Tips Elak Riak di FaceBook

By | January 23, 2014

Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sifat-sifat baik dan sifat buruk. Sifat baik untuk disuburkan, sifat buruk untuk dibuang dan berusaha untuk tidak menjadikannya sebagai rutin kehidupan.

A008

Dalam surah as-Syams ayat 8 ni Allah berfirman : Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada taqwa

Kemudian Dia menyambung dalam ayat berikutnya:

A009 – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih

A010 – Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Antara sifat-sifat buruk yang kita kena berusaha, bermujahadah untuk buang dan kikis dari kehidupan dan hati kita:-

  • Suka dipuji-puji dan dipandang tinggi.
  • Rasa low self esteem dengan kekurangan diri.
  • Dengki dengan kelebihan orang lain dan suka bila kelebihan tu hilang dari mereka.
  • Megah dan sombong dengan kekayaan, kepandaian, kehebatan…
  • Menyimpan perasaan dendam.
  • Marah pada orang yang mencerca dan menghina.
  • Tak pernah rasa puas dengan dunia.
  • Menghina makhluk lain yang lemah.
  • Terlalu berkira.

Satu lagi fitrah manusia ialah suka berkongsi dan bercerita. Al-Quran pun diturunkan dengan kaedah bercerita.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya” [Yusuf:3]

Justeru, FaceBook dan media sosial lain seperti Twitter, Instagram, malah blog adalah obsesi kepada sesetengah orang dek kerana genrenya yang sama – bercerita dan berkongsi. Hinggakan setiap inci apa yang dibuat hatta masuk toilet pun nak cerita.

Riak adalah melakukan ibadah atau sesuatu bukan kerana Allah. Kerana itu riak disamakan dengan syirik kecil… Syirik ialah menyekutukan Allah, dan bila kita buat kebaikan bukan kerana Allah, ia samalah seperti menyekutukan Allah (men’dua’kan Allah).

Contoh riak tu macam ni. Upload gambar di masjid. OK, tiada masalah pun. Malah, bagus pun kita sebar-sebarkan kebaikan –> ajak orang lain sama-sama ke masjid. Tapi bila masa tekan ‘Post’ tu hati terdetik “Mesti aku kelihatan sangat baik dan bagus datang solat masjid ni. Kawan2 sure kagum dengan aku” jeng jeng jeng! Maka habislah pahala ‘berpesan2 kepada kebenaran tu’ ditulis dengan ‘riak’. Riak ni memang sangat sukar kita nak telah, ia sama macam lawan dia – ikhlas. Ikhlas ni, orang ikhlas pun kadang tak tahu dia ikhlas. Kalau kita boleh sebut “Aku ikhlas” tapi dalam hati boleh je ada maksud lain.

Riak dari segi perkataan maksudnya ‘memperlihatkan’, yakni menunjuk2 kepada orang bahawa kitalah yang paling baik, kitalah yang paling sederhana, kitalah yang paling soleh, kitalah yang paling boleh dijadikan contoh.

Kita boleh check diri dengan indikator riak di FaceBook ini:

  • Bila depan orang, rajin. Contohnya rajin update FaceBook “Dah masuk Zuhur, jom solat!” tapi tak berganjak pun pegi solat, dan dalam hati terdetik ‘mesti kawan2 ingat aku rajin solat ni’. Tapi kalau update macam tu, lalu terus solat, dan takde pun niat nak dapat pujian ke apa… Alhamdulillah.
  • Belakang orang, malas. Kat FaceBook punyalah pungpangpungpang tazkirah segala… tapi sebenarnya diri sendiri takde nye nak buat pun.
  • Mengharapkan pujian. Update apa-apa tujuan nak like banyak, share banyak, komen banyak. Lagi banyak like, banyak share, banyak komen, jadi rasa kembang semangkuk. Takde like, takde komen, rasa fed-up. Pastuh bila ada orang tak setuju/tak puji, terus rasa sentap.
  • Berhenti buat kebaikan bila terasa dengan orang. Nak share tentang sesuatu yang baik, tapi terfikir “Kalau aku share nanti kang orang ingat aku riak pulak. Takpelah, tak pasal2 kena tuduh riak nanti”. Maksudnya, dok fikir sangat tentang ‘nanti ORANG KATA kita riak’ lalu tak buat benda2 yang baik. Itupun riak tau.

Orang riak ni umpamanya macam ni – melakukan sesuatu kerana ‘orang’. Akhirnya segala perbuatan jadi sia-sia sebab Allah enggan beri pahala kerana buat sesuatu bukan kerana-Nya. Kalau buat kerana orang, atau tak buat kerana orang, nanti pahala minta la dengan orang tu. Tapi benda tak logik la tu kan.

Jadi, sebelum update status atau upload gambar di FaceBook,

  • Banyakkan mengingati Allah, amalkan zikrullah sentiasa agar hati menjadi lunak dan lembut.
  • Baca ‘Bismillahirrahmanirrahim’ sebelum publish status & fahamilah makna – ‘Dengan Nama Allah….’ bukan saja-saja lafaz je.
  • Niatkan setiap update dan gambar yang diupload adalah kerana Allah, bukan nak tarik perhatian orang (dapat pujian).
  • Bersikap sederhana…

Riak boleh merosakkan amalan-amalan kita.

Dan kita pun janganlah mudah-mudah ‘merasakan’ orang lain riak. Mungkin ada orang suka berkongsi benda yang kita tak suka. Kalau benda itu menyalahi adat dan syariat, sebaiknya kita tegur elok-elok. Kalau benda yang mengancam keselamatan (samada dia sendiri atau orang lain), cepat-cepatlah bertindak. Tapi kalau benda biasa bagi dia tapi luar biasa bagi kita, sebaiknya kita raikan saja, dan tak perlu fikir banyak sangat. Otak kita ni boleh buat lebih banyak benda dari memikirkan tentang “Orang ni ‘riak’ betul, suka sangat upload gambar handbag, tak fikir ke perasaan orang yang tak mampu…”, tapi kalau kita terfikir “Bahaya dia ni asyik upload gambar handbag, nanti kena target” haaa itu lebih baik kita settle-kan dengan beliau sebelum terlambat. Atau mungkin, be positif “Dia ni pakar handbag ni, nanti nak beli handbag boleh tanya dengan dia”.

Sebaiknya, tak perlu kita tayang-tayang kekayaan atau apa yang kita miliki dari rezeki Allah di laman sosial.. macam-macam orang ada. Ada yang berpenyakit dalam hatinya, macam-macam dia boleh buat. Tapi kita yang pandang pun jangan salah faham… ada orang yang cari makan dengan cara macam tu. Jadi, sebaiknya kita berbaik sangkalah, tak payah pening-pening.

Riak ni susah kita nak tengok. Orang update status yang pada pandangan kita ‘berlagak’ tapi mungkin dia sedang update kepada rakan baiknya yang bertanya tentang benda yang dia update tu. Eh… apsal tak PM je? Kalau macam tu ape je lah yang boleh update di FaceBook? Tapi seeloknya kalau ada benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah tu, PM je lah kan 🙂

Category: Blog and Beyond Tags: , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Tips Elak Riak di FaceBook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge