iPad Percuma (Bernilai RM1549) – Pembaca MySuperKids

by Mommy Lyna on February 8, 2011 · 81 comments

Saya baru cash out duit Nuffnang. Alhamdulillah, duit Nuffnang kali ni adalah yang paling lumayan. Lebih memberangsangkan, pendapatan tertinggi ini tanpa advertorial. Dan sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca blog MySuperKids, ingin saya kongsikan sebahagian daripadanya kepada pembaca bertuah…

… dalam bentuk iPad!

ipad

iPad memang best. You may call me Apple geek or freak tapi the fact remain the same, Apple is the coolest gadget on earth! Selagi Steve Job masih hidup, Apple akan kekal sebagai trend setter seperti yang berjaya dilakukan dengan iPod Touch, iPhone & iPad.

Best of all, iPad praktikal & functional…

Saya gunakan iPad untuk bina artikel berkualiti, susun idea dalam bentuk mind-map menggunakan iThoughtsHD, kerjakan .doc, .ppt & .xls dalam DocsToGo, telaah eBook & laporan format pdf menerusi iBooks, langgan majalah & jurnal antarabangsa dengan Kindle dan paling best boleh baca Quran dalam gelap dengan skrin 10″ iPad ni.

Apa lagi yang boleh anda buat dengan iPad?

ipad need for speed

Main game Need for Speed (grafik HD memang sangat superb), flash card anak-anak (skrin iPhone/iPod agak kecil untuk baby -oh, app utk Little Reader pun dah ada!), gandakan paparan laptop atau komputer (&iPad bertindak sebagai screen kedua), invoice client menggunakan terminal PayPal, tunjuk slide presentation kepada pelanggan dengan mudah (tak perlu tunggu 1-5 min untuk start-up), & simpan segala rekod penting (strategi jualan, statistik pemasaran, wang perbelanjaan).

Siapa patut dapatkan iPad percuma ni?

Blogger (boleh tulis blog di mana2 sebab iPad sangatlah ringan dan boleh selit dalam handbag atau celah suratkhabar je), Eksekutif penting syarikat (boleh rujuk maklumat dalam format Microsoft Office dengan jelas & cepat), ejen jualan/pemasaran (boleh tunjuk slide presentation kepada bakal pelanggan), ibu moden yang sibuk berniaga (tak perlu risau tertinggal apa-apa maklumat penting walaupun bergegas keluar rumah tatkala anak sibuk menangis), penuntut universiti (tak perlu risau tertinggal nota sebab boleh tengok slide lecturer mana-mana); pendek kata, hampir sesiapa saja.

ipad

Jika anda terlepas peluang memenangi iPad daripada Maxis-Nuffnang baru-baru ini, maka pastikan anda tak terlepas peluang kali ini. Sebab berbanding Maxis, peluang anda untuk betul-betul dapat hadiah iPad percuma lebih cerah di MySuperKids.

Betul kan?

Cumanya, saya belum sempat nak tetapkan cara memilih pembaca bertuah MySuperKids. Buat masa sekarang, jika anda betul-betul berminat nak iPad bernilai RM1,549 ni percuma, masukkan nama & email anda di bawah,
…akan saya hubungi anda bila struktur pemilihan dah ditetapkan. (**pastikan anda klik pada confirmation email. kalau tak, confirm akan terlepas iPad!)

Dan jika anda berminat untuk jadi penaja bersama iPad-MySuperKids ini, anda boleh daftarkan nama & email anda di bawah,

…belum pernah dengar lagi mana-mana blogger sanggup bagi iPad sebagai hadiah. So, penaja can expect extra-wide coverage.

Juga, jika anda sukarela nak jadi juri, pengkritik atau pengadil, cepat-cepat letak nama & email kat bawah ni.

…husband saya awal2 lagi cakap reserve satu untuk dia, huhu.

Saya sarankan agar anda mula godek2 artikel lama2 blog ini mulai sekarang agar bila tiba masanya nanti, anda tak perlu terhegeh2 selak blogpost terdahulu. Tak payah susah2. Mulakan dengan setiap kali ada masa terluang, baca mana-mana artikel yang anda minat.

Stay tuned for more free iPads…

*imej dari Apple.com

{ 64 comments… read them below or add one }

aried April 25, 2011 at 12:38 am

Menangi iPad, iPhone dan Blackberry dengan mudah! Sertai permainan lumba kereta ini!!!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 17 trackbacks }

Previous post:

Next post: