Cara Mengurus Wang Pekerja Kerajaan & Peniaga Yg Paling Ketara

By | February 7, 2011

Memang ada banyak cara mengurus wang ni. Golongan pertama terdiri daripada yang makan gaji; termasuk pegawai kerajaan atau pekerja swasta yang diberikan gaji tetap setiap bulan. Pekerja yang diberikan komisen jualan disamping gaji asas bulanan mungkin tak termasuk dalam golongan ini.

Golongan kedua pula adalah yang tiada punca pendapatan yang tetap berapa banyak setiap bulan. Ini termasuk peniaga, pedagang, usahawan, ejen jualan & pelabur. Kedua-dua golongan ini memiliki cara mengurus wang yang tersendiri.

Golongan Makan Gaji

Golongan ini tak dapat nak control berapa gaji yang masuk sebab pendapatan bulanannya dah ditetapkan majikan. Pulun macam mana sekalipun, duit yang masuk tak berubah; melainkan boleh dapat OT. Naik gaji pun setahun sekali.

Sebab dah tak boleh buat apa-apa sangat dengan duit gaji, cara mengurus wang yang paling mudah ialah dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Pantang kalau ada offer, sale atau diskaun, memang borong habis sebab inilah caranya nak dapatkan lebih nilai untuk setiap sen gaji yang kita dapat.

I called this, kaedah mengurus wang yang defensive.

Golongan Peniaga

Bagi peniaga pula, banyak kos perniagaan yang hampir tetap (fixed). Sebagai contoh gaji pekerja, bil api, sewa kedai etc yang perlu diselesaikan setiap akhir bulan. Jimatlah cemana pun, paling2 boleh save 10-30% saje.

Jalan paling mudah ialah tingkatkan jualan. I called this attacking ok x? HaHa…

Peniaga perlu bersedia habiskan wang untuk tujuan promosi (flyer, brochure etc), menimba ilmu (buku, kursus etc) & alat yang boleh memudahkan urusan (terminal kad kredit etc). Sudah tentu habiskan wang tu tadek la berbelanja buta, tapi setiap perbelanjaan perlulah didasari untuk tujuan tertentu & priority waktu tu; asalkan boleh tingkatkan jualan.

Summary

Ideally, kita akan cuba sedaya upaya untuk berbelanja cara defensive & cari duit cara peniaga. Tapi biasanya secara sedar atau tidak, habit mengurus wang akan dipengaruhi oleh golongan mana kita sebenarnya.

Sebab tu jugala kalau orang makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan alam perniagaan ni (macam saya) pasti akan ada konflik dalam kaedah mengurus wang.

Back in mind nak jimat sebanyak mungkin tapi tak sedar yang sifat terlalu jimat sampai tak berani nak melabur dalam perniagaan sendiri boleh menjerut perkembangam perniagaan yang kita usahakan. Ini saya kategorikan perubahan cara berfikir dari satu kelompok kepada kelompok yang lain.

So, cara mengurus wang yang mana pilihan & idaman anda?

5 thoughts on “Cara Mengurus Wang Pekerja Kerajaan & Peniaga Yg Paling Ketara

  1. Assie

    Defense and Attack, macam position main netball ni. I use both since I’m trapped in both world 😀 But leaning more in attacking mode and invest heavily to grow the business.

    Tapi yang paling utama, ingatan untuk diri sendiri, infaq jangan guna mana-mana mode, pejam mata dan bagi sahaja. Insya-Allah dapat semula dengan cara yang tidak disangka-sangka.

    Moga Allah redha segala usaha kita.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge