Usah Pandang Rendah Keupayaan Anak Istimewa

By | February 7, 2011

Satu ketika dulu saya pernah risaukan bagaimanalah Fahry nak solat ya.

Maklumlah, dilahirkan tidak berkaki sebelah membuatkan saya rasa ‘ragu-ragu’ sikit dengan keupayaan saya dan keupayaan beliau sendiri.

Fahry rupanya pandai menggunakan apa yang ada padanya. Dia solat (cuma buat gerakan saja) dengan cara duduk, lengkap dengan rukuknya sekali, membuatkan saya rasa “OK, surrender” dengan prejudis yang lahir dari sanubari saya.

solat orang cacat

Bukan tidak percaya kepada anak sendiri, tapi bila ada anak yang sebegini, membuatkan saya tak mengharapkan sesuatu yang besar daripada Fahry. Namun ternyata saya silap. Fahry terlebih dahulu menunjukkan keupayaannya melebihi imaginasi saya.

Saya juga pernah ‘mengakui’ yang Fahry agak ‘lambat’ dalam ‘akademik’. Tapi dia dah buktikan dengan membaca beberapa perkataan 3 huruf yang simple di depan saya T_T

Malah pergi ke mana-mana kami tak risau tentang Fahry kerana dia pandai berdikari dan bijak bergaul.

Rasa gembira ini saya nak kongsikan dengan semua. Siapa yang tak gembira kan, bila anak kita menunjukkan prestasi yang kita tak pernah jangka.

Ish, tak patut rasanya saya ‘memperkecilkan’ Fahry. Walaupun dia anak saya tapi hakikatnya dia adalah anugerah amanah Allah yang tak terbanding. Begitu juga anak-anak lain. Keupayaan mereka pastinya melebihi imaginasi kita. Cuma sebagai ibu bapa kadangkala kita me-limit-kan perkara itu kerana sebab2 tertentu. Namun anak2 dilahirkan dalam keadaan fitrah, jadi sebagai ibu bapa kita seharusnya membawa mereka kembali kepada fitrah, iaitu sebagai khalifah, bukan hidup sekadar sekolah-kerja-kahwin-beranak-mati.. atau lebih teruk lagi hidup menyusahkan orang.

fahry super kids

Apa dan siapa pun anak-anak kita (dan anak orang lain pun), mereka adalah sangat istimewa.

Category: Fahry My Kids Diary Tags: , , , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Usah Pandang Rendah Keupayaan Anak Istimewa

  1. raduan

    Salam ML.. Saya juga mempunyai seorang anak istiwewa yang mempunyai masalah pendengaran sedari kecil lagi. Sememangnya kita sebagai ibu bapa kadangkala memperkecilkan kebolehan yang ada di dalam diri anak-anak kita. Perkara ini juga berlaku pada saya yang kadangkala memandang remeh kebolehan anak saya sendiri dan tidak menyedari potensi diri mereka.

    Tetapi akhirnya saya sedari potensi dan kebolehan di dalam diri mereka adalah setanding dan ada kalanya melebihi dari anak-anak biasa. Saya berasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH S.W.T terhadap diri saya kerana tidak semua manusia di mukabumi ini dikurniakan anak istimewa.
    raduan´s menulis tentang ..Pilihan AndaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge