Banyak orang memperkatakan kadar pulangan daripada pelaburan emas lebih menguntungkan daripada ASB akhir-akhir ini. Jika anda perasan, golongan yang terlibat biasanya mereka yang ada kepentingan;
– penjual emas atau ajen menjual emas,
– agen amanah saham berkaitan emas,
– penjual buku tentang pelaburan emas
– mereka yang dah banyak koleksi emas sibuk menceritakan betapa bijaknya mereka melabur dalam emas.
Antara kata-kata yang biasa didendangkan adalah; purata kadar kenaikan emas adalah 22% setahun untuk dua tahun lepas (2008-09), berbanding ASB yang hanya memberi 8-10% sahaja. Tu belum lagi dibandingkan dengan Tahung Haji yg for sure lebih rendah.
Betul ke pelaburan emas ini lebih untung drpd ASB?
Perlu diingat, golongan yang sibuk memperkatakan harga emas akan naik lebih banyak didorong oleh perasaan optimist, kalau tidak, siapa yang nak beli produk mereka. Betul? Ini termasuk pedagang emas antarabangsa. Cuma sebagai pelabur jalanan, optimist sokmo boleh membawa padah jika kita melabur semberono.
Tidak dinafikan, harga emas dah naik dua kali ganda sejak tahun 2007 (USD 600) kerana didorong oleh harga minyak yang naik mencanak-canak. Kalau nak tahu, golongan-golongan yang optimist hanya akan berbincang sekitar statistic ini sahaja. Namun bagaimana nak tahu harga emas akan berganda semula tiga tahun dari sekarang? kita tengok sejarah…
Jika anda membeli emas pada tahun 1995 (ekonomi Malaysia yang tinggi), anda takkan membawa pulang sebarang untung jika menjualnya 10 tahun selepas itu; pendek kata 0% sepanjang 10 tahun. Ini juga sama jika anda melabur dalam emas sejak tahun 1990, hampir tiada untung 15 tahun kemudian.
Compare kadar pulangan tersebut dengan ASB atau Tabung Haji, mana lagi untung?
Leave a Reply