Blog Popular Malaysia

By | August 2, 2012

Sudah lama saya tak menulis dalam blog ni. Rasa macam dah berzaman tak update. Rasa dah lost connection dengan dunia blogging ni termasuk dengan rakan-rakan blogger yang dulu sama-sama saling kunjung mengunjungi.

Mungkin sebab dah tersibukkan dengan aktiviti di rumah yang kian memerlukan perhatian. Anak-anak yang kian membesar.. ‘Anak-anak’ yang memerlukan perhatian saya juga. Alhamdulillah semuanya in order kecuali blog, dan blog, dan blog. Ya, beberapa blog telah ‘dirampas’ orang 🙁 tak apalah, takde rezeki…

Rasanya dah kurang popularitu blog My Super Kids ni (wahaha, macamlah popular pun, tak agak-agak)

Sejak masuk Ramadhan ni, masa pun jadi makin singkat untuk bersenang-senang 🙂 kerja pulak makin banyak. Abiy pun,sebelum puasa kalau tak pukul 11 malam, pukul 1 pagi sampai rumah. Esoknya kerja masuk pukul 8 pagi. Mungkin ada orang pandang sebagai ‘gila kerja’ atau ‘duniawi’ dan sebagainya, namun hakikatnya itulah bakti yang dicurahkan kepada negara, cewah. Saya pernah menemani beliau sehingga jam 12 tengah malam.. ketika itulah tukang-tukang cuci bangunan mulai bertugas, agar esok pagi bila orang masuk office, semua dalam keadaan baik dan berkilat.

Melihatkan orang2 yang mula bekerja pada waktu orang lain dah mula balik mengulit diri dan anak.. terasa insaf dan sebak. Kita banyak mengomel tentang kehidupan middle-class yang terdesak. Namun lebih baik dibandingkan orang lain. Semoga mereka tu terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha yang halal.

cuci bangunan

Saya rasa saya nak mula bloghopping ke blog-blog popular Malaysia lah. Harus bangkit kembali ni. Dah menjunam sangat blog ni. Nak tengok analytic pun segan.

Tap sebenarnya saya masih ada hutang yang belum diselesaikan. Insya-Allah akan kucuba untuk men-clear-kan segala hutang piutung secepat mungkin! Sebab saya ada sesuatu yang best untuk semua!

Category: Blog and Beyond

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

3 thoughts on “Blog Popular Malaysia

  1. mama sharidz

    salam BW….
    betul tu di bulan puasa ni memang sibuk dgn hal keluarga, tapi time ni MS curi2 jer untuk blogwalking.

    Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya…….:-)
    mama sharidz´s menulis tentang ..persiapan raya….My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge