Tips Elak Ujub dan Takbur di FaceBook

By | January 23, 2014

Ujub dan takbur adalah penyakit-penyakit hati yang kadangkala kita tak sedar pun sedang menjangkiti kita. Seperti jua riak, penyakit-penyakit hati ni tak nampak,.. macam kanser.. tak rasa.. tapi bila dah keluar simptom dia tu, biasanya di tahap yang bahaya dah.

Ujub maksudnya berasa ajaib dab kagum dengan diri sendiri, atas kelebihan dan pengaruh yang ada.

Takbur maksudnya membesar-besarkan diri. Megah dengan diri sendiri.

Namun begitu, kebanyakan kita silap tafsir tentang riak, ujub dan takbur ni. Mungkin kita sendiri pun pernah kata…

“Taknak lah buat benda baik ni, nanti aku jadi riak”

“Aku nak jadi biasa je lah.. taknak jadi hebat-hebat, nanti aku jadi ujub”

“Aku takut nak jadi kaya dan berjaya, nanti aku jadi takbur”

Silap faham tentang benda-benda ni menjadikan kita mudah nak guna alasan agama sebagai excuse atas kemalasan kita. Akhirnya kita jadi lesu dan layu… Terus dipijak dan terpijak.

Walhal, sebenarnya kalau kita tak buat sebab takut ada perasaan2 macam tu, itulah sebenarnya benda-benda tu. Contohnya, tak buat sebab takut dikata riak, itulah riak. Tak buat sebab takut dikata ujub, itulah ujub. Tak buat sebab takut takbur, itulah takbur.

Kita kena lawan perasaan-perasaan itu, oleh itu sangat penting kita menjaga hubungan dengan Allah SWT. Dan ikutilah kisah-kisah orang soleh, kisah para Nabi, para sahabat, para wali… mereka tu kalau nak takbur ke ujub ke, jauh lebih layak dari kita. Tapi, Rasulullah sendiri pun tak pernah nak rasa sedemikian. Para sahabat yang berjuang menyebarkan Islam tak pernah berasa ‘tengoklah aku, pahlawan Islam yang hebat dan gagah’.

Lihatlah amalan mereka bagaimana… dalam menjaga hubungan dengan Allah. Rasulullah SAW beristighar memohon keampunan, walaupun jelas Baginda seorang yang maksum. Malah solat malam hingga kakinya bengkak…

Permainan hati ni akan terus berlaku, kerana rapuhnya hati kita, dan syaitan yang terus menerus membisikkan ke dalam hati kita. Syaitan ni makhluk bijaksana, tak boleh ajak kita buat benda jahat, dia gunakan benda baik dalam jalan kejahatan… suci dalam debu gitu..

Contohnya bisikan-bisikan macam.. ‘Tak payahla update status baik-baik.. Macam la ko tu baik sangat’ dan kita pun respon ‘A ahla, aku ni bukannya baik pun.. Post status baik2 buat jadi riak je’… Kita pun post la benda merapu-rapu sebab takut jadi riak pulak kan.

Ataupun, kalau memang kita dah ‘baik’, dia bisik pulak “Haa post lagi, update lagi.. Awak lah yang paling hebat, paling bagus, eh eh tengok, banyaknya likes, wah memang terbaik sangat awak ni” kita pun respon “Wahhh terbaik betul aku ni. Ramai like status aku hari ni. Akulah yang paling hebat dalam FaceBook ni”.

Pendekata persoalan hati ni hanya boleh diselesaikan dengan – berkonsultansi dengan Allah. Kalau ikut konsultan manusia pun kadang-kadang jadi lebih teruk, lagi-lagi kalau manusia yang beri konsultansi tu pun ikut bisikan syaitan juga. Kerana mata kita ni hanya boleh lihat pada luaran.. tak tembus ke dalam hati. Kita mungkin terasa orang itu riak, orang ni ujub dan sebagainya, tapi dalam tak sedar, sebenarnya hati kita yang berpenyakit.

Oleh itu jangan mudah jump into conclusion yang orang ni riak orang tu takbur, kerana itu sebaiknya kalau nak tegur orang yang kita rasa ada penyakit hati, tak boleh kita terus tuju depan-depan. Mungkin balik ke batang hidung sendiri pula. Entah-entah hati kita yang penuh dengan prasangka buruk. Seperti satu contoh yang saya baca untuk tegur perbuatan riak, ujub, takbur ni, adalah dengan ikut teladan Hassan & Hussin menegur seorang lelaki yang berwuduk cara salah. Mereka ‘berlakon’ untuk menyampaikan teguran kepada pakcik itu. Jadi kita mungkin boleh ‘menegur’ terus kepada orang yang kita sangka ada penyakit hati tu, contohnya “Saya rasa hati saya penuh dgn perasaan ujub dan takbur, awak rasa macamana ya nak atasinya?”.

Pendekata, konklusi untuk menghindari penyakit ujub dan takbur di FaceBook ni:

  • Sentiasa ingat hakikat kejadian manusia. Kita ni bukan apa-apa, kita di sisi Allah semuanya sama kecuali orang bertaqwa. Orang bertaqwa takkan ada perasaan ujub dan takbur kan?
  • Sedari bahawa nikmat yang Allah beri kepada makhluk ciptaan-Nya sangat banyak dan tak terhitung. Apa lah sangat yang kita ada ni. Bila2 masa Allah nak tarik, petik jari je.
  • Ingatlah dunia ni tiada yang kekal. Hebat? Kaya? Di akhirat nanti jangan pula kita menjadi orang paling muflis.
  • Dunia ni persinggahan sekejap saja… Apa lah maknanya nak bermegah-megah dengan duniawi…
  • Amalkan sikap sederhana dalam apa jual hal. Benda yang tak perlu, tak payah nak story-story.

Dan yang paling penting, sentiasa berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah, dan bentengkan dari ‘kata-kata manusia’. Janganlah hanya orang tuduh kita ujub dan takbur, terus kita berhenti sebarkan kebaikan atau berhenti mengerjakan cita-cita kita. Jangan mengalah atas persepsi negatif orang lain. Dan kita pula jangan mudah berprasangka buruk pada orang. Hanya Allah SWT yang tahu isi hati kita. Jadi sama-sama kita bersihkan hati. Jangan kiat mudah salahfaham, kerana itu semua cuma persepsi kita. Kalau nak bagi nasihat, kita terus berdepan dengan orang berkenaan, bukan secara umum di FaceBook juga, lagilah menambahkan dosa kita dan orang keliling kita juga.

Happy networking!

One thought on “Tips Elak Ujub dan Takbur di FaceBook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge