Bila Pen Merah (dot) Com Copy Status Mommy Lyna

By | November 6, 2014

Pagi tadi, selepas hantar anak sekolah, saya tergerak ambil gambar dashboard kereta… memandangkan sekian lama kalau nak isi minyak, suami saya selalu tanya “Kiri ke kanan?”, dan of course-lah, tak pernah pun nak ingat dan ambil tahu (sebab tak baca manual) secara teknikalnya tempat nak isi minyak tu belah kiri ke kanan. Cuma ingat-ingat jenis kereta je.

Bila dah dapat ilmu ni minggu lepas, haruslah dikongsi bersama kan. Lalu terhasillah status ini pagi tadi:

cara isi minyak kereta

Haaa mesti ramai kan baru tahu, cara nak tahu kita nak isi minyak dari belah mana… Kalau tak, main agak2, atau buka dulu tangki minyak kan, tengok belah mana yang terbuka? Hehe.

Caranya simple sangat sebenarnya. Ikut arah anak panah yang sebelah lambang pam minyak tu, atau tengok arah hos tu. kalau hos tu berada di sebelah kanan, maknanya kereta kita punya tempat isi minyak adalah di sebelah kiri.

So, biasalah.. ramai kawan yang kongsi dan komen… Tak de la banyak pun, bukan glamour mana pun diriku.. ­čśÇ

Sehinggalah cucu Shaklee saya, Ainul beritahu benda ni petang tadi:

cara isi minyak pen merah Wahh kan. Mujurlah cuma gambar dashboard je. Nasib tak upload gambar kereta sekali.

Tiba-tiba nak rasa glamor pula lah ya, Pen Merah Pen Biru copy paste status kite ­čśÇ

Category: Blog and Beyond Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

23 thoughts on “Bila Pen Merah (dot) Com Copy Status Mommy Lyna

    1. Mommy Lyna Post author

      patutnya dia tekan butang share, bukan copy paste ghahahaha

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      tak glemer le ni. hish PM ni patutnye u kredit kat i, baru la glemer

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      hehehe. nasib baik takde yang serang i “ooo u copy status penmerah ye”

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge