,

See Less, Experience More

admin Avatar

Once upon a time… once upon a time lah. I was a type of traveler (kengkonon nye.. baru pegi 1-2 tempat dah ngaku traveler, well, so what kan) yang ‘asal sampai’, ‘i was here’, enough for me. Sampai, ambil gambar, then brag about it 🙂

Tapi.. lama kelamaan (macam dah lama…) I thought that tujuan travelling ni bukan nak bertanding. Sampai satu tempat, rasa macam bagus. Orang yang tengok pun rasa sentap je bila kita dok tayang gambar. Eyhhh….! Budak-budak punya style je yang nak berbangga-bangga (not the right word, but couldn’t find any at the moment) tempat mana pernah sampai, negara mana pernah jejak. Lagi-lagi yang menonton dengan perasaan ‘eleeh, nak menunjuk le tu!’, tak payah rasa camtu k. Kasi can la.. Lagipun, best ape boleh tengok gambar-gambar dari tempat orang.

BTW, kami memilih ‘slow travelling, enjoy the moment, not the destination’. Sejak tu kami bukan lagi travel ‘untuk tengok’ tapi untuk ‘belajar’ (hopefully, betul2 dapat lah).

Saya sebenarnya masih tak ke mana-mana pun… As I said, baru 1-2 tempat… tapi dalam hati I feel proud of myself, walau tak sebanyak orang lain, travel sana-sini, tapi sekurang-kurangnya I have upgrade my own knowledge and perspective, terutama tentang negara lain dan masyarakatnya. It’s really really different apabila kita membaca tentang sesuatu, dengan mengalaminya sendiri. I think I can tell, maybe a little, kalau baca sesuatu artikel – adakah orang ni dah alami sendiri, atau tahu dari teori saja. *gelak*.

Kalau dulu, nampak travelling ni macam hakmilik orang kaya-kaya. Travel obesi tuuuuu. Tapi sebenarnya, ia hak semua orang. Kumpul dan korek tabung, carilah jalan mengembara, walaupun dalam negara. Backpacking… Rasa minda terbuka sikit. Saya budak kampung, dulu selama 17 tahun tak pernah keluar dari negeri Kelantan. Life was very very comfortable. Tapi, pertama kali keluar, cultural shock. Saya tak pernah ada kawan selain orang Melayu, tapi di Ipoh ramai India dan Cina. Kaku dan janggal. Nak borak pun kekok.

Namun bila saya mula bekerja di Sarawak, Melayu ke Cina ke India ke Iban ke.. semua sama je. We could chit-chat tanpa sempadan. Usik-usik tanpa perasaan ‘isu sensitif’. Lain sikit dari di Semenanjung. Bak kata kawan saya, “Kita boleh makan nasi ayam sebelah orang makan nasi babi, tak ada masalah”. Bayangkan kalau di Semenanjung tu, tak pernah dibuat dek orang kot?

Di Sarawak dulu saya tak pernah kisah pun harga barang-barang naik, hehe lagipun harga memang mahal teramat. Pandai-pandai tak makan ayam bertahun-tahun sebab sangat mahal. Semasa harga ayam di Semenanjung RM4.50 sekilogram, harga di sana dah RM8.90 sekilogram. 

Nak cakapnya, dalam satu negara pun resam berbeza. Apa lagi kalau negara lain.

Tak apa kalau kita tak boleh nak mengembara ke banyak tempat pun, remember, see less, experience more. Kalau takat sampai, tengok, ambil gambar je, lebih baik buat super impose kat PhotoShop je… lagi jimat. Tapi cuba selami dan pelajari budaya orang lain, cara orang lain, kita pun akan jadi lebih terbuka. Bukan terbuka dalam ertikata ‘liberal’ atau ‘open-minded’ orang kata… Tapi lebih berlapang dada, learn to agree to disagree. Cara orang, tak sama dengan cara kita. Misalnya di Jepun, kentut dikira lebih sopan daripada sendawa. Sendawa itu kurang adab.

So, kalau-kalau ada rezeki lebih, plan lah untuk mengembara, dalam negara pun takpa. Dan yang penting, menabunglah untuk ke Tanah Suci. Insya-Allah, bila kita ada niat, Allah akan permudahkan. Semoga dengan panggilan ke Tanah Suci tu membuka jalan-jalan untuk kita ke tempat lain pula.

*Maaflah ye tulis macam ni.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “See Less, Experience More”

  1. Nia Avatar

    Travelling is nice. Hopefully akan berpeluang nanti, insya’Allah 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jom Nia, travel sesama, free 6 stars!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge