Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif di Scriptory Box

by Mommy Lyna on February 28, 2011 · 18 comments

*sticky entry. sila skroll ke bawah untuk membaca artikel-artikel terkini.

Scriptory Box menempatkan galeri penyusuan susu ibu, dan menampilkan antaranya baju-baju khas untuk ibu menyusu, Bling Buubies. Kami menganjurkan satu program a-la kelas penyusuan yang interaktif, khas buat ibu bapa dan bakal ibu bapa. Program ini dinamakan Breastfeeding Day (Hari Penyusuan Susu Ibu) yang dianjurkan oleh Bling Lustre.

hari susu ibu

Program ini pastinya lebih menarik kerana:

  • Kehadiran penggiat laktasi LELAKI yang pasti memberi lebih pendedahan tentang penyusuan kepada kaum bapa.
  • Kehadiran seorang tetamu istimewa yang akan berkongsi perasaan dan pengalamannya tentang penyusuan ibu.
  • In person dengan kaunselor laktasi bertauliah bagi menyelesaikan masalah anda.
  • Jualan pelbagai produk penyusuan dan demo pam susu.

Majlis bakal diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh para pemenang My Bling Moment : Breastfeeding.

Hari Penyusuan Susu ibu di Scriptory Box juga adalah titik tolak kepada kumpulan sokongan penyusuan ibu yang sedang dijalankan.

Daftarlah hari ni di www.scriptorybox.com dan jadilah peserta terawal untuk menikmati diskaun yuran penyertaan.

Yuran penyertaan : RM50 seorang (jika datang berseorangan), RM80 satu pasangan (jika datang bersama pasangan). Digalakkan membawa anak/bayi. Pembayaran dan pendaftaran boleh dibuat di www.scriptorybox.com

{ 18 comments… read them below or add one }

lydzar February 28, 2011 at 8:52 am

bila date nya ni?

Reply

Mommy Lyna February 28, 2011 at 9:44 am

waduh ibuuuu itu sudah diletakkan dalam posternya, 13 Mac hehe. dah tak larat kot :P

Reply

lydzar February 28, 2011 at 11:28 am

hahahah boleh pulak “ter”tak nampak..haah la, mayb masa ni duduk mengeram dalam rumah aje laa

Reply

rose February 28, 2011 at 8:56 am

waa..menariknye!

Reply

Nik Ha February 28, 2011 at 10:00 am

Akak tolong war2kan.Tak dpt attend, balik kg masa tu :(

Reply

Fara February 28, 2011 at 11:56 am

Menarik…tp mase tak mengizinkan…huhuhuhu! Selalu je terlepas perkara2 yg berfaedah mcm nie….

Reply

NUR March 3, 2011 at 8:38 am

bagus untuk pasangan2 baru yang bakal mendapat anak sulung terutamanya.. pasangan lama pun boleh gak ni..
Jemput ke:ALL IN ONE

Reply

mommaMia March 3, 2011 at 11:38 am

ok alom dah share… next time buat lagi tau sbb alin tak dpt join.. adik ipar kawin waktu tu laaa… have fun!!

Reply

juanita March 3, 2011 at 12:37 pm

Ala…ada class photography lak..huwaaaa..ish2..ish….

Reply

tutyrahiza March 3, 2011 at 4:58 pm

uwaaa..teringin nye sy nak join..TETAPI lagi 3 hari nak due tu..kompem incik suami tak bagi sy drive ke sana..btw, sy tgh menunggu hari utk deliver 1st baby..EDD 16.3…berazam utk menyusukan baby dengan susu ibu bukan susu lembu..hehhehe

Reply

ibunaznoy March 11, 2011 at 8:38 am

baru baca ttg ni,2hr lg sempat lg nak war2kan..sy share kat blog yea..program yg bagus,tp maybe xdpt join coz ada hal lain..

Reply

Mommy Lyna March 11, 2011 at 4:19 pm

thanks ibunaznoy for sharing :D

Reply

Amyz March 11, 2011 at 9:48 am

Buatlah jelajah satu Msia. Bila nak sampai ke JB? ;-)

Reply

Mommy Lyna March 11, 2011 at 4:19 pm

amiin insya-Allah :)

Reply

tutyrahiza March 11, 2011 at 10:56 am

kak lyna,
macam mane nak daftar?? tak jumpa any form pun kat scriptory box tu..
memandangkan sy tunggu ari je, boleh tak kalo nak walk in????

Reply

Mommy Lyna March 11, 2011 at 4:17 pm

nak walk in bole tp register gak kat http://www.scriptorybox.com, pahtu esok ke bgtau bole datang ke tak. takut tak cukup makanan plak nt :D

Reply

tutyrahiza March 14, 2011 at 8:55 am

lyna..tak pasti sebenarnye beza umur kita (btw sy lahir 1982)..

tima kasih sgt2 anjurkan kelas bf ni..pastu rase seronok dpt jumpa k.farah..
nway, nanti sy tulih review kat blog pastu tepek kat sini k..

Reply

tutyrahiza March 17, 2011 at 2:01 pm

MOmmy Lyna,

As being promised, review on the breastfeeding day event..

http://miss-amethyst.blogspot.com/2011/03/breastfeeding-day-scriptory-box.html

Thanks..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm