan2, at least biarlah 99% setuju nak mengembara menaiki kenderaan ini.

4. BOOKING MOTORHOME AWAL

Sewa motorhome ni pun ada time2 murah ada time mahal ada time offer ada time fully booked terutama musim bunga & musim panas. Masa peak season ni jgn tangguh2 nak booking… Nanti habis.

5. BOOKING CAMPSITE

Motorhome kita ni tak boleh parking merata. Mesti parking di campsite yang dikhaskan. Tambahan pula kita kena cas dan tambah bekalan air untuk kegunaan harian. Book awal2 campsite supaya boleh dapat lokasi yang ditarget, dan site yang menarik… Misalnya dekat dengan laundy, tandas dan sebagainya.

Pastikan tahu term & condition terutama kalau ter-sampai lewat. Sesetengah campsite menyediakan peti surat untuk kita ambil dokumen & kunci bila office dah tutup. Ada juga yang mesti call mereka dulu, kalau gak mereka anggap no-show. Maklumlah kalau dah ada motorhome ni boleh terleka2.

6. GPS

Siap sedia dengan GPS yang boleh dugunakan di negara tersebut. Walaupun boleh sewa je dari company motorhome tersebut, tapi risiko dapat yang tak update tu tinggi juga.

7. BAGASI

Dalam motorhome ada tempat simpan bagasi tapi tak terlalu besar. Jadi bawalah bagasi yang bersaiz sederhana bukan saiz macam wardrobe nanti kena attach additional storage pula.

8. KEMAS SEMULA

Sebelum bergerak, motorhome perlu dikemas dengan baik. Jangan ada barang2 di atas kabinet, jangan ada laci yg tak lock… Nanti satu-satu benda jatuh, susah pula nanti.

9. PILIH KENDERAAN SESUAI

Jangan tengok yang murah aje tapi research sikit tentang kenderaan yg sesuai. Baca review, komen dan testimonial pengguna. Baca pengalaman orang lain juga. Jangan tersilap pilih.

10. HARGA

Berapa sewa motorhome sehari bergantung kepada company, jenis, berapa berth & negara2 berkaitan. Lain tempat lain kadarnya jadi check dulu. Begitu juga kalau nak bajet, compare harga kalau sewa powered site dengan ensuite cabin. Powered site ni dicaj ikut kepala, manakala kabin ikut unit. Kalau rasa tak banyak beza dan nakkan keselesaan, ensuite cabin of course lebih selesa. Tapi kalau nak adventure, ambillah powered site.

Yang bestnya motorhome ni kita tak payah pack-unpack kalau nak berpindah. Semua dah ready dalam tu dah.

Kalau ke mana-mana tempat tarikan, boleh parking, tidur atau masak saja tanpa fikir ‘mana nak cari’.

Susah ke self-drive? Tak susah pun. Lagilah kalau dah biasa sewa kereta, sama je. Kalau tak biasa pun, cubalah pengalaman baru ni. Barulah adventure.

Tapi kalau masih tak confiden, boleh cari tour2 yg ada buat pakej kembara dengan motorhome.

Amacam, teruja tak?

Category: Adventure Tips Travelling Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Tips Travel Self-Drive Dengan Motorhome/Caravan

  1. Inspirasi Huda

    Perjalanan bersama keluarga terutama melibatkan anak-anak kecil elok juga menggunakan motorhome. Senang nak kawal anak-anak, tapi tetap ada cabarannya juga. Bagi yang single, mungkin lebih suka cara bebas untuk ke mana-mana. Tapi, belum cuba belum tau ‘nikmat’ motorhome ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge