LIKE Status Musibah Orang Supaya Jadi Viral

FABEOOK LIKE

Buka Fesbuk. Nampak status kawan: Tolong doakan kucing saya sekarang dalam ICU kerana tertelan biji nangka Taktau nak komen apa. Tekan butang LIKE je. Tiba-tiba dapat PM dari kawan tu. "Kenapa kau like status aku? Kau suka ya kucing aku masuk ICU? Biasa? Familiar dengan benda macam ni? Sampaikan ada 'ustaz-ustazah FaceBook' pun bagi tazkirah supaya kita jangan like status kawan-kawan yang tak berapa best. Adakah kita suka bila kawan-kawan kita dirundung malang? Katanya … [Read more...]

Website Gambar Cantik Percuma Untuk Blogger

COPYRIGHT GOOGLE

Bila tulis blog ke, ataupun upload gambar di mana-mana media sosial, korang biasanya ambil gambar dari mana ya? Google? Hati-hati sikit bila ambil gambar dari Google, sebabnya, mungkin yang kita guna tu ada Copyright, atau Hakcipta Terpelihara.. Kalau nak guna gambar cantik-cantik, dan tak mau lah kot-kot ada yang claim guna gambar dia (saya pun pernah dihubungi oleh seseorang dari USA kerana guna gambar milik dia. Yelah, kita Google je kan. Tapi OK jugak boleh jadi kawan :D), di sini … [Read more...]

Menjaga Hati di FaceBook

SATU  A: Seorang ibu baru berada teruja mendapat cahayamata... Tanpa menunggu lama, dia terus memuat naik (upload) foto si comel yang dinanti selama 9 bulan itu di FaceBooknya.  B: Di satu ruang yang lain, seorang isteri yang sudah 10 tahun berkahwin berasa tertekan, dan menangis sendiri melihat keterujaan sahabat FB-nya itu.  DUA   A : Seorang ibu yang sangat gembira dengan keputusan peperiksaan anaknya, pantas memuat naik foto buku rekod … [Read more...]

Siapa Zulaikha?

"Zu, macamana ni?" "Cerita ni dah jadi viral bang" bisik Zulaikha. Mat menghela nafas yang panjang. Tidak disangka kisahnya menjadi bualan satu Malaysia. Dan yang lebih penting, dia kini terpisah jauh dari anak dan isterinya. Masalahnya, dia tak tahu di mana mereka berada. Hatinya gusar, perasaan bersalah bersarang dari tadi, kini hatinya bertukar sedih dan celaru. "Kenapa Zu tak halang dia?" "Macamana Zu nak buat bang... Kak Mah mengamuk-ngamuk depan Zu, kang dia histeria kang, satu … [Read more...]

Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang

Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya. Abang yang dikasihi, Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition … [Read more...]

Bila Pen Merah (dot) Com Copy Status Mommy Lyna

cara isi minyak pen merah

Pagi tadi, selepas hantar anak sekolah, saya tergerak ambil gambar dashboard kereta... memandangkan sekian lama kalau nak isi minyak, suami saya selalu tanya "Kiri ke kanan?", dan of course-lah, tak pernah pun nak ingat dan ambil tahu (sebab tak baca manual) secara teknikalnya tempat nak isi minyak tu belah kiri ke kanan. Cuma ingat-ingat jenis kereta je. Bila dah dapat ilmu ni minggu lepas, haruslah dikongsi bersama kan. Lalu terhasillah status ini pagi tadi: Haaa mesti ramai kan baru … [Read more...]