admin Avatar

Saya sedang membelek-belek roti di Cold Storage sewaktu seorang wanita Arab menegur. (Oh saya sangat suka dengan roti Cold Storage, lembut, wangi, sedap….). Wanita tersebut bertanyakan kepada saya, adakah roti sosej yang ada di situ halal? Saya katakan ya, ia halal. Dia bertanya lagi, bagaimana nak tahu kalau ada yang tidak halal (merujuk kepada sosej dari khinzir)? Saya katakan jika di Kuala Lumpur, biasanya supermarket ni ada menyediakan bahagian untuk non-halal, dan ditulis besar2. Jadi kita takkan terambil sosej dari sumber daging khinzir.

Wanita tersebut dari Arab Saudi, dalam misi melancong ke Malaysia. Katanya dia rasa nak pindah terus ke Malaysia. Malaysia cantik, dan sejuk. (Sejukkk???? Ya, memang sejuk berbanding Arab Saudi. Semasa ke sana dulu saya tak boleh bernafas, melainkan kena tutup hidung dengan kain sebab rasa hawa panasnya masuk ke dalam paru2). Bangganya jadi orang Malaysia 🙂

Kemudian saya terfikir “Alangkah bagusnya kalau Scriptory Box (our activity centre) boleh menjadi salah satu aktiviti orang para pelancong/foreigner kan?” Lantas saya menghantar SMS kepada partner saya, Kay.

“Macamana ya nak include Scriptory Box dalam Tourism Malaysia ye? menarik kan kalau boleh buat aktiviti untuk pelancong?”

Dalam 10 minit selepas itu, Kay membalas SMS saya,

“Kau contact Tourism Malaysia ye? Diorang call aku tadi”

Bzzzzzzzzzsssstttttttttxxxxxx~~~~

My God!

“Weh, aku tak buat ape2 pun, cuma berangan dan SMS ko je tadi”

Subhanallah. Apakah keajaiban yang telah terjadi ini. Saya terasa seperti mahu sujud syukur seketika itu juga.

Saya teringat tangisan saya semasa pelancaran Scriptory Box tempoh hari. Saya teringat keesokan harinya saya beritahu Abiy, yang saya nak stop. Saya rasa saya takmau campurtangan dalam hal di Scriptory Box lagi. Penat, sangat-sangat penat. Pada hari pelancaran, saya hampir pengsan. Saya rasa saya dah tak boleh nak teruskan lagi, saya fed-up. Buat pertama (eh, pertama ke?) kali saya rasa fed-up dengan business. Saya rasa makan gaji jauh lebih baik dari segala-galanya. Selagi tak kena buang kerja, kita akan tetap dapat gaji, no matter how bad we perform. Tapi kalau bisnis, perform bad, no income, or malah rugi!

Bayangkan kalau saya betul2 berhenti hari tu…

Walaupun Scriptory Box ni masih terlalu baru. Kalau baby tu, tali pusat pun belum tanggal. Tapi saya amat bangga dengannya. Ia adalah titik peluh kami (saya dan Kay, walaupun saya banyak bertitik, Kay yang berpeluh!).

Harapan saya (dan semestinya kami!) Scriptory Box akan berkembang menjadi pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkidmatan, terutama sebagai pusat aktiviti yang sesuai untuk semua.

Sehingga Ogos, kami mempunyai list of activities seperti di bawah:

17 Julai – Mini Seminar Early Children Education (by Genius Baby Resources)
24 Julai – Classroom : Guangzhou 101 – Tips & Trick Borong Barang China (by GMTC)- OPEN FOR REGISTRATION
25 Julai – Kids Luv Felt Craft (by Sekoci Norlie) – OPEN FOR REGISTRATION
31 Julai – Bengkel Jadi Sihat (by Gaya Hidup Sihat)
1 Ogos – We Support Breastfeeding (sempena Breastfeeding Week)
7 Ogos – Airashii Mummy Kawaii Putri (exclusive only for Mummies, Mummy to bes and soon to be mummies!)

Aktiviti mungkin akan stop pada bulan Ramadhan, tapi itu cuma KEMUNGKINAN.

Selepas raya kita akan sambung dengan aktiviti2 seperti

  • Kids Luv Baking
  • Kids Luv Story Telling
  • Kids Luv Painting
  • Kids Luv Reading
  • & aktiviti lain di bawah program Kids Luv
  • Early Children Education Seminar
  • Playgroup
  • Parenting Forum
  • WAHM Wanna-Be
  • Photography Class
  • Blogging Class
  • Online Business
  • Money Grows On Tree
  • and many more!

Excited 🙂

Alangkah indahnya jika kami benar-benar berada dalam promosi Tourism Malaysia. Dikenali di serata negara (dan dunia!) adalah ultimate dream kan?

Semoga Allah benar-benar membuka jalan kepada kami. Amiin.

admin Avatar

24 responses to “Tourism Malaysia Melamar Kami!”

  1. Wan Anie Avatar

    semoga dipermudahkan… amin

    Blog Tinta Comellote
    .-= Wan Anie´s last blog ..FREE Bag Keychain Yang Cute =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin, tq wan anie atas doa2 mu 🙂

      hanya Allah yg membalasnya.

  2. chekna Avatar

    congrats.. tumpang happy..
    .-= chekna´s last blog ..sendawa durian di taman tasik titiwangsa =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jom chekna berhappy bersama kami 😀

  3. fid Avatar
    fid

    wahhh tahniahhhhhh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tahniah je?

  4. zahira Avatar

    wah…cayalah mommy lyna. u sure can. caiyok! caiyok!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      thanks darling

      we can! we Malaysia boleh! 😀

  5. bai Avatar

    congrats mommy lyna! di mana ada kemahuan di situ ada jalan. saya doa makin murah rezeki korang insyaAllah. Ameen!

    http://twinkywinkystars.blogspot.com
    .-= bai´s last blog ..Ive been attacked ! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tq kak bai, semoga kak bai juga beroleh rezeki yang melimpah ruah, ameen.

  6. aidie Avatar

    cayalah babe!.. All the best
    .-= aidie´s last blog ..Petrol Naik Lagi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      (buat gaya Saturday Night Fever)

  7. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    tahniah…aku sguh bangga dgn mu!!!! muaks..muaks..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aku ni mmg kerja membanggakan mu saja

      bila mu nak membanggakan aku?

      muahahahahahahhaha

      (lariiii)

  8. Ibu Emir Avatar

    Congrats babe.. keep up the good work..
    .-= Ibu Emir´s last blog ..I am =-.

  9. Mommy Of Q's Avatar

    Wahhh….sungguh bangaaa.. aku nak suka part ko titik Kay yg berpeluh! Hhahahaa.. leh tahan lawak ko nih bebeh .. me to excitred lah weiiii! Semoga apa yg kita rancangkan menjadi kenyataan. Amin…..:)

  10. kelhome Avatar

    wah! congrates. tumpang hepi
    .-= kelhome´s last blog ..EUR JPY 16-7-2010 =-.

  11. masalifah Avatar

    hehehe
    .-= masalifah´s last blog ..Susahnya nak kahwin =-.

  12. ely Avatar

    aminnn…

    lyna, nnti i email okek utk box tuh hihihi
    .-= ely´s last blog ..Pos Malaysia New Tariff =-.

  13. yus Avatar

    Itulah namanya rezeki!!
    Aku hari2 ngadap tuan besar Tourism.
    Dapat anak je!! hahahaaa
    .-= yus´s last blog ..Twitter Updates for 2010-07-17 =-.

  14. kakLuna Avatar
    kakLuna

    Law of attraction? Syukur Alhamdulillah

  15. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    mu akan bangga dgn aku suatu hari nanti..huhu.. tau aku akan jadi pengurus cawangan Scriptory Box Kelantan..aku kan very soon dah nak balik kampung for good…mu kena ade wakil pantai timur tau..haha… mrsnik’s last blog.Minyak halia?…What for?

  16. Asiah Abd Jalil Avatar

    Nanti lantik saya jadi legal adviser ye… Hikhik…

    (Nak menyelit jugak! Mentang-mentanglah Scriptory Box dah glamour…!)
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pendidikan awal agama =-.

  17. zety zainal Avatar

    err,sis,ni saye yg xtau citer ke tertggal ke ape ek..citer tourism msia kontek tu sebenanye nk tnye ttg ape? hehe,apepon,semoga dimudahkan dan murah rezki seterusnye..dpt job dr tourism msia lagi syiokkk
    .-= zety zainal´s last blog ..gadis cekci bergigi dua =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge