Tag Archives: pam susu

Tips Menyusu Ibu Bekerja Outstation

Menyusukan anak bagi ibu bekerja mungkin agak terhad, lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai jadual bekerja yang tidak tetap, atau jadual yang senantiasa padat. Misalnya ibu yang bekerja shift, yang selalu stand-by, kerja di kaunter, dan sebagainya. Tak lupa juga ibu yang selalu travel. Tidak boleh menyalahkan mereka jika mereka memilih susu formula, di samping memberi susu badan di waktu malam (atau waktu2 mereka bersama bayi), kerana tuntutan kerja yang tidak tetap; mungkin juga sokongan yang tidak begitu mantap menyebabkan ibu2 ini selesa dengan ‘support’ daripada susu lain.

Sokongan adalah penting bagi ibu-ibu yang menyusukan, terutama ibu bekerja. Mana taknya, bukan senang nak ‘mengosongkan’ payudara. Yang cepat letdown, 10 minit mungkin dah cukup. Yang lambat mungkin 30 minit atau hampir sejam. Kalau kerja yang selalu kena ‘available’ mungkin susah lah nak hilang lama-lama. Walau bagaimanapun, tidak mustahil, yang penting… carilah sokongan yang betul. Jangan pulak sokong bawa rebah.

Saya baru pulang dari outstation ke Sarawak selamat 1 hari 1 malam. Walaupun teman2 ambil flight KUL-MYY yang lebih awal (jam 1.30 tghr) tapi saya ambil last flight (jam 8.40 malam) supaya sempat berikan susu perahan kepada suami untuk dibawa pulang. Sebab outstation sekejap je, so sebolehnya taknak la di-hassle-kan dengan angkut susu ke sana sini. Walaupun akan sampai ke Miri pada tengah malam tapi takpe, insya-Allah takde masalah. (Thanks Sis Adda!)

Walaupun adalah sedikit benda tak berapa bijak berlaku… (1) tak caj Medela Freestyle pada malam sebelum departure tu, (2) bawa charger tapi kepala dia tak bawak, LOL. macam bawa sudu tapi tak bawak bekas bekal. Akhirnya terpaksa mengepam dalam keadaan berjaga-jaga ‘janganlah-bateri-yang-dah-kelip2-ni-tiba2-padam’. Syukurlah ia cuma padam the next morning.. itupun dapat pam 2 kali saja sepanjang malam T___T [MORAL: Pastikan pam anda sentiasa fully charged sebelum outstation].

Syukur ada member2 yang guna Freestyle jugak. Cheq telah meminjamkan chargernya !^_^!V

Disebabkan outstation ni cuma 1 malam saja, saya cuma membawa Fridge-to-Go saja. Kalau lama sikit mungkin kena beli (belum beli lagi) icebox yang besar sikit tu.

fridge to go

Sekarang yang ini cukup

ice box

Mungkinkah nanti perlukan yang gedabak itu?

Disebabkan meeting bermula jam 10 pagi, jadi saya habiskan masa dengan mengepam di bilik pumping yang disediakan. Yess, itu adalah BREASTFEEDING ROOM yang saya – jumpa GM – bagi proposal. Alhamdulillah now ia adalah stesen ibu-ibu yang menyusukan ni.. Read here tentang MY Breastfeeding Room.

Apabila berjauhan dengan anak yang menyusu badan ni.. ya memang kena rajin mengepam. Saya telah meninggalkan 25 bekas x 4oz (100 oz) susu untuk bekalan Danny, dengan perkiraan… sepanjang jam 8-6 (10 jam) ditinggalkan, beliau minum 5 x 4 oz (20 0z) susu, jadi bila saya tinggal selama 2 hari satu malam (35 jam lebih kurang), sepatutnya dia minum 5 x 3 + (5/2) = 18 bekas. Sebagai contigency, saya tinggalkan lagi extra 7 bekas. Jadi target saya sekurang-kurangnya dapat mengganti semula stok yang saya tinggalkan di taska (anak2 saya bermalam di taska).

Selesai mesyuarat, saya mengepam sebelum bergegas ke pejabat konsultant dan ke airport. Di airport dah tak sempat nak pam (tak ada tempat yang sesuai sebab dah boarding). Di dalam kapal terbang juga tak dapat nak pam sebab motor pam saya berada dalam beg pakaian dalam tempat simpanan di atas [LESSON LEARNT: kena bawa beg khas untuk semua gadget2 pumping ni. Saya tu sebab taknak masuk kargo, so bawa 2 hand luggage je – beg pakaian dengan FTG]. Maka tak dapatlah mengepam dalam plane. Lalu saya pam dalam ERL.

Akhirnya berjaya juga sediakan 22 bekas (short 9 bekas tapi takpelah, good job oredy. Bukan senang nak mengepam bila ‘dalam pelarian’). Alhamdulillah, selamat juga sampai susu untuk bekalan Danny keesokan harinya.

susu ibu

Tips bawa susu ibu untuk penerbangan domestik:

  1. Tiada masalah untuk bawa susu ibu jika anda terbang dengan MAS. Syarikat lain saya tak pasti sebab tak ada pengalaman. Bawak masuk berlenggang je.
  2. Bawa masuk susu ke dalam kapal je kalau sikit2 tu. Senang nak manage.
  3. Hah, itu je kot. So far tak ada la pula nak kena buat apa-apa.

Untuk perjalanan pulang, saya telah mendapatkan ais dari kafe (mujo dia kasik FOC je) dan penuhkan dalam FTG tu. Di samping itu ada juga chiller yang saya bawa dari rumah. Alhamdulillah selamat semuanya.

Tips menjaga susu ibu untuk perjalanan singkat:

  1. Limitkan masa membawa susu. Susu yang diperah di pejabat, tak perlu bawa (kecuali memang terpaksalah). Kalau ada orang boleh tolong bawa balik simpan di rumah, itu lebih baik.
  2. Tak perlu bekukan kerana susu yang tidak beku boleh tahan selama 2-5 hari di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, mini fridge di hotel tak sejuk sangat, suhunya seperti insulated cooler sahaja, kalau lebih 24 jam nak tinggal di situ, minta tumpang dalam fridge hotel.
  3. Sebolehnya cari peti sejuk untuk simpan susu yang diperah.
  4. susu ibu perahan

  5. Susu ibu yang disimpan dalam insulated bag/ice box/FTG; provided diisi dengan icepack/chiller/ais yang mencukupi, boleh bertahan selama 24 jam.
  6. Dapatkan ais dari kedai/kafe terdekat dan taburkan sedikit garam supaya ia lambat mencair.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi saya pengetahuan tentang penyusuan ibu dan pengurusannya, walaupun saya bekerja sepenuh masa, dan menguruskan rumahtangga sendiri; saya masih menyusukan baby Danny selama 3 bulan setengah secara eksklusif. Begitu juga dengan abang-abangnya yang hingga sekarang pun masih menyusu dari saya.

Saya harap ibu-ibu baru yang ingin menyusukan anak secara ekslusif, dapatkan sokongan dari mereka yang sepatutnya, dan banyakkan membaca blog2 pengalaman ibu2 lain, terutama ibu bekerja tentang pengalaman mereka menyusukan anak masing-masing.

Tapi, to be honest, sekarang ni saya lebih neutral terhadap apa saja feeding yang ibu-ibu decide untuk anak mereka. Especially ibu-ibu yang ‘campur’ susu.. you’re still the best sebab masih gigih menyusukan walaupun dah supplement dengan formula. & lebih best lagi yang berusaha untuk menyusukan anaknya sepenuhnya dengan susu ibu meskipun sekian lama anaknya ber’formula’. You earn my respect ^:^

Walau bagaimanapun, janganlah marah pada ibu-ibu yang ‘obses’ breastfeeding. Mungkin mereka ibu-ibu baru yang masih teruja dengan penyusuan ibu. Yeah, memang teruja bila kita buat benda yang tak semua orang buat. Rasa best, OK. I’ve been there, done that. HaHaHa.

So, ibu-ibu lain ada nak tambah? Mungkin pengalaman yang lebih hebat ;)

Keperluan Menyusukan Bayi Untuk Ibu Bekerja

Satu ketika dulu (semasa zaman saya kecil2), emak saya cuma menyusukan kami semasa dalam pantang saja. Bila dah kembali bekerja, kami diberi susu formula. To cut the story short, ia disebabkan emak saya tidak tahu cara2 menyimpan susu ibu (even tak tahu pun susu ibu boleh disimpan) dan sebab bekerjaya tu menyebabkan saya dan adik2 tidak dapat minum susu ibu lama-lama (cuma adik saya yang no. 2 saja yang fully breastfed, sebab dia takmo minum susu botol. Sanggup berlapar tunggu emak balik kerja. Sekarang beliau sedang buat housemanship).

Tapi hari ni keadaan dah berubah. Banyak gadjet yang memudahkan penyusuan ibu, lebih2 lagi kepada ibu yang terpaksa keluar bekerja. Malah sekarang-sekarang ni, saya kira ‘force’ untuk menyusukan anak tu lebih mudah berbanding 4-5 tahun dulu di mana tak ramai lagi yang buat stok banyak-banyak, susukan anak di tempat awam, malah sejak 2 tahun lepas, penyusuan ibu dah masuk Malaysia Book of Records!

Bagi ibu bekerja, keperluan untuk mengepam, menyimpan dan memberi susu kepada bayi adalah satu kewajipan. Maklumlah mak tak dapat nak bersama anak sepanjang hari.

Mengepam susu

Pam susu terbaik? Semasa mengikuti kelas penyusuan di Prince Court selepas melahirkan Danny (best kan, lepas2 bersalin pegi kelas breastfeeding), Lactation Counselor memberitahu “What pump is the best, is very subjective, but the best pump is YOUR OWN HANDS”. Yepp, seperti yang saya pelajari di Hospital Miri dulu, teknik Marmet adalah teknik terbaik untuk mengosongkan payudara. Malah selepas mengepam dengan pam susu, mereka menyarankan untuk buat Marmet untuk pastika payudara benar2 kosong.

Jadi, tak ada masalah, ibu2 yang kata tak mampu nak beli pam susu, belajar je teknik Marmet. Jimat dan bersih.

Saya sendiri pun tak mahir teknik Marmet ni.. jadi saya gunakan pam susu di pasaran. 2 jenis pam yang saya pernah guna ialah Avent ISIS Uno dan Medela Freestyle.

avent isis unomedela freestyle

Menyimpan susu

Sebarang bekas yang selamat untuk makanan, boleh digunakan untuk menyimpan susu. Baru2 ini keluar arahan dari kerajaan untuk mengharamkan botol susu yang mengandungi BPA bermula tahun depan. Bekas (botol) menyimpan susu perahan kebanyakannya BPA free seperti Stylo Mama, Bumble Bee, Mom Precious; termasuk bekas dadih dan storage bag adalah BPA free.

stylo mama

autumz

Saya pernah menggunakan bekas dadih, botol, liners dan sekarang saya guna storage bag (sebelum penjualannya dihentikan) memandangkan space dalam peti ais tidak begitu memberangsangkan.

Susu badan boleh diperah seawal 2 minggu sebelum masuk kerja. Walaupun ada ibu yang mengepam dan membuat stok dengan lebih awal (bagus juga untuk banyakkan stok) namun di awal-awal kelahiran ibu seharusnya fokus kepada direct feeding dan bonding dengan si manja dari sibuk mengira stok. Nanti jadi stress pula bila pam dapat 0.5 oz, 1 0z, 2 oz… itu memang biasa lah sebab badan baru belajar nak ‘buat susu’ dan bayi pun masih direct breastfeed lagi. Minggu2 pertama ibu banyakkan rehat, gunakan masa untuk bersama si manja dan berehat dari gaduh buat stok. Ingat, penyusuan ibu bukan sekadar ‘beri susu terbaik saja’. Ia merangkumi semua aspek perhubungan antara ibu dan anak.

Susu ibu boleh disimpan beku selama:

  • Peti satu pintu – 2 minggu
  • Peti 2 pintu – 3 bulan
  • Deep freezer – 6 bulan

Meskipun ada extension dari segi masa, tapi lagi singkat lagi baik. Susu ibu yang dibekukan sudah kehilangan sedikit antibodinya, oleh sebab itu bayi2 mesti diutamakan beri susu yang belum dibekukan. Apa lagi jika bayi pramatang, amat tidak digalakkan diberi susu beku, dan jangka hayat susu yang belum dibekukan juga lebih singkat buat mereka. Saya lebih gemar memberikan Fahry susu yang baru diperah (semasa beliau di SCN dulu).

Susu ibu boleh disimpan selama:

  • Dalam suhu bilik – 4 jam
  • Dalam bilik air-cond (sejuk) – 8 jam
  • Dalam cooler bag bersama chiller – 10 jam
  • Dalam peti sejuk – 2 hari

Pemberian susu perahan

Ibu2 ada berlainan cara untuk membekalkan susu kepada pengasuh. Ada yang 50-50, maknanya separuh susu yang belum dibekukan, separuh susu beku untuk bekalan anaknya. Ada yang beri 100% susu yang belum beku. Ada yang 70-30 dan sebagainya. Asalkan jangan 100% susu beku sudah. Berikan susu yang masih segar untuk anak iaitu susu yang property-nya masih terpelihara (walau bagaimana pun, susu ibu dalam apa jua bentuk adalah yang terbaik, tak terbanding dengan susu formula).

Kadang2, susu ibu yang diperah (terutama yang dah dibebukan) berbau tengik, ini kerana tindakan enzim. Ada bayi tidak menyukai bau ini. Jadi, ibu boleh bekalkan lebih banyak susu yang segar untuk anak.

Ada juga anak yang tak mahu minum dengan botol. Sebenarnya memang tak disarankan pun gunakan botol kerana takut bayi keliru puting. Alternatifnya boleh gunakan feeding cup, sudu, syringe dan sebagainya.

Ibu Travel & Menyusukan Anak

Sekarang penyusuan susu ibu benar2 tidak mustahil meskipun ibu tersebut menjalankan pekerjaan yang memerlukannya out station. Malah, 2 orang teman saya tetap menyusukan bayi mereka meskipun ada tugas di luar negara. Saya sekadar Sarawak-Semenjung saja.

Apa yang saya buat semasa di hotel ialah, menghubungi pihak dapur hotel untuk menumpangkan susu-susu perahan di dalam peti ais mereka (peti ais yang mereka simpan ais krim). Mini fridge dalam bilik hotel tak cukup sejuk untuk membekukan susu… kalau sehari mungkin boleh guna mini fridge saja.

Untuk travelling, susu-susu itu saya masukkan dalam cooler bag bersama ais yang diisi penuh2. Untuk domestik flight, susu ni boleh dibawa masuk boarding. Malah saya minta tolong stewardess sekiranya ada space dalam peti sejuk mereka untuk tumpang. Tapi katanya peti mereka kecik je, tak muatlah pulak. Tak apa sebab dalam kapal tu tak panas, jadi susu terpelihara sepanjang penerbangan.

Target penyusuan saya

Haha, ada target la pulak. Ya, harus, kerana anak-anak saya sebelum ni ada tersangkut2 dalam BF journey. Bila saya pregnant, susu saya drop. Walaupun Hafiy & Fahry extended breastfeeding tapi along the way sebelum cukup 2 tahun usia mereka, ada sangkut di sana sini. Jadi untuk Danny saya target untuk menyusukannya sepenuhnya selama 2 tahun, bermakna saya tak boleh pregnant lah hehehe.

Jadi kita kena mencari perancangan keluarga yang sesuai. (Oh, pertama sekali kena discuss dengan suami saya dulu. Belum diskas lagi ni. Kot2 dia nak genapkan satu team bola sepak ke.. ngee~~~).

Sekarang saya dah mula menyimpan stok sikit-sikit. Maklumlah susu keperluan 3 orang, bila 2 ‘tangki’ tu tak ada di rumah (mereka ke taska) maka bekalan minuman perlu dikeluarkan. Jadi saya pam lah. Saya ingat nak tempek kat sini tapi memandangkan sekarang tengah hot ‘trend tayang susu’, nantilah saya show off susu Danny yang pekat kekuningan itteww~

Tak sabar rasanya nak kembali bekerja

Jom Pegi Launching Breastpump Modu & Gathering di Sarakids Open Day!

Sarakids akan mengadakan 2nd Open Day cum Gathering pada 24 hb ni. Apa kata kita ramai2 pegi, kita buat MSK Gathering tumpang Open Day Sarakids :D Bijak tak idea saya? Boleh jimat $$$$$ siap bole join macam2 acara anjuran Sarakids, LOL.

Gathering atau Open Day ni bakal diadakan di DARC iaitu Denai Alam Recreation & Riding Club. Sarakids pernah buat function kat situ, iaitu birthday Puteri Sara… so event kali ni pasti lebih besar.. kerana..

-MODU akan dilancarkan pada hari tersebut

-Pelancaran produk terbaru yang mana Puan Farah Sarakids menjadi duta… minuman soya Nutri99

-Malaysia Book of Record for 300 mothers breastfeeding

-Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo

-Shopping!

Moh ler kita ramai2 ke sana. Jom2. Saya masa itu dah 37 hari, jeng jeng jeng…

Menarik betul event-event di akhir bulan April ni. Malam tu pulak kita beramai2 menggamatkan World Record di Scriptory Box pulak!

Tentang Open Day ni.. banyak acara menari tersedia. Oh, mesti seronok ramai2 kat situ. Apa lagi… untuk breastfeeding mom masa ni la nak shopping milk booster!

Alamak aih saya dah tak sabar nak sertai ni.

Lagipun baru dapat SMS dari Kay memberitahu berita gembira, wahhh tak sabar saya, sangat teruja!

Siapa nak join saya jom tinggal komen!

—–sedikit maklumat—–

Tentatif:

9.00am            Arrival of Participants (Served with Nutri 99)
9.45am            Arrival of VIPs
10.00am        Welcome Greetings by MC
10.10am        Negaraku
10.15am        Opening Speech by VIP & Signing of “I support breast feeding”
10.25am        Launching of Modu Breast Pump – With Video
10.30am        Speech by Mr. Saiful on Modu Breast Pump
10.45am        Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)
10.50am        Speech by CEO on Nutri 99
11.05am         Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference
11.35am        Song Performance / Group Singing (Breastfeeding Song)
11.50am        Malaysia Book of Record for 300 mothers breastfeeding
12.10pm        Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo
12.30pm        Breastfeeding Thoughts
1.00pm        Group photography session
1.15pm        Lunch and fellowship (Lucky draw) + Shopping at Bazaar + show
2.30pm        End

Alamat DARC:
Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam, Selangor
Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC)
No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Breastpump (Pam Susu) Terbaru – Jom Jadi Orang Pertama!

Breastpump atau pam susu adalah gadjet yang menjadi keperluan kepada ibu-ibu menyusukan anak dengan susu ibu, terutama bagi mereka yang tak pandai melalukan kaedah Marmet. Sekarang ada macam-maca jenis pam susu, saya sendiri pun berpengalaman dengan 2 jenis breastpump,  Avent Isis UNO dan Medela Freestyle. Dan setiap breastpump tu ada keunikannya tersendiri. Yang mahal tak semestinya bagus, tapi kalau boleh carilah breastpump yang mempunyai ciri-ciri yang memudahkan ibu. Boleh tanya kepada mereka yang berpengalaman menggunakannya.

Bagi peminat blog dan pengikut FB Sarakids, mesti dah biasa dengan….. MODU! Inilah breastpump terbaru yang akan berada di pasaran tak lama lagi ;)

breastpumpbreastpumppam susu

Macamana? Ada rasa tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang breastpump yang comel ni? Saya pasti ramai nak nak tau ciri-ciri dia, harga dia, apa keistimewaannya MODU ni.

Kalau nak tahu… demonstrasi MODU buat pertama kalinya akan diadakan dalam Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif di Scriptory Box yang akan diadakan pada 13 Mac ini. Dah daftar ke? Jom lah, memang tak rugi!

Sarakids juga dijangka akan membawa satu produk baru untuk dicuba oleh peserta Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif yang kami namakan Breastfeeding Day ni. Apakah ituuu… tungguuu… :)

Wah memang menarik BF-Day nih, harap2 saya belum bersalin lagilah. Nak jugak beramas mesra dengan MODU dan rasa produk baru dari Sarakids tu.. uhuhuhu.

Kepada suami2 yang bakal menerima cahaya mata, hadiahkanlah isteri anda satu tempat dalam BF-Day ni. Masa ni lah nak korek semua info tentanng breastfeeding. Bukan saja dapat jumpa kaunselor laktasi face-to-face, juga dapat tengok barang2 keperluan untuk menyusukan bayi, siap consultation sekali.

Kalau belum daftar, silalah mendaftar di Scriptory Box dot Com.

Breastfeeding Rocks!

breastfeeding day

Susu Badan Kurang? Satu Analogi

“Payudara saya tak bengkak, so saya tak pamlah”
“Anak saya taknak menyusu sebab susu saya kurang”

Susu badan kurang, antara masalah biasa dihadapi oleh ibu menyusu.

Apa yang menyebabkan susu kurang itu? Dan apa yang membuatkan susu menjadi banyak?

Analoginya macam ni… Kita ada sebuah peti di rumah yang selalu kita penuhkan dengan stok buah-buahan. Adakalanya kita tak selera makan sangat.. maka buah dalam peti jadi rosak. So kita terpaksa kurangkan kuantiti stok buah supaya tak banyak yang rosak masuk tong sampah.

Ada masanya kita asyik lapar aje, so kita kena selalu top-up stok buah-buahan kita. Silap2 kena beli satu lagi peti simpan stok.

Itulah yang terjadi pada susu kita. Bila kita kurang beri susu pada anak, maka breast kita pun tak buat susu banyak2 sebab bukan nak pakai pun. Dia pun tahu taknak membazir :D Bila kita kerap susukan anak, kerap pam, kerap kosongkan payudara, maka susu akan sentiasa dibuat bagi memenuhi keperluan itu.

Kesimpulannya:

1. Jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.
2. Kerapkan menyusukan bayi kerana dari hisapan itulah yang menstimulasikan sekaligus membanyakkan susu.

Bila dah mula beri susu formula, ibaratnya di samping simpan stok buah tu, kita mula call delivery buah-buah MBG fruit shop, konon2 nak rasa buah-buah baru la kot. Lepas tu kita dah kenyang dah untuk makan buah2 dalam peti simpanan kita. Maka terbiarlah dia. Kalau dah hari2 pun kita call MBG, so secara tak langsung kita kena kurangkan stok buah kita supaya tak banyak yang rosak.

Begitu juga dengan susu. Bila dah mula beri susu formula, kilang susu kita pun dah kuranglah buat susu. Dia rasa “Bukan budak ni nak pun, dah ada alternatif…”.

Apa yang penting ialah ilmu tentang penyusuan. Alhamdulillah sekarang rasanya breastfeeding dah bukan perkara asing lagi. Di mana-mana pun orang bercakap tentang breastfeeding. Banyak blog yang berkongsi tips-tips penyusuan. Lactation consultant, lactation counsellor, peer counselor bersepah-sepah.

Zaman mak kita dulu mana ada semua ni. Jadilah saya pun membesar dengan Dumex :D (Syukur mak ada duit nak beli Dumex)

Susu Badan Kurang – Salah Faham Tentangnya

Kerapkali saya diajukan persoalan tentang susu badan yang kurang, tak cukup, susu badan sikit dan sebagainya. Antara lain ibu-ibu ni menyebutkan beberapa perkara yang menjadi indikasi bahawa mereka mengalami kekurangan susu badan, which is not always true.

Jom kita tengok satu persatu.

1.Susu tiada bila diperah sama ada menggunakan tangan atau pam susu

Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.

Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.

Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.

Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

2. Payudara lembik

Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.

Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.

Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

3. Ibu tidak mengalami ‘susu bocor’

Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain.

4. Tidak mengalami engorgement atau bengkak susu

Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan.

5. Tidak mengalami let-down reflex

Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.

Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.

Silap interpretasi ini menyebabkan ramai ibu yang terus menukar keputusan dari exclusive breastfeeding kepada pemberian susu formula, oleh kerana mereka tidak yakin bayi mendapat cukup susu dengan susu badan mereka. Kita akan bincangkan tentang ini di lain entry.

Pam Susu Yang Bagus dan Berkualiti

Bila sebut tentang menyusu badan terutama bagi ibu bekerja, persoalan pam susu memang tak boleh nak elak. Ramai yang bertanya, perlu ke pam susu? Pam susu apa yang bagus? Kalau tak ada pam susu tak boleh menyusu ke?

Saya tak suka kata "Pam susu adalah WAJIB ada!", kecuali kalau kita kenal audience kita. Kalau kita bercakap dengan kawan kita yang gajinya 3 ribu lebih mungkin la OK, tapi kalau audience kita adalah ibu yang gaji cukup2 makan… RM50 pun dah cukup banyak bagi dia… mungkin statement macam tu boleh mendownkan dia. Ada je ibu yang tak kisah, sanggup ikat perut untuk beli pam susu anak tapi ada je ibu yang tak sanggup keluarkan duit yang banyak untuk tujuan macam tu.

Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan boleh ubah. Maknanya ia bergantung pada seseorang ibu tu… kalau pandai pam dengan tangan, tak payahla beli pam susu bagai. Kalau tak mampu beli yang battery-operated atau elektrik, pakailah yang manual. Kalau rasa brand AAA mahal, brand TTT pun ada yang lebih murah.

Memang benar, pam susu berjenama macam Medela, Avent semua tu paling bagus, tapi tak adelah kalau tak pakai pam macam tu sampai kita tak boleh nak perah susu. Banyak lagi pilihan pam susu murah2 yang boleh didapati di supermarket macam Tollyjoy, Pigeon, Anakku… Ada je ibu yang survive sampai 2 tahun pakai pam Tollyjoy je.

Saya menggunakan pam susu Medela Freestyle. Memang mahal tapi bagi saya berbaloi daripada membeli susu Soy-based sebab anak saya alergik susu lembu. Susu soy based harganya lebih RM50 setin dan anak saya consume 1 tin seminggu. Saya ada 2 anak pula tu.

Pam susu Medela Freestyle ni sangat memudahkan saya. Ia handsfree, so saya boleh pam sambil buat kerja. Sambil menulis, membaca, menaip, SMS, tidur…

Tapi kalau nak beli Freestyle hanya sebab nak handsfree, rasanya tak perlu berhabis banyak2. ada banyak accesories untuk jadikan pam susu kita handsfree, contohnya pumpin’ pal. Atau pun pakai getah ikat rambut pun boleh.

Yang paling best tu, kalau terer perah pakai tangan, tak ada masalah. Pegi mana2 boleh perah susu dengan bergaya ;)

Sangat flexible kan breastfeeding ni?

*** Cari set tambah susu? Contact saya di sauberlina[at]gmail.com

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

Dah mula puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana?

Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.

Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

  • Banyakkan pengambilan cecair.
  • Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Mengambil vitamin C.
  • Berehat secukupnya.
  • Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.

Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

Apakah Pilihan Breast Pump (Pam Susu) Terbaik Untuk Ibu Bekerja?

Ia adalah pam susu, bukan pam buah dada. Rupanya ada sejenis breast pump untuk membesarkan buah dada, bukan untuk mengeluarkan susu. Hehe.

Memang satu perkara normal dan agak wajib bagi ibu bekerja yang merancang untuk exclusive/full BF tercari2 breast pump (pam susu). Dan soalan2 seperti “Kau pakai pam apa?”, “Pam apa paling bagus?” itu memang biasa lah.

Jawapan saya biasanya “Subjektif dan bergantung pada beberapa perkara”.

Tapi harus ingat, pam ni bukan perkara wajib yang menjadikan ‘tidak boleh buat’ sebab ketiadaannya. Bukan macam wuduk kalo nak solat ye, tak boleh solat kalo tak ada wuduk, tapi BOLEH breastfeed walaupun kerja kalo tak ada pam. Ini kerana saya pernah beberapa kali tersadung dengan pernyataan begini “Saya tak mampu nak beli pam mahal2.. nampak gaya tak dapatla BF lama2″. Dan ada pulak yang “Ruginya beli pam mahal2, dapat BF 2 bulan je, pastu susu dah takde”.

Jadi, apakah perkara yang perlu dilihat untuk pembelian pam yang berbaloi?

  1. Ilmu tentang EBF (Exclusive BF) walaupun bekerja. *Exclusive BF adalah bagi baby susu ibu saja, tanpa air masak, solids, FM, etc. kalo dah solids namanya fully BF.
    • Pam susu bukan alat untuk memancutkan susu dari payudara sekiranya anda tak berilmu. Ia bukan macam pam air parit, bila kita pam air keluar memancut2 dan mengeringkan parit. Bila taknak pam kita biar je.
    • Usah ghairah beli pam mahal2 atau pumping gear bagai tapi dalam kepala & dada masih kosong. Dapatkan ilmu dulu sebelum nanti rasa rugi pula beli barang2 tu tapi tak dapat nak exclusive BF pun.
    • Jadi menuntut lah tentang penyusuan sebelum mengambil keputusan untuk exclusive BF sambil bekerja.
  2. Budget.
    • Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kalau budget ada seratus dua, jangan target yang riban2.
    • Betul, makin mahal sesuatu breastpump, makin baguslah. Tapi berpada2 lah dengan budget, study dulu jangan main tibai ikut orang. Breastpump ni wide range, sesuai untuk setiap kelas. Contohnya kalau nak double pump, kalau yang murah sikit, Spectra, mahal sikit Ameda, mahal lagi Medela (sekadar contoh). Kalau bajet sekitar RM400, belila Spectra3, jangan pulak gi beli Medela Freestyle yang RM2000. Kan duit lebih tu boleh buat benda lain, beli lampin, baju, carseat, dan sebagainya. Jimat kan?
  3. Nature of work.
    • Waktu di pejabat berapa jam sehari? Kerja sibuk ke? Ada banyak masa senggang tak? Kena travel tak?
    • Kalau kerja yang sibuk, mungkin perlukan double pump supaya cepat sikit.
    • Kalau tempat pam susu tak ada power point atau boss tak bagi pakai power supply ofis, mungkin kena pakai manual pump.
    • Kalau kerja asyik travel, kena la pakai pam yang ringan dan sesuai untuk travel.
    • Kalau tak sempat pam di pejabat tapi drive dalam jem, mungkin perlukan pam yang boleh sambung ke power point dalam kereta.
  4. Suka pam yang macamana?
    • Ada orang dia memang suka yang auto-operated (macam saya). Jadi kut2 manapun dia akan cari yang elektrik punya.
    • Ada orang dia memang suka manual, jadi kut2 manapun dia nak manual jugak.
    • Ada jugak orang berpendapat, elektrik sakit nipple dan manual lenguh tangan, tapi tidak bagi 2 golongan di atas.
    • Jadi agak2lah mana satu yang berkenan di hati dan di jari.

Selain dari itu, walaupun tidak menggunakan pam, ramai jugak yang dah sukses menyusu anak masing2 dengan hanya hand expressing (perah pakai tangan). Antaranya Mama Emma. Rilekkk je. Takde masalah pon.

Saya sendiri menggunakan Avent ISIS Uno dan Medela Freestyle. Alhamdulillah, mereka berdualah teman saya dalam membesarkan dua orang Super Kids saya (setakat ni, hulala!), Hafiy dan Fahry yang kacak dan bijak ittew~ Semasa Fahry di SCN, FS lah yang membantu saya mengeluarkan susu untuknya. Oh, sekarang kedua2 mereka sedang tersadai kerana saya belum memulakan operasi mengumpul stok lagi untuk kembali bekerja Oktober ni (semangat!).

So, sebelum beli apa2, fikirkan dulu ke-berbaloi-an nya. Especially kalau barang mahal. Kalau saya yang tak berapa nak kaya ni, memang fikir habis2, kalau tak, menyesal aje. Memang duit boleh dicari tapi kena selalu beringat kan. Walau cemanapun, pengorbanan untuk menyusukan anak PASTI berbaloi.

superkids hafiy fahry
“Jangan ambil gambar kami!”