Breastpump (Pam Susu) Terbaru – Jom Jadi Orang Pertama!

By | March 9, 2011

Breastpump atau pam susu adalah gadjet yang menjadi keperluan kepada ibu-ibu menyusukan anak dengan susu ibu, terutama bagi mereka yang tak pandai melalukan kaedah Marmet. Sekarang ada macam-maca jenis pam susu, saya sendiri pun berpengalaman dengan 2 jenis breastpump,  Avent Isis UNO dan Medela Freestyle. Dan setiap breastpump tu ada keunikannya tersendiri. Yang mahal tak semestinya bagus, tapi kalau boleh carilah breastpump yang mempunyai ciri-ciri yang memudahkan ibu. Boleh tanya kepada mereka yang berpengalaman menggunakannya.

Bagi peminat blog dan pengikut FB Sarakids, mesti dah biasa dengan….. MODU! Inilah breastpump terbaru yang akan berada di pasaran tak lama lagi 😉

breastpumpbreastpumppam susu

Macamana? Ada rasa tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang breastpump yang comel ni? Saya pasti ramai nak nak tau ciri-ciri dia, harga dia, apa keistimewaannya MODU ni.

Kalau nak tahu… demonstrasi MODU buat pertama kalinya akan diadakan dalam Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif di Scriptory Box yang akan diadakan pada 13 Mac ini. Dah daftar ke? Jom lah, memang tak rugi!

Sarakids juga dijangka akan membawa satu produk baru untuk dicuba oleh peserta Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif yang kami namakan Breastfeeding Day ni. Apakah ituuu… tungguuu… 🙂

Wah memang menarik BF-Day nih, harap2 saya belum bersalin lagilah. Nak jugak beramas mesra dengan MODU dan rasa produk baru dari Sarakids tu.. uhuhuhu.

Kepada suami2 yang bakal menerima cahaya mata, hadiahkanlah isteri anda satu tempat dalam BF-Day ni. Masa ni lah nak korek semua info tentanng breastfeeding. Bukan saja dapat jumpa kaunselor laktasi face-to-face, juga dapat tengok barang2 keperluan untuk menyusukan bayi, siap consultation sekali.

Kalau belum daftar, silalah mendaftar di Scriptory Box dot Com.

Breastfeeding Rocks!

breastfeeding day

6 thoughts on “Breastpump (Pam Susu) Terbaru – Jom Jadi Orang Pertama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge