Tips Menguruskan Bisnes Walaupun Berada di Luar Negara

By | February 25, 2014

Apa yang membuatkan saya seronok dan teruja dengan bisnes yang saya lalukan kini, ialah, ia boleh dilaksanakan dari mana-mana lokasi di dunia, asalkan ada internet. Alhamdulillah, dengan rezeki-Nya saya dapat travel mengikut cara kegemaran kami – backpacking. Dan memang sangat ‘best’ bila kedai tak perlu ditutup walaupun saya tiada di Malaysia.
 
 Itu adalah salah satu kriteria bisnes pilihan saya – BISNES YANG AUTOMATED DAN SCALABLE.
 
 BISNES AUTOMATED adalah bisnes yang seumpama domino. Jentik satu, semua jatuh. Bukan skim piramid atau cepat kaya!!! Nanti saya explain.
 
 BISNES YANG SCALE adalah umpama menggunakan alat pancuran automatik untuk menyiram bunga. Lebih efisyen dan menyenangkan dari menyiramnya satu-persatu bukan?
 
 BISNES INTERNET memberikan segala yang di atas, dengan sangat mudah!
 
 Bandingkan, kalau saya buka sebuah kiosk di supermarket…. Untuk beri penerangan kepada pelanggan, saya cuma mungkin boleh memberi info kepada seorang pelanggan dalam masa 15 minit. Dalam masa sejam, 4 orang. Kalau saya buka kiosk selama 12 jam, saya dapat explain kepada 48 orang…. (Itupun kalau pelanggan tak putus2 datang). Dan bagaimana kalau saya ada sebuah website yang mendapat kunjungan 10,000 orang setiap hari? Dan saya cuma perlu menaip penerangan tersebut SEKALI saja. Mana yang lebih menarik?
 
 Ini lah scalable.
 
 Dan bagaimana kalau saya nak ke luar negara….? Kalau ada kiosk saya pasti kena tutup kiosk saya… Atau serahkan sekejap kepada orang lain… Tapi.. Kalau website, di mana berada pasti website terus dapat di-akses, kecuali kalau dah masuk virus atau bandwidth penuh.
 
 Inilah automated.
 
 Sememangnya sangat mudah menjalankan bisnes dengan menggunakan internet. Di mana- mana pun saya boleh update blog dan Fanpage (Entry ini ditulis & scheduled ketika saya berada di luar Malaysia).
 
 Bisnes internet bukan sekadar menjual dan menghantar barang, tapi lebih kepada berkongsi dan membina nama di persada enjin carian (Google). Blog pula bukan alat untuk membina leads semata-mata, tapi bagi memenuhi keperluan self-learned customers yang memang majoriti di zaman teknologi ni.
 
 
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

14 thoughts on “Tips Menguruskan Bisnes Walaupun Berada di Luar Negara

  1. daud mohamad

    Setuju sangat dengan mommy lyna..bisnes internet sangat menguntungkan dan menijimatkan masa..mula-mula memang payah lama2 ia jadi lebih mudah..bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersick2 dahulu bereasy-easy kemudian” hehehe…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge