Pelaburan Emas Lebih Untung Drpd ASB? Tunggu, Jgn Tergesa-Gesa

admin Avatar

Banyak orang memperkatakan kadar pulangan daripada pelaburan emas lebih menguntungkan daripada ASB akhir-akhir ini. Jika anda perasan, golongan yang terlibat biasanya mereka yang ada kepentingan;
–ย ย  ย penjual emas atau ajen menjual emas,
–ย ย  ย agen amanah saham berkaitan emas,
–ย ย  ย penjual buku tentang pelaburan emas
–ย ย  ย mereka yang dah banyak koleksi emas sibuk menceritakan betapa bijaknya mereka melabur dalam emas.

Antara kata-kata yang biasa didendangkan adalah; purata kadar kenaikan emas adalah 22%ย  setahun untuk dua tahun lepas (2008-09), berbanding ASB yang hanya memberi 8-10% sahaja. Tu belum lagi dibandingkan dengan Tahung Haji yg for sure lebih rendah.

Betul ke pelaburan emas ini lebih untung drpd ASB?

Perlu diingat, golongan yang sibuk memperkatakan harga emas akan naik lebih banyak didorong oleh perasaan optimist, kalau tidak, siapa yang nak beli produk mereka. Betul? Ini termasuk pedagang emas antarabangsa. Cuma sebagai pelabur jalanan, optimist sokmo boleh membawa padah jika kita melabur semberono.

gold_5_year_o_usd

Tidak dinafikan, harga emas dah naik dua kali ganda sejak tahun 2007 (USD 600) kerana didorong oleh harga minyak yang naik mencanak-canak. Kalau nak tahu, golongan-golongan yang optimist hanya akan berbincang sekitar statistic ini sahaja. Namun bagaimana nak tahu harga emas akan berganda semula tiga tahun dari sekarang? kita tengok sejarahโ€ฆ

gold_15_year_o_usd

Jika anda membeli emas pada tahun 1995 (ekonomi Malaysia yang tinggi), anda takkan membawa pulang sebarang untung jika menjualnya 10 tahun selepas itu; pendek kata 0% sepanjang 10 tahun. Ini juga sama jika anda melabur dalam emas sejak tahun 1990, hampir tiada untung 15 tahun kemudian.

Compare kadar pulangan tersebut dengan ASB atau Tabung Haji, mana lagi untung?

admin Avatar

128 responses to “Pelaburan Emas Lebih Untung Drpd ASB? Tunggu, Jgn Tergesa-Gesa”

  1. Masayu Avatar

    Perkongsian yang menarik ;D.

  2. amir Avatar
    amir

    beli emas tahun 1995, jual 2005 – bukannya tak untung, malah rugi, sbb emas bila dijual balik akan ditolak paling kurang pun 10-30% harganya…

    1. Mommy Lyna Avatar

      hmm, depend which emas u r talkin. gold coin or gold bar can be 4-7% spread je
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naรฏve & Lurus Bendul =-.

  3. aphzan Avatar

    Pelaburan emas memerlukan modal yang besar selain pengetahuan dan kesabaran yang jitu…..
    Pelaburan unit amanah tidak memerlukan pengetahuan yg tinggi kerana pelaburan diurus oleh pengurus dana professional…..
    Bila ia dinamakan pelaburan, pulangan bukan boleh diraih keesokkan harinya….. so risiko utk rugi (kalau jual awal) memang ada…..
    ASB – beli RM1, jual RM1….. x rugi dan x untung….. tunggu dividen setiap tahun…..

    1. Mommy Lyna Avatar

      most of d time, pelaburan mana yg ‘untung’ & ‘selamat’ is depend on siapa yg ckp. not so easy to get unbiased & worthy advice dlm dunia pelaburan. dun u think so?
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naรฏve & Lurus Bendul =-.

  4. ZARAH Avatar
    ZARAH

    ASB BUKAN KE NON SYARIAH COMPLIENT?

    1. Mommy Lyna Avatar

      whenever i mention “ASB”, this halal haram will surely repeated again and again. mmg saya sengaja compare dgn ASB sebab that’s is what malay ppl are comparing with.
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naรฏve & Lurus Bendul =-.

  5. faizulamin Avatar

    asb memang tidak patuh syariah. kita menunggu tindakan kerajaan untuk mewujudkan majlis penasihat syariah di dalam nya.

    hu. malu betul dengan syarikat swasta yang lebih prihatin tetang ehwal islam. mana nya kerajaan ikut perlembagaan (islam sebagai agama persekutuan) kalau kerajaan sendiri tak yakin dengan kaedah patuh syariah. betul tak? huh!
    .-= faizulaminยดs last blog ..Kaedah Buat Duit Dari Unit Amanah dan Tingginya Caj Jualan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      honestly, u don’t need majlis penasihat syariah utk bgtw ASB halal or haram. u can check yourself.

      clue: ASB one of major shareholder in Maybank…
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naรฏve & Lurus Bendul =-.

      1. faizulamin Avatar

        utk org yang ada pengetahuan, mmg tak perlu. tapi untuk maslahat ummat, ia satu keperluan..

        hmm.. bukan sahaja itu kak. ia juga shareholders di british american tobacco! ๐Ÿ™‚
        .-= faizulaminยดs last blog ..Kaedah Buat Duit Dari Unit Amanah dan Tingginya Caj Jualan =-.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Obviously oblivious, huhu

  6. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    Benarkah ASB dijamin oleh kerajaan? apa akn jdi andai PNB bankrap(tidak mustahil, Barings Bank pun bankrap) dan Kerajaan Malaysia turut merosot ekonomi dn mengalami kejatuhan…siapa nk jamin?????????

    1. Mommy Lyna Avatar

      nothing is guaranteed in real life except death & tax (zakat)
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..My Super Kids is Turning ONE! =-.

  7. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    So, better melabur dlm Emas berbanding ASB..sekurang-kurangnya emas dijamin oleh dunia..ASB hanya di Malaysia, dengan kerajaan Malaysia yang semakin hilang kepercayaan rakyat dan penuh dengan retorik(ASB-Dijamin oleh kerajaan juga slh 1 retorik) x mustahil ianya bakal runtuh dan apa akn jd dgn pelabur2 ASB?…fikir-fikirknlh….-penulis bkn seorg peniaga emas atau berkepentingan dgn emas, cuma berfikir dgn keadaan semasa-

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kerajaan boleh jatuh, tp bukan Tanpa tanda2 yg obvious. Sementara tggu tanda2 tu, baik gandakan dlu duit dgn instrument pelaburan yg lain. Beli emas kalau utk preserve kekayaan sedara, by all mean silakan. Tp kalau utk pelaburan, bandingkan lah dgn pilihan pelaburan yg Ada. Baca artikel saya tntg pandangan peribadi on emas, hrp dpt membantu.

  8. Junior Banker Avatar
    Junior Banker

    Ijin-kan sy beri pendpt.
    Pd pendapat sy, kedua2 pelaburan ASB dan Emas, masing2 ada kelebihan. Pokoknya bagaimana kita boleh menafaatkan drp kedua2 pelaburan ni. Statistik pulangan ASB atau harga Emas hanya-lah petunjuk secara umum. Pokoknya bagaimana pelabur boleh mnggunakan ilmu yg ada utk mendapat keuntungan. Disini sy share-kan utk tatapan bersama;
    1) Contoh kelebihan Pelaburan ASB
    Drp pelaburan ASB yg anda ada, convert-kan ke sijil utk mendpt Overdraft. Dr Overdraft, anda boleh tambahkan lagi pelaburan anda ke dlm ASB.
    Contoh : 40K dlm sijil ASB, dpt Limit OD sebyk 38K. Kuarkan 37K drp OD masukkan semula ke ASB. Setiap bulan anda cuma byr sebyk RM180 sebulan.
    Simpanan anda dlm ASB skrg ada-lah 78K.

    2) Contoh kelebihan Pelaburan Emas
    Katakan anda ada 40K (sama spt contoh di atas), lebih kurang anda boleh beli 9 Oz emas (beli 9 syiling Emas setipa satunya 1 Oz iaitu bersamaan secara keseluruhannya anda ada 280 gram Emas. Pajakkan ke Ar Rahnu yg menerima pajakan syiling emas ni. Anda boleh pinjaman tunai 65% dpr marhum iaitu lebih kurang RM23,400. Beli lg 5 syiling emas dgn pelaburan sebyk Rm20K. Cash balance ada RM3K. Pajak pulak yg 5 syiling Emas tu. Anda boleh dpt sebyk RM13,000.
    At this point anda mempunyai 14 syiling emas yg bernilai lebih kurang RM54K. Tunai anda masih ada 5K + 3,400 + 13K iaitu RM21,400. Anda cuma byr upah simpan secara Ar Rahnu. Ulang pusingan pajakkan anda setelah tempoh habis.

    Pendapat peribadi sy ialah anda boleh meraih keuntungan jika anda ada perancangan dan target yg tertentu samada dr segi ASB atau Emas.

    Cheers!

    2)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yup, one of leverage yg boleh digunakan dlm pelaburan. cuma 9%/yr charges utk beli emas & 6% spread, u better be right! OD caj brape interest? i yet to utilise my OD lagik lar cos prefer not to freeze/ burden my saving.

  9. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    Tahun 1990-an ialah tahun-tahun kekuatan wang fiat (mata wang disandarkn ke USD) tetapi era sekarang dunia sudah tidak mempercayai wang fiat lg..skrg org beralih kpd emas tanda2 kejatuhan wang fiat semakin ketara…risau sementara menunggu tanda2 yg obvious tu kerajaan (yg retorik ini) tumbang dan pelaburan x dpt dipulangkan…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dh baca artikel nih?
      => http://mysuperkids.net/pelaburan-emas-%e2%80%93-pandangan-peribadi-yg-anda-tak-pernah-dengar/

      its all about opportunity cost/ lost. pakar ekonomi pun rhetoric jugak, haha…

  10. Junior Banker Avatar
    Junior Banker

    Nampak gaya En Azril seorg penyokong kuat pelaburan emas dgn fakta jika kerajaan jatuh wang fiat tidak lagi bermakna. Mmg byk pelabur2 Barat yg mengatakan wang fiat ni bergantung kpd keutuhan sesebuah kerajaan 7 eknomoninya.

    Tetapi menurut Michael J Kosares dlm bukunya “The ABCs of Gold Investing” – pelaburan Emas bergantung kpd objektif anda sendiri. Pd sy, begitu juga dgn pelaburan ASB. Ia bergantung kpd objektif Financial Plan anda. Tepuk dada tanya selera.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yeah, semua org ader risk profile masing2. its just that bila terlalu optimist, sesuatu asset class tu boleh bubble-burst. skng ni byk dh jewellers ‘terasa’ sbb org kurang bli emas drg. harga emas yg totally didokong oleh central bank, quite not really fundamental demand to me.

  11. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    Situasi sekarang ekonomi sdg tenat, inflasi teruk bakal berlaku..so, lindungi wang2 (emas pelindung terbaik) anda, bila ekonomi dah pulih melaburlah kembali dgn cara tersendiri…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pls define ‘ekonomi tenat’ & ‘inflasi teruk’. sbb secara logiknya, kalo ekonomi gawat, demand destruction berlaku; which make inflasi pun drop. => deflation. dun u think so?

  12. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    ‘Sebelum’ ekonomi dunia menjadi tenat dan menjurus kpd inflasi kerana tanda-tandanya telah ada skrg jd berwaspadalah..buat masa ini lindungi wang2 anda dahulu jgn apabila wang RM10 anda hanya bernilai RM1 baru nk lindung, dh trlambat…sediakan payung sebelum hujan, jgn dh terantuk bru tergadah…emas telah diakui pelindung nilai sejak 1400 tahun…harta karun pun byk ditemui dlm bentuk emas dan perak…emas dan perak disebut dalam al-Quran (emas dikenakan zakat) ditafsirkan sebagai simbol kekayaan,ambil air laut seluruh dunia dan jadikan dakwat ia masih tidak mampu untuk mentafsirkan ayat2 al-Quran,..apabila disebut dlm al-Quran tidak boleh dinafikan lg emas merupakan pelaburan terbaik disamping menjana ekonomi umat Islam dgn pembayaran zakat….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mula2 ckp ‘sdg tenat’, now ckp ‘sblm tenat’. Penin pala semua reader. Yeah, emas disebut dlm Quran etc. Ini bukan menidakkan emas, but how much money to put… Ayoyo, r u sure u takda berkepentingan emas? Very obvious u know….

  13. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    Setengah2 org (golongan1) mengatakn skrg ekonomi sdg tenat dn setengah2 yg lain(golongan 2) ekonomi belum tenat ttp menjurus ke arah itu dgn kebarangkalian yg besar, so I betulkn la mgkin u tergolong dlm golongan 2,..jgn penin2 pala,… I tidak berkepentingan dgn emas cuma sedang mengkaji untuk membeli melabur dlm emas atau berlindung dgn emas..tp betul la how much money to put?…sama2 la kita bincang…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Actually, it has more than 2 golongan yg u dh mentioned:
      golongan 3: dunia akn recover very fast sbb gov stimulus
      golongan 4: dunia akn recover selepas ade lg 1 big correction (w-shape recovery)
      golongan 5: l-shape recovery; maybe 2012 baru pilihan
      ….
      ….
      ….
      Golongan x: dunia takkan recover…. Haha
      my question: golongan mana yg anda patut percaya?

      Masa bear stern mula2 jatuh, byk fund manager ckp ‘isolated case’ sbb they all tak sempat nk exit market ‘sblm tahu. While selling stocks, tiba2 stock naik almost 100%. when that happen, the same fund manager ckp pulih ‘terlalu cepat’ pdhl drg tak sempat nk borong saham bila sgt murah.

      In investment, u need to know what motivate them from saying so. Sbb most of the time, org2 yg buat kecoh ni ade kepentingan di sebalik statement yg drg keluarkan. Like now, mati2 they all defend ekonomi Akan pulih sbb mostly dh byk bli asset time recession. Think abt it….

      Lg 1, r u mengkaji emas alone or asset class/ komodity yg lain jugak? My advice, broaden ur context utk dptkn big picture ‘sblm dive into specific strategy. Mungkin En Jr Banker boleh tolong kita on this macro/micro-economy thingy

  14. Azril Amir Avatar
    Azril Amir

    Thanks Mommy Lyna, bt mase ni emas alone..Mommy Lyna mcam marah kt I je jgn la marah nnt cepat tua, senyum la ckit…k kita tnggu En.Jr.Banker,..cuti2 ni tido agknya…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huh, masa bila la plk i marah weh. kalo nk kena 1x bley je, haha. mau?

  15. Junior Banker Avatar
    Junior Banker

    Sy x tido. Tlg isteri kemas rumah. X de maid.

    Sy bukanlah pakar ekonomi. Sy seorng yg ada passion tentang financial & pelaburan utk simpanan peribadi. No doubt recovery ekonomi skrg – sgt lembab, pd pendpt sy kt x perlu tunggu itu semua. Bertindak skrg jika anda belum bertindak. Lupakan isu pelaburan mn yg baik samada dlm ASB atau Emas atau Unit Trust atau hartanah. Sy nk share apa yg sy dh buat sbg Financial Planning sy sejak tahun lepas;

    1) Rekodkan Income against Liabilities anda.
    2) Check rekod kewangan anda di CTOS dan CCRIS.
    3) Cantekkan rekod kewangan melalui rpt di atas.
    4) Buat simpanan bulanan. Sy masukkan ke dlm ASB.
    5) Bila dlm ASB dh byk, sy convert to sijil and apply OD.
    6) From OD, sy tambahkan simpanan dlm ASB.
    7) Sy juga beli syilig Kijang Emas – setiap bulan 1 Oz (atau 1 keping).
    8) Lepas beli sy, pajak melalui Ar Rahnu. Duit drp Ar Rahnu sy guna + OD utk beli 1 lagi syiling Kijang Emas 1 Oz utk bulan berikutnya.
    9) At the same time, sy guna OD dan gaji sy utk buat simpanan bulanan ke dlm ASB.
    10) Sy ulang langkah2 di atas selama 1 tahun. Pelaburan Emas ni sy baru buat sejak 3, 4 bulan lepas.

    Alhamdullilah, setakat ni sy telah achieved;

    1) Rekod pyment Liabilities yg bersih.
    2) Penambahan dlm Simpanan di ASB.
    3) Permulaan utk simpanan syiling Kijang Emas (I tot it’ll be useful in the next 2 or 3 years).

    Cheers.

    1. Mommy Lyna Avatar

      Q1: brape interest OD, margin & period? bile u convert ASB to sijil, tak boley withdraw cash?
      Q2: I dgr byk bank tak accept gold coin/ bar utk pajak sbb arahan BNM. betul ke? which bank yg u pajak? wic gold u buy?
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Tambah Susu Badan Dengan Vitamin =-.

  16. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    A1;
    Interest OD dikira daily rest. Sebnrnya lebih kecil
    drp intrst yg lain. Contoh; utk penggunaan OD
    sebyk RM10000, int yg dichrg
    = jumlah OD utilized X rate X 1hari dlm
    setahun X 30 hari (utk sebulan)
    = 10k X 5.55% X 1/365 X 30
    = lebih kurang RM46 (fhm x??)

    margin OD, RHB bg 95%, CIMB bg 90%
    convert Asb to Sijil d pej Pnb.
    Balance sijil pun masih dpt dividend
    walau dh dicagarkan ke bnk.
    Buat apa nk withdrw csh dr Asb. Withdrw
    dr Od lah.

    A2;
    Buat masa skrg hanya Agro bnk terima
    pjkgadai syiling emas. Puas sy cari,
    last2 agrobnk jer yg masih terima.

    1. Mommy Lyna Avatar

      u amek OD tu (and pajak emas tuh), reported in CCRIS ke tak? so far my rekod very clean and taknak ‘tercemar’ dgn byk loan. plan to buy more property… btw, cagar ASB je ke yg boleh, Tabung Haji kenot?
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Taking Putra LRT Kelana Jaya Line With The Kids =-.

  17. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Puan,
    Bila kt amek OD kat Bank, mestilah direkodkan kedlm CCRIS. Tapi OD ni dikira secured-loan. X de instalment atau min pymnt. Yg ada cuma kt service-kan monthly interest yg dipakai. Very low tu. for RM10,000 what u hv to pay is only RM46.
    Pajak emas x masuk CCRIS.
    If u have property, u can re-finance to HSBC to get OD. Itupun kalau u dah lama service your housing loan.
    Guna Tabung Haji utk satu tujuan shj – mengerjakan Haji. Forget about keuntungan atau apa2 selain drp Haji utk akaun Tabung Haji puan.
    The reason guna ASB utk OD ialah u still can enjoy the dividend at the end of year for the amount dlm sijil tu. (nampak x??)

    TQ and Rgds.

    1. Mommy Lyna Avatar

      kalau rm200k, so monthly yg masuk ccris is rm920/mo? byk gk tu sbb tak masuk pokok. my opinion (no need to listen one ah), kalau u buat OD sbb nk profit from ASB is a bit risky considering duit yg masuk ASB (makin byk org & makin byk duit per org) offset kadar keuntungan pelaburan PNB like what happened to ASW2020 tahun => http://mysuperkids.net/asw-2020-malaysia-pulangan-terkini-kesan-terhadap-asb-anda/

      to be safe, carik something that can give 10% cash-on-cash (COC) return almost consistently mcm rental. after lock-in period (let’s say 5-yr), boleh refinance property tu and byr od drpd cash yg lebih2. wut u think?

      and then, kalau betul2 tak mampu byr blk, boleh tak bgtw bank amek je duit ASB yg di cagar tu anytime?
      .-= Mommy Lynaยดs last blog ..Set Tambah Susu, Testimonial BF Set dan Rezeki Anak =-.

  18. Junior Banker Avatar
    Junior Banker

    Mintak maaf ckp la, Puan masih x phm how OD works, how OD is reflected in CCRIS & how to use OD as an investment instrument. Ni method kt guna duit bank utk meng’kaya’kan kita instead of buat Bnk kaya.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      En Jr Banker, part mana yg u think i x phm psl od ni eh?

  19. momo Avatar
    momo

    en. jr banker, pajak emas masuk ccris. bila kita pajak kat arrahnnu, arrahnu bg kita pinjam duit, so akan ada rekod ccris. sekian, terima kasih

  20. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Pinjaman dr Ar Rahnu x masuk CCRIS. Pinjaman yg diberi hanya 65% drp jumlah marhun emas yg digadai. Biasanya bagi cash. Cuma Bnk Rakyat akan check rekod CCRIS pelanggan sebelum beri pinjaman.
    Ar Rahnu Bnk Rakyat hanya menerima barang2 kemas shj. Duit syiling atau jongkong x diterima.

    Sdra momo bole cuba juga Ar Rahnu Kojuta atau Koperasi Unikeb. Mereka menerima duit syiling emas. Cuma maksimum sehari pinjaman x lebih dr RM5K. Lagi confirm x masuk CCRIS.

    Hrp jwpn yg diberi, difahami.

  21. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Mommy Lyna,
    Ijinkan sy sambung sikit psl OD.

    OD ni satu revolving facility yg diberi oleh Bnk jika kita ada sandar-kan sijil kewangan spt ASB, FD & juga mortgage. Pelanggan cuma akan dicharge pd amaun yg digunakan shj. Kekuatan OD adalah pd kecairannya (liquidity).

    Dlm CCRIS, OD ni akan tunjuk 0 dr bulan pertama sehinggalah bulan ke-12 selagi kita tidak guna over-limit. Ini kerana tiada fixed-instalment pd OD dan juga OD yg disandarkan adalah secured. Risk dia minima pd Bank. Jika pelanggan x byr, Bnk cuma perlu jual balik ASB atau FD anda.

    Sbg individu, Mommy cuma perlu gunapakai kekuatan kecairan OD utk strategi kewangan sendiri.

    Hrp Mommy fhm.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jr Banker, thanks for your time.
      Yeah, I dh paham dh and again, thnx to u.

  22. momo Avatar
    momo

    en.banker, sy bcakap berdasarkn pengalaman saya masa buat loan beli rumah. org bank tu yg ckp dia check kat ccris ada rekod pinjaman dr bank rakyat & agrobank. masa dia check tu emas sy masih dlm tempoh pajakan. kalau tak dr mana dia tau saya ada rekod pinjaman arrahnu tu

  23. momo Avatar
    momo

    tambahan: arrahnu konvensional rate lg mahal dr BR & Agro. saya pajak masa BR masih terima coin & goldbar lg. baru sekarang je diorang tak terima

  24. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Momo,
    Misti-lah Bnk Rkyt tahu anda ada arRahnu kat dia sendiri. Misti-lah masuk dlm sistem diorang klu anda ada buat pajakan di aRahnu nk Rkyt. X semestinya dr CCRIS.

    Konsep arRahnu ni x sama dgn pinjaman peribadi. Anda diberi pilihan x perlu byr ansuran arRahnu dlm tempuh 6 bulan simpanan. tetapi anda perlu tebus sebelum tarikh matang. Itupun bnk bagi lanjutan beberapa bulan lagi utk menebus emas anda. CCRIS track byrn pinjaman utk tempuh 12 bulan kebelakang.

    Jika anda pajak dulu goldbar melalui sebuah syarikat emas yg diserbu oleh BNM (x perlu sy nyatakan nama syrkt tersebut), maka itu adalah soal lain kenapa anda ada masalah dgn pinjmn di Bnk Rkyt dan sbb kes itu juga Bnk Rkyt dh x terima gold bar.

    Sy cdg-kan ambil dulu CCRIS report anda di pej BNM, KL. Baru tau rekod pymnt anda dan juga financing standing anda.

  25. momo Avatar
    momo

    adeh encik banker ni tak faham ckp saya le. bank yg sy maksudkn tu maybank. dgn maybank le sy buat pinjaman rumah. takkan le maybank dgn BR kongsi bank yg sama. maksud sy kat sini, maybank tau saya ada pinjaman dgn BR & agro yg mana saya pajak kat dua2 arrahnu tu. kalau bukan dr ccris, dr mana maybank tau BR & agro ada bg sy duit????????

  26. hairul Avatar
    hairul

    Salam,

    Maaf saya ni pendatang baru ingin belajar mengenai OD dan investment.

    Merujuk kepada kata2 Jr Banker december tahun lepas
    5) Bila dlm ASB dh byk, sy convert to sijil and apply OD.
    6) From OD, sy tambahkan simpanan dlm ASB

    Katakan saya ada RM 100k sijil ASB. Saya gunakan sijil ini dapatkan OD RM 100k. PAstu duit OD ni saya beli lagi Sijil ASB lagi 100K. Lepastu saya cagarkan sijil ASB ini untuk dapatkan lagi RM100k…. dan seterus-seterusnya…. boleh ke macam tu…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Boley tp kne acc asb yg berbeza-beza

  27. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Salam hairul,
    Boleh. Tapi bergantung kpd nilai balance yg ada dlm ASB.
    Max utk pelaburan di ASB ialah RM200K.
    Secara praktikalnya :-
    1. ASB RM100K convert sijil —-> dpt OD RM95K.
    2. Fr OD 95K ——> kredit to ASB dgn 90K
    3. Fr 90k ASB convert sijil ——>dpt OD RM85.5K
    4. ASB = RM190K, OD Limit = RM180,500 & OD o/s = 90K

    Jadi Bro boleh ‘rempit OD’ ni 2 kali jer la. Term ‘rempit OD’ ni mmg digunapakai dlm forum2 OD.

    Bila buat ‘rempit OD’ ni, mcm biasa Bank akan process OD application dan jika OD approve maksudnya liability anda akan meningkat.

  28. hairul Avatar
    hairul

    Salam Jr Banker,

    Apabila saya merempit OD, adakah ianya memberi impak buruk kepada CCRIS saya sebab akan nambak liabiliti yang banyak?

  29. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Yup! Mmg begitu-la. OD pun akan appear dlm CCRIS. Mmg nampak liability akan bertambah. Process utk permohonan kredit yg akan dtg akan diambil kira oleh Bank.
    Cuma advantage OD drp Personal Loan & CC dlm CCRIS ialah default pymnt biasa nya ‘0’ kerana OD x de fix instalment dan available OD boleh cover the interest charged for the month.
    For a start, sy recommend jgn rempit OD. Guna OD utk byr default payment loan2 yg lain (klu ada) dan settlekan hutang CC. CC interest charged at 18%. Tinggi tu…

    Rgds.

  30. hairul Avatar
    hairul

    Emm betul jugak ya,

    Boleh juga disimpulkan “jangan merempit OD semata2 nak ambil kesempatan atas interest ASB.”

  31. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Cantek …Bro dh nampk dh….hehhe bagus…
    Kekuatan OD adalah pd kecairan-nya (liquidity). Dgn OD, Bro ada available cash bukan shj pd waktu kecemasan tetapi sepanjang hari pd setiap bulan!!! Nk tambah skit, sebab tu ada jugak yg masukkan mthly salary ke dlm OD utk sustain available OD.

    Mommy Lyna,
    Nk tambah skit, usage of OD ni bergantung kpd financial standing individu. Opinion sy, OD ni lebih baik sbg tool utk personal financial mgmt drp tool utk pelaburan.

    TK.

  32. hairul Avatar
    hairul

    Thanks Jr Banker…tiada jalan mudah untuk mudah

  33. hairul lagi Avatar
    hairul lagi

    Salam,

    Saya ingin bertanya lagi,
    Jr Banker said
    “Jika anda membeli emas pada tahun 1995 (ekonomi Malaysia yang tinggi), anda takkan membawa pulang sebarang untung jika menjualnya 10 tahun selepas itu; pendek kata 0% sepanjang 10 tahun. Ini juga sama jika anda melabur dalam emas sejak tahun 1990, hampir tiada untung 15 tahun kemudian.”

    Kalu logik beli emas tahun 1995 dan jual kemudianya 2005..kan untung kan.. kenapa tuan jr banker cakap “anda takkan membawa pulang sebarang untung jika menjualnya 10 tahun selepas itu”

  34. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    hairul,
    Statement yg Bro amek tu bukan drp sy. Jadi sy tak boleh nk ulas la. Itu statement drp tuan tanah, Mommy Lyna. Bro tersilap tujukan soalan tu. Munkin Mommy Lyna boleh explain….

  35. hairul lagi Avatar
    hairul lagi

    sorry Jr Banker,

    Kalau tuan tanah dapat ulas mengenai statement itu ok juga…

  36. orang x tahu Avatar
    orang x tahu

    salam..

    baru2 ni sy ada wat loan rm40k kt agrobnk. boleh bg suggest x ktne sy nk wat pelaburan utk setlekn or ringankan beban hutang sy tu ngn cepat? untuk pengetahuan, term dia 10 thn, bln2 rm574..
    sila beri tunjuk ajar..

    tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Loan ape? Brape interest? The best way utk invest must be samting u know d most

  37. ida Avatar
    ida

    salam mommy lyna..

    ekceli sy bukanlah ahli dlm isu2 kewangan ni,but b4 tis saya ada baca ttg pelaburan emas ni tru zaharuddin.net

    so from wat i read,i wld like to conclude pelaburan emas ni not islamic..i link the webie here : http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ (moga bole dpt pandangan dari lyna pula )

    1. iceman2001 Avatar
      iceman2001

      info baru ni.

  38. khairul Avatar

    aah…bagus akak buat camni…
    .-= khairulยดs last blog ..Lepas Lagi =-.

  39. izrul Avatar
    izrul

    maaf..saya menyokong sesapa yg katakan pelaburan emas lebih baik daripada ASB, ingat…dividen ASB kerajaan boleh keluarkan sesuka hati dengan bon yg dikeluarkan, tindakan itu akan menyebabkan nilai ringgit menyusut. Sepertimana kita lihat sebelum ini, dulu nilai nasi lemak hanyalah RM 0.30 dah leh kenyang, sekarang dah jadi RM 1.00. Begitulah harga utk nasi lemak 10 tahun dulu dengan sekarang, itu bukan benda2 lain lagi! Tetapi sejak zaman Rasulullah S.A.W dulu, seekor kambing dijual dengan harga 1 dinar (emas 4.25 gram mengikut ketetapan oleh Saidina Umar al-Khattab). Dan apa berlaku pada hari ini? Harganya masih lagi 1 dinar utk seekor kambing!!! Itulah petanda emas adalah barang paling bernilai di dunia ini, malah di dalam syurga kelak juga setiap manusia mempunyai emas, bukan duit kertas!
    Anda terlalu yakin dengan ASB kerana ianya dijamin oleh kerajaan tidak kira apa pun situasi ekonomi Malaysia kerana ianya cuma nilai di atas sekeping kertas! Tindakan mengambil rekod harga emas pada tahun 1995 dan 10 tahun selepas itu dan membandingkan dengan sekarang adalah tidak bijak! Ya, memang benar ketika itu harga emas jatuh namun sekarang sistem kapitalis yang diamalkan seluruh dunia menyebabkan harga emas terus melambung setiap tahun. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat mencetak wangnya sesuka hati untuk dilambakkan di pasaran luar dan 3/4 wangnya itu berada di luar Amerika! Tetapi simpanan emas mereka terus meningkat setiap tahun, ini bukanlah disebabkan oleh kepandaian mereka, tetapi ianya adalah didalangi oleh Yahudi Israel! Dan nilai USD yang berada di luar Amerika hanya menunggu masa untuk lingkup dan tidak bernilai lagi. Masa itu, negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis termasuklah negara kita akan jatuh teruk! Nilai wang di dalam ASB hanyalah tinggal angka pada bukunya sahaja! Tetapi apa jadi dengan simpana emas? Masa itu, emas terus kukuh dan diterima di mana-mana sahaja di dunia ini. Lihat saja simpanan emas negara sekarang, kalau pada tahun 1999, rizab emas negara adalah 72.7 tan! Tetapi skrg hanya tinggal 12 tan sahaja. Sebab itulah BNM tidak berani utk isytiharkan rizab emas negara dalam bentuk kuantiti, tetapi tahun lepas ianya diisytiharkan dalam Dolar Amerika! Memanglah ianya dilihat meningkat kerana nilai emas terus meningkat kerana diperdagangkan dalam USD! Kita juga perlu ingat, 60% ekonomi Malaysia bergantung pada Amerika, tandanya apa? Jika semakin jatuh nilai USD, semakin teruklah kita walaupun nilai Ringgit naik, masih tak berguna! Kerana Amerika sememangnya ingin nilai matawang mereka terus jatuh untuk mengusai dunia. Dan siapa di sebalik semua ini? Yahudi Laknatullah yang menggunakan Amerika lah jawapannya. Kalau anda yakin dengan ASB, teruskanlah…saya tetap yakin dengan emas, kerana itulah nilai sebenar! Bukannya kertas yang dicetak!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hi Izrul,
      baca artikel terbaru saya pasal emas sini:
      http://mysuperkids.net/pelaburan-emas-is-as-useless-as-saham-hartanah-or-asb-sebab/
      selamat melabur

  40. Syuib Avatar
    Syuib

    salam,,,,,,
    momo tlg jawap saolan orang tak tahu tu,,,…
    bkn pe…sy hanya suka nak tahu je…
    org baru nak jinak dgn inves.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak cukup info nak jwb

  41. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    saya sgt setuju dgn pandangan en.izrul itu…w’pon duit nak hidup pon ckup2 jer apatah lagi nak melabur tp sy sgt yakin dgn emas..sebagai org kelantan yg ibunya ade emas berketul-ketul (i tunggu dia bagi sbg harta pusaka)..emas mmg sgt penting…

    dulupon tun dr mahathir pernah cadangkan kt OIC nak guna dinar emas sebagai ganti us dolar, tp biasa lah negara2 islam terutamanya negara2 arab sgt lah tak bersatu..last2 tak jadi gak..then nik aziz lak wat dinar emas kelantan…dah tak tau ape citer skrg..
    makanya, kena byk lagi lah belajar, tp utk sy mgkin tahun dpn perlu beranak lagi..sebab tradisi mak saya..anak pompuan tunang, kawen,beranak..mesti kena bg hadiah emas..x kire gelang atau rantai atau cincin..owh…i love my mom..bg cucu, dpt emas..win2 situation..
    mrsnik’s last blog..MACAM2 VACANCY

  42. Fonz Avatar
    Fonz

    Salam semua, pelaburan dengan emas adalah yang terbaik sekali diantara pelaburan-pelaburan lain kerana nilainya dan ianya kalis inflasi.

    Terdapat cara yang sy dapat kongi ilmu tentang pelaburan emas yang sedang sy lakukan sendiri sekarang dimana saya sekarng telah membeli emas 999.9 sebanyak 500gram pada harga RM146 segram. Apa yang saya dapat setiap bulan hasil dari pembelian saya adalah profit sebanyak 2.5% sebulan dari emas yang sy beli.

    Jumlah yang sy keluarkan tempoh hari adalah sebanyak RM 73,000.00 dan ditangan sy sekarang ada emas 500gram. profit yang sy dapat sekarang setiap bulan adalah sebanyak RM1825. Alhamdulliah sejak dari awal tahun sy melabur, pulangan setiap bulan sy dapat dan yang penting sekali emas ada didalam tangan sy.

    Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi sy di 019-324688 atau email kepada fonzsale@gmail.com.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      what is this? 2.5% return setiap bulan? pelaburan emas atau perniagaan emas? 2 different thing. tolong jangan confiuskan kami yang dah confius…

  43. Fonz Avatar
    Fonz

    Pada pandangan sy, samada pelaburan emas atau perniagaan emas segala-galanya adalah keuntungan. Hanya cara bagaimana ianya dilakukan adalah berbeza.

    Secara tradisi membuat keuntungan dengan emas adalah buy low sell high. Tapi cara kami adalah buy gold keep gold and get diskaun.

    2.5% itu adalah diskaun(dividen) yang diberikan oleh pihak syarikat. Konsepnya sama spt ASB. Letak wang dalam ASB dapat dividen setahun. Kami pula tukar wang kertas dalam bentuk emas dan dapat diskaun(dividen) setiap bulan.

    Ianya adalah pelaburan emas dimana emas dipegang oleh pelanggan. selamat dan berisiko rendah.

    Kalau tidak tahu mengenai proses pelaburan kami, memang akan confuis. Apa kata Mommy Lyna call sy, we meet and sy akan terangkan prosesnya. Ini hanya info yang boleh kongsikan bersama.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      That’s ur biggest mistake, menyamakan pelaburan emas dgn perniagaan emas. Perniagaan hartanah langsung tak sama dgn pelaburan hartanah. Sbb dua2 pn dpt duit tak bermaksud dua2 pn sama. Kalo sama, apa beza dgn gaji?

      1. Fonz Avatar
        Fonz

        Sy cuma nak berkongsi ilmu bagaimana nak buat duit secara selamat dan berisiko rendah. Terpulang kepada anda nak interpret samaada ianya pelaburan atau perniagaan emas. Pandangan individu berbeza2 cuma some people are to cerewet tentang benda2 yang remeh temeh. Apa2 pun semuanya berkenaan dengan duit jugak.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Haha. Betul2. Terpulang kpd ilmu & preference individu tersebut. Thnx for your comments

  44. Kak Mai Avatar
    Kak Mai

    Hai dear Fonz,

    Kak salute dengan concept perniagaan/pelaburan emas Fonz tu.
    Tolong ajar kak M sama ye. Nak juga turut hasilkan duit dengan cara Fonz tu. Tapi modal tu yang pula. Tak pa, kita belajar duly, in the mean time tengok2 kat mana boleh cari modal ye tak??

  45. Azam Avatar
    Azam

    Salam Junior Banker,
    merujuk kpd kenyataan ni…

    “2) Contoh kelebihan Pelaburan Emas
    Katakan anda ada 40K (sama spt contoh di atas), lebih kurang anda boleh beli 9 Oz emas (beli 9 syiling Emas setipa satunya 1 Oz iaitu bersamaan secara keseluruhannya anda ada 280 gram Emas. Pajakkan ke Ar Rahnu yg menerima pajakan syiling emas ni. Anda boleh pinjaman tunai 65% dpr marhum iaitu lebih kurang RM23,400. Beli lg 5 syiling emas dgn pelaburan sebyk Rm20K. Cash balance ada RM3K. Pajak pulak yg 5 syiling Emas tu. Anda boleh dpt sebyk RM13,000.
    At this point anda mempunyai 14 syiling emas yg bernilai lebih kurang RM54K. Tunai anda masih ada 5K + 3,400 + 13K iaitu RM21,400. Anda cuma byr upah simpan secara Ar Rahnu. Ulang pusingan pajakkan anda setelah tempoh habis.”

    so kita asyik beli n pajak ler….? camana kalo da sampai tempoh matang?
    ke simpan jer emas tu kat ar-rahnu??
    tlg jelaskan…TQ

  46. M.I Avatar
    M.I

    kenaikan emas dr thn (2000 – 2010) adelah 300 %…so kalo nk jual blk emas 999.9..spread 5%-7% je…still untung byk tuh…x pun gadai je ckit kt ar rahnu utk dpt duit blanje ckit…sedikit sebanyak bole support ekonomi islam..untung berganda, pahala dpt..bayar zakat emas..lg subur harta tu..pendapat dr segi islam

  47. […] by Mommy Lyna on December 8, 2009 ยท 75 comments […]

  48. duwe Avatar
    duwe

    saya baca komen anda sejak awal tahun..dan rase menarik ..so saya tak jadi beli ema spada masa tu harga usd 1100..skang harga sampai usd 1400..aper citer ni

  49. tokey dinar Avatar
    tokey dinar

    duwe : beli emas dengan saya.. insya’allah saya kan bantu tuan sehingga berjaya.

    jika berminat bole baca blog master dealer saya
    http://tokey-emas999.blogspot.com ATAU cari saya tokey dinar di facebook untuk maklumat lanjut.

  50. Rafie Avatar

    hm..last2..forum kt blog ni..orang citer pasal jual beli emas jugak..
    ape pon..kiter jgn terlalu Hardcore ng satu bentuk investment aje..
    sy..buat loan pinjam 100K..sy invest emas 30% – 30% ASB – 30% lagi invest dlm mcm2 ( MLM,unit trust,..biznes..bla..bla bla.)…just like in heaven when i see my gold chart growth..i ve got ASB dividen + Bonus tahunan…

    ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge