LIKE Status Musibah Orang Supaya Jadi Viral

By | July 3, 2015

Buka Fesbuk. Nampak status kawan:

Tolong doakan kucing saya sekarang dalam ICU kerana tertelan biji nangka

Taktau nak komen apa. Tekan butang LIKE je.

Tiba-tiba dapat PM dari kawan tu.

“Kenapa kau like status aku? Kau suka ya kucing aku masuk ICU?

Biasa? Familiar dengan benda macam ni?

Sampaikan ada ‘ustaz-ustazah FaceBook’ pun bagi tazkirah supaya kita jangan like status kawan-kawan yang tak berapa best. Adakah kita suka bila kawan-kawan kita dirundung malang? Katanya la..

FABEOOK LIKE

Wahai FaceBookers sekalian. Butang LIKE pada status masing-masing tu bukan bermakna SUKA, SERONOK, HAPPY, YEAH AKHIRNYA!!! Meh baca sikit apa yang FaceBook cakap tentang fungsi butang LIKE ni.

The Like button is the quickest way for people to share content with their friends.

Paham?

Share content. Kongsi isi kandungan. Bukannya SUKA. Bila kita LIKE status kawan kita, akan keluar dekat live feed yang belah kanan sekali yang gerak-gerak dari atas ke bawah tuh.

Misha Omar likes Nora Danish’s status

Adi Putra likes Zul Ariffin’s photo

Aishah Zulkarnain likes Ahmad Mizland’s post

Mungkin ada orang tak perasan, atau buat tak kisah je. Tapi ada jenis manusia dalam FaceBook yang perati je live feeds tu.. Kalau ada orang like sesuatu post tu dia jadi tertanya2 “Eh nape dia like, penting ke”, pastu dia pun klik kat update tu. Dia akan pegi ke status tu. Bila dia pun LIKE, kawan2 dia nampak benda yang sama, buat benda yang sama. Akhirnya jadi viral.

Jangan tak tahu ramai FaceBookers yang hobinya suka monitor apa yang orang LIKE untuk follow post tu jugak. Nak viral bukan perlukan SHARE je, LIKE pun penting.

Orang yang nak follow sesuatu post pun akan tekan LIKE supaya update dan notification tentang post tu dia akan dapat. Cara paling cepat nak follow post katanya… Yelah kalau komen “follow” kang empunya diri pun nak bengang jugak. “Setakat nak komen ‘follow’ je?”.

By the way, FaceBook ni JUST FOR FUN okey.. apa yang nak serius sangat? Benda LIKE tak LIKE pun boleh bawa kepada ketidakpuasan hati. Tak patut, tak patut…

KAWAN FACEBOOK

Lepas ni tak mau bengang2 la ye kalau status sedih-sedih kita dapat LIKE. Tak payah nak tazkirah-tazkirah pasal “Jangan lah kamu LIKE status sedih kawan-kawan. Sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji. Kita tak sepatutnya suka bila kawan sedih”.

Butang LIKE bukan makna kita suka.

Butang LIKE bukan butang meraikan kesedihan orang. Butang LIKE maknanya orang tu prihatin. Nak follow cerita. Atau mungkin beliau busy tak tahu nak komen apa.. LIKE paling senang untuk dapat update.

P/S : Pelik dengan spesis yang suka stress-kan kepala dengan unnecessary things.  

Category: Blog and Beyond Tags: , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

7 thoughts on “LIKE Status Musibah Orang Supaya Jadi Viral

  1. nila anggraini

    Ntah apa-apa orang sekarang ni, banyak melatahnye daripada benarnye. Sikit-sikit nak komplen, like tak like pun dah jadi isu. Tak selidik apa yang yang disampaikan dah terus buat andaian. Kadang pelik bin benar juga hal ini terjadi dikalangan masyarakat kita.
    nila anggraini´s menulis tentang ..Muka Berjerawat Sampai Malu Nak Jumpa OrangMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge