5 Perkara Tak Perlu Tulis Dalam Blog

By | January 12, 2012

Kalau dah ada blog tu, macam2 nak letak. Maklumlah, orang kata “blog aku, suka hati aku lah”. Tapi saya nak peringatkan je lah ni.. dalam duk excited cerita everything dalam blog ambil kira beberapa faktor especially keselamatan keluarga. Samada keselamatan secara fizikal ataupun dalaman…

Dunia tanpa sempadan… so kita lah yang kena wujudkan sempadan tu. FaceBook ke, blog ke, depa tak ada pantang larang, yang kena letak pantang dan larang itulah kita sendiri.

Apa yang tak perlu letak dalam blog? Atau mungkin tak patut letak:

1. ALAMAT RUMAH
Kecuali kalau ada kepentingan lah misalnya buat home business & mengalu2kan pelanggan datang ke rumah. Walaupun katanya untuk panduan kawan2… hantar personal email je lah.. yang baca blog kita tu bukan kawan2 kita je tau.

2. TEMPAT ANAK BELAJAR/DITINGGAL MASA PEGI KERJA
Rumah pengasuh, taska, tadika even sekolah pun tak perlu nak reveal. Sekolah mungkin OK lah, anak pun dah besar & boleh jaga diri. Taska/tadika… melibatkan keselamatan anak-anak.. nak buat review ke, boleh tapi tak perlu reveal lokasi kat mana.

3. LUAHAN HATI TERHADAP PASANGAN & AHLI KELUARGA
Geram kat husband, tulis dalam blog. Tension dengan in laws, tulis dalam blog. Tak eloklah macam tu… Bukan pasal nanti mereka yang terbabit membacanya, tapi orang luar yang baca luahan kegeraman tu boleh agak kita orang yang macamana, dan boleh tafsir macam2 tentang ahli keluarga kita.

Tak payah le buka pekung di dada kan?

4. DETAIL EMPLOYER
Hati2 bila nak reveal tentang pekerjaan dan majikan.. Yelah, kita bukan tahu kut ada orang tengah cari je jalan nak buat apa2 kat kita. Better safe than sorry.

5. SEGALA MAK NENEK KETURUNAN
Respect orang lain yang tak suka diri mereka didedahkan walaupun kita tak cerita benda buruk2. Mungkin ada adik beradik kita, parents, saudara mara, kawan2 yang tak suka diri mereka dipaparkan/diceritakan dalam blog.

Pastu nanti ada yang kata “Dah tu apa lagi nak tulis kat blog, semua tak boleh. Appa pun tak bolehh?”

Terpulang, saya cuma memberi pendapat saja 😀 maklumlah, saya pula naik takut bila terbaca blog yang semua-benda-nak-cerita… Ingatlah ahli keluarga kita termasuk anak2 adalah entiti yang kita kena lindungi, bukan dedahkan.

Korang macamana?

Category: Blog and Beyond

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

8 thoughts on “5 Perkara Tak Perlu Tulis Dalam Blog

  1. NUR

    Betul tu Mommy Lyna.. kadang kadang mereka tak sedar benda benda macam ni ibau mengundang jenayah, keburukan kepada kita.. kena pandai tentukan sendiri la ye..

    Reply
  2. ummu wardah

    betul2..saya sgt2 takut dgn dunia luar ni..kita xtau org tu jahat ke baik atau ada niat nk apa2 kan kita.. jadi better beringat sebelum terkena.. peringatan untuk saya jgk. thanks mommy lyna

    Reply
  3. ida.z

    Saya mmg sgt2 setuju..kita xtau siapa sebenarnya yg baca blog kita…and lg satu elakkan bercerita detail plan kita Nak tinggalkan rumah kita

    Reply
  4. kinna

    sgt setuju! byk lagi yg boleh share di blog..lg satu, tulisan kita boleh jd “maksiat jariah” instead of “amal jariah” esp bila kita tulis sesuatu ttg org (fitnah/mengumpat etc)..peringatan utk diri sendiri jugak! 🙂

    Reply
  5. CikPuanHaLia

    Betul..setuju sangat. Kita sbg blogger kena la fikir kesan disebalik penulisan kita kan.
    Btw mommy, mohon izin nak share kat blog yer..
    TQ in advance.

    Reply
  6. CikSibuk

    Setuju! Ada setengah orang tulis punya lah detail sampai kalau aku jadik penyamun memang senang gilerrr keje. Sama lah macam dekat FB. Lagi2 zaman sekarang semua ada smartphone..kalau tgh pegi holiday semua berebut nak update FB time2 tu gak nak gitau satu donia yang dia tengah takde kat rumah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge