KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi

Bila dapat SMS dari IbuKauthar semalam yang bertanya tentang KB Mall runtuh tu, memang terkejut jugak. Ingatkan runtuh menyembah bumi ke apa.. kot la ada earthquake kat Kota Bharu ke pulak.

Rupa-rupanya kerana sebuah kereta yang terlanggar dinding di parking rooftop lalu terjunam ke arah eskalator. Dari rooftop tu elok2 landing kat celah2 eskalator depan Watson kat ground floor.

Menurut ceritanya 2 beradik dan kawan mereka sedang nak menghidupkan kereta, dalam tengah duk tolak sana tarik sini tekan sana press sini, tiba2 kereta tu terluncur ke arah dinding batu-bata tu, terus terjunam ke bawah.

Mangsa yang menenui ajal dikatakan terkena runtuhan yang turut jatuh bersama kereta tu (al-Fatihah buat mereka).

Yang lagi best, mereka yang terlibat tu sempat pula melarikan diri despite ramai-ramai orang kat KB Mall petang tu. Tapi saya heran macamana mereka sempat lari.

  • Mungkin tak ramai sangat orang sejurus kejadian berlaku.
  • Orang ramai panik bila dengar jeritan, bunyi dentuman.
  • Mereka terlalu takut dan terkejut bila kejadian berlaku.

Dengan kejadian ni, banyak spekulasi yang dibuat:

  • Kereta modified untuk drift.
  • Bumbung KB Mall berhantu.
  • Pembalasan kepada doa Tuan Guru.
  • Design bangunan tak menepati standard.

Kejadian ni memanglah kemalangan. Tapi ia menjadi isu kerana kereta tu masuk ke dalam bangunan dan menyebabkan kematian. Jika ada sesiapa ingat kejadian dalam tahun 2004 tak silap (ke bila ye?), kejadian di parkir CIMB Damansara Heights, yang mana pemandu yang tidur dalam kereta ter-reverse keretanya, langgar penghadang dan jatuh di tebing. Kesnya lebih kurang aje lah. Cuma kes CIMB tu tak melibatkan orang awam.

Apa yang saya nampak, pengajaran dari laporan akhbar dan blog2 tertentu:-

  • Janganla suruh adik yang takde lesen/baru dapat lesen bawak kereta, hatta just nak hidupkan dari parking pun.
  • Take responsibility dan accountability. Dah buat janganlah lari nanti lagi nampak macam penjenayah.
  • Baca doa masuk kereta!
  • Jangan ingat berada dalam shopping complex anda selamat :D
  • Kepada yang suka shopping tu, ingat2 Tuhan jugak masa merambang ke sana sini dalam kedai tu. Gitew…
  • Takut dowh nak pegi KB Mall.

Dan janganla politikkan isu ni pula. Tak ada apa yang pelik. Sama2 kita doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya dan keluarganya tabah menghadapi situasi ni. Semoga yang melarikan diri tu terbuka hatinya untuk pulang ke jalan yang benar.

Yang nyata kejadian ni menjadi trauma kepada yang menyaksikannya.

More stories, pics & videoa dalam Blog Tragedi KB Mall Runtuh.

27 thoughts on “KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi”

  1. ermm..tu la..cam tak sangka perkara ini terlaku kan..

    macam a few years ago berlaku di The Mall. Seorang mamat ni tengah asyik berborak sambil duduk di palang tengah eskalator tu di tingkat 4 .. tup-tup jatuh ke belakang terus ke level 1 tu…erm…selamat..meninggal..

    Tapi yang peliknya..kenapa empunya kereta tu bleh lari..??

    1. al fatihah kepada semua yg terlibat dalam kejadian sebegini.

      hmm saya pun pelik juga empunya tu sempat lari. mungkin keadaan terlalu kelam kabut sampai orng tak perasan mereka lari. agaknya?

  2. Kalau balik kampung isteri mesti singgah KB Mall.Tak sangka kejadian sebegini boleh terjadi.Siapakah yang patut dipersalahkan?
    .-= eyriqazz´s last blog ..Invitation to Mister Potato Fiesta 2009‏ =-.

  3. Lately ni Zaila selalu dengar tentang kematian..malam tadi masa tengok berita tu, rase macam tak boleh lelap tidur..bila kita fikir pasal mati, serious kita akn jadi takut..tapi tulah, kadang2 kita ni alpa..semoga dengan kejadian macam ni sentiasa mengingatkan kita tentang ajal maut di tangan ALLAH & moga kita sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Kuasa..lagi satu, Zaila rase, banguna di Malaysia ni patut deteliti struktur pembuatannya, selalu sangat kita dengar tentang kejadian bagunan runtuh, stadium runtuh, rumah runtuh..hermm..salah sape tu??
    .-= zaila´s last blog ..Help Me Please =-.

  4. k0rang nie suka sgt ulang benda yg samer dh kbmall xruntuh bia laa…to yg pasti mmber aku meninggal…al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge