Pelaburan Emas is as USELESS as Saham, Hartanah or ASB Sebab..

Pernah dengar “pelaburan emas confirm untung”, “pelaburan emas takkan rugi”, “pelaburan emas akan kekal, wang kertas bakal lumpuh”, “pelaburan emas itu tuntutan Islam”,  atau “kalau tak melabur dalam emas tu kafir!”? Kadang-kadang, jadi agak letih nak melayan orang-orang yang fanatik dengan emas ni. As I said, kebanyakan yang defend pelaburan emas gila-gila ni sama ada tauke emas, ejen yang dapat komisen menjual emas ataupun orang yang tak banyak duit tapi dah beli emas lepas termakan dengan kata-kata optimis tentang emas. Tak percaya sudah.

Dalam apa jua keadaan, kalau dah too one-sided memang sukar nak guna brain more than emotion…

I pernah tulis artikel pasal emas and you can read semua komen-komen tu. Since banyak jugak komen-komen tu yang agak redundant, so I think better explain it in a single blog post sebagai rujukan semua.

—————————–Sideline Start—————————–
Btw, sampai ada yang share artikel saya dalam forum Cari Gold oleh cdan on 03-01-2010, 03:59 PM. tQ cdan sebab backlink to the original article(sebelum thread ni kena archive). Kalau sapa-sapa nak share mana-mana artikel silakan, but make sure ade credit to original source la
—————————–Sideline end—————————–

Emas banyak naik masa oil rush & US recession 2003-2009. Since then, memang banyak la orang cakap pasal pelaburan emas. Not only tulisan blog, tiba-tiba je ejen jual emas pun bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap 23 orang yang baru saya kenal, akan ada sorang yang suruh saya beli emas from him/her. Obviously, since artikel saya banyak bertentangan dengan apa yang mereka bagitau customer or client selama ini membuatkan these people panas bontot.

I try to write something pasal pelaburan emas ni in the most realistic manner. Tapi takut la pulak ia boleh mencederakan hati seseorang mahupun mengacau periuk nasi yang berkenaan since at times I can be damn blunt. You know la, tak banyak orang kita yang boleh terima pandangan berbeza. So what I did, cari kat Internet mana-mana artikel yang selari atau ade kena-mengena dengan pandangan saya dan tempek kat sini untuk dikomen dan sebagai tatapan pembaca MySuperKids.

And found this,

(Komen in Purple)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaburan Emas

Source: http://www.pakdi.net/apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-pelaburan-emas/

Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubbles, mania atau tanda awas perlu dipacakkan dalam biji mata kita semua adalah apabila pemandu teksi, tukang gunting rambut hatta yang kaki lepak kedai kopi pun bercakap pasal pelaburan tersebut.

Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Cuma bezanya adalah, yang bercakap itu bukan para sahabat Nabi saw yang boleh kita terus percaya malah mereka cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun, yang tidak tahu pun membezakan cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita bertaraf mutawatir itu pun rasa betul, pelaburan itu maha hebat dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.

Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.

Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan ini adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!

Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah ajaran sesat ekonomi Islam.

Ekonomi Islam bukan sekadar jual beli emas untung buat untung. Peranan emas dalam ekonomi Islam adalah sebagai matawang, bukan untuk dijadikan komoditi dan seterusnya dijadikan aktivti spekulasi.

Berkali-kali I mention dalam artikel berkaitan emas sebelum ini, Emas lebih kepada asset preservation daripada investment. Cuma kalau naik, it’s a bonus! Berkurun-kurun lama-nya emas digunakan sebagai wang dagangan sebab orang percaya nilai emas takkan berubah. 10 dinar dapat sekor lembu, sampai bila-bila pun 10 dinar dapat sekor lembu?

Perkataan “emas” yang disebutkan dalam Al-Quran waktu nabi Muhammad adalah emas sebagai matawang atau perhiasan; BUKAN pelaburan. Pelaburan tak tentu hala boleh jadi speculation yang sangat2 dilarang dalam Islam. Mana taknya, sedap-sedap main speculate emas naik mencanak-canak, orang nak kawen awal pun susah sebab dah takde duit nak beli emas. Kesian…

Betul, duit kertas hari ini tidak bersandarkan emas. Jadi, pejuang ekonomi Islami yang utama adalah mendesak emas dijadikan matawang dan bukan menjadi sama-sama terlibat menjadi spekulator emas dan mendakwa akviti sebegitu adalah bisnes dan jihad ekonomi yang paling Islami.

Susah jugak kalau nak cakap orang yang jual emas ni as pejuang ekonomi. Jihad? Wallahu’allam. Saya sangat takut bila seseorang tu guna nama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Yang menjadi mangsa orang kampung yang tak tahu apa, main borong jela mana-mana emas yang ada. Tu yang kena tipu dengan emas celup sebab nak beli emas betul mahal, emas Zhulian macam takde lagi yang buat coin kan? Huhu. Then terbeli la pulak emas scam sebab “diskaun”.

Nak debate pasal duit kertas yang tak bersandarkan emas ni sangat panjang. All we know, we got no choice selain guna jela sistem ni. Either you buy or not emas tulen atau palsu, takkan lari daripada nak beli barang guna duit kertas. Habis bagus pun pakai credit card je. Ape kes nak beli emas sebab nak support “ekonomi Islam”? Apa yang nak di-support?

Then hujah beli emas sebab nilai duit kertas makin kurang sebab inflasi; ini dipanggil juga hedge against inflation. Nak hedge against inflation ni ada banyak cara dan beli emas SALAH SATUNYA. Banyak lagi cara lain nak hedge, beli rumah, simpan dalam fixed deposit dan beli tanah antara yang paling popular. Hatta beli saham or invest dalam MLM pun boleh consider hedge; untuk maintain nilai wang simpanan.

Pastu ada jugak yang cakap paper money akan collapse. Antara sebab Bank negara naikkan OPR tempoh hari adalah untuk melindungi nilai ringgit. Setiap kali mana-mana kerajaan declare OPR naik, nilai matawang tersebut pasti naik. For the next 10 years, OPR seluruh dunia hanya akan naik, naik dan naik sebelum collapse sikit by 2020? (Huhu, tlg jgn percaya yang ni) it’s normal business/economics cycle. Dan untuk memastikan ‘FIAT MONEY’ ni collapse, semua ekonomi dunia kena collapse (recession je tak cukup, kena bankrupt macam Greece & Iceland lepas hutang-on-hutang) sekaligus sampai perang dunia ke-XX; everyone don’t trust anything that time. Agak-agak possible x? Possible kalau Yahudi tak kita tentang dari sekarang. Silap-silap ada emas 7 tan pun kena sembelih je. Ask yourself, apa guna emas then?

Or, apa yang emas boleh buat time Jepun perang Malaya? NOTHING. Semua kena catu. FOOD lebih penting.

Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas fizikal pun ada yang terlibat dengan riba apabila menjual beli emas dengan berhutang. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis riba.

Agak-agak kalau beli emas guna personal loan jatuh dalam kategori ini atau tidak. All I know yang style beli-pajak-beli should be OK kalau pakai ar-Rahnu.

Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, maka itu adalah antara kaedah menyimpan yang baik. Tetapi sekiranya tuan puan sudah menganggap emas sebagai pelaburan, maka ketahuilah rule of investment is applied. Tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit dan sebagainya. Orang yang telah  membeli komoditi-komoditi tersebut beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.

Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!

So, pelaburan emas ni just as good or bad as apa-apa juga jenis investment. Kalau your brain still working, bandingkan pilihan pelaburan yang ada dan mulakan melabur dalam mana-mana yang anda rasa selesa (pulangan tinggi dengan risiko yang anda boleh terima). Melabur dalam emas juga boleh menguntungkan, tapi kalau pulangannya lebih rendah daripada Tabung Haji, what’s the point? Ataupun lebih rendah daripada hartanah atau saham? Go back to your knowledge. Sebab tu keselesaan dalam melabur mana yang sesuai tak sama antara satu individu dengan yang lain. So please don’t depend on gold too much. Diversify juga penting

50 thoughts on “Pelaburan Emas is as USELESS as Saham, Hartanah or ASB Sebab..”

  1. salam mommy lyna, saya ni memang lemah betul bab2 ekonomi ni, nothing to debate. Tapi saya nak tanya pendapat mommy lyna, pasal if say berlaku peperangan (Nauzubillah) dan somehow rakyat jadi pelarian ke negara lain ke aper, emas tu boleh menjadi sumber kewangan kita, coz emas ada harga. Is this issue even related? TQ
    .-= mila´s last blog ..Wanita Hati-Hati! =-.

    1. salam mila

      i think i already mention about this. read my second purple part, the second last and the last paragraph ;)
      put it this way, rather than emas, boleh je simpan duit in other currency. what’s the difference? so, untuk sampai level yg dah tak boleh nak pakai apa-apa pun currency, dunia kena bergolak habes. Mybe perang besar islam vs yahudi a.k.a prang dunia ke-4? masa tu pun, kalau ade coin emas 10-20 bijik je (value like RM15k?), can only last few months, or even days. Kalau betul-betul simpan untuk perang (last about 1-3yrs), kena main puluh kilo or even tonnes of gold? berapa mahal tu…

  2. thanks for the sharing. At least kita niatlah beli emas untuk harta agar dapat diberi pada anak cucu sebagai ingatan. Dari pk pasal nk invest, nanti kalau harga turun dah rasa rugi. Memang tak untung kalau ditolak harga upah segala melainkan kaya beli jongkong emas..Setuju gak ngn Mila, kalau nak lari ke mana2 pon at least kalau ada seutas dua bawak bekal lebih baik dari bawak briefcase duit ribu riban..
    .-= dbalkis´s last blog ..My IKEA Billy Milly Bookshelf =-.

    1. betul tuh…

      cuma my only concern, compare la jugak dengan pelaburan hartanah, saham, tanah, perniagaan etc. pilih mana-mana yang optimum (risk-reward-ration). bende ni semua pun boleh diberi kpd anak cucu jugak kan?

  3. saya simpan wang dalam bentuk gram emas kat bank sbb itu ‘simpanan’
    bkn sebab melabur….
    kira ok ka?
    kakak belasah ja kalau bentuk RM kakak nampak dia mcm duit kalau bentuk gram rasa macam bukn duit kakakakakaa

    1. boleh. no problemo. saya pun ade jugak simpan duit dalam emas fizikal. just mcm simpanan dalam Maybak, CIMB, HSBC dan this one emas. ok je kan?

      boleh jugak utk pelaburan, just jgn men sondol je beli emas sbb confirm takkan jatuh. dalam dunia ni yang confirm cuma:
      1-mati
      2-cukai/zakat

      other than that, tiada apa yang pasti

  4. Owh..teruja saya membacanya.
    For ur information, saya pun beli da hasil dr survey d internetla..
    tapi saya x buatla pelaburan tu,coz saya pernah cuba nak gadai Ar-Rahnu juga..tgk2 harga rendah dari yg saya beli..so, dari ctu terfikir juga..kalaula tgk ‘sengkek’ (xda duit atau mau guna duit), gadai sj emas tu walaupun rendah sudah rugi kan..kecuali saya ada duit simpanan ASB boleh kluarkan & terus digunakan..
    Inila dikatakan instinct ‘mama’ malaysia yek..
    Thanx mommy Lyna….ur blog full of valuable information.
    .-= cutezmommy´s last blog ..One Borneo in the house =-.

  5. Salam, godek2 jumpa lak blog ni. Saya pun main emas jugak. Tp saya selalu ingat kan rakan2 yg lain, beli emas menggunakan duit lebihan. Bukan pinjaman or duit yg memang nak pakai dalam tempoh kurang 6 bulan. Mcm yg cutezmommy ckp bila nak pajak harga jd rendah drpd beli, kalau beli emas dr duit lebihan (memang tak pakai) ok la tak terasa sgt. Ni kalau beli semata-mata rumors 2-3 bulan lagi nak naik….baik takyah. Just remember in mind, gold best remain in long run assume 2-3 tahun keatas. Lain la kalau hari2 mengadap trading chart, tau bila nak beli and tau beli nak jual balik. Just my 2 cents.

  6. salam mommy lyna :)
    superb info with wonderful opinion. memg respek habis.(^^,)V
    just to share my 2 cent tots:
    i minat utk melabur dlm emas utk buat “harta-karun”.
    instead ASB & tabung haji, wanna buy gold for gold saving (not investment).
    just nak diversify in saving & lil’ bit investment.so lani tgh re-arrange budget spy equally distribute in ASB, TH & emas.
    utk anak2 pun i buat camtu. i like to have a “win-win” situation. boleh gitu?!hihihi!

  7. Perkataan “emas” yang disebutkan dalam Al-Quran waktu nabi Muhammad adalah emas sebagai matawang atau perhiasan; BUKAN pelaburan. Bg sy jgn anggap emas sbg pelaburan..just bt simpanan..mcm kita simpan duit ringgit dlm bank. Emas & Perak yg disebut dlm alquran & hadith benda yg digunakan sepanjang zaman awl, tgh, akhir & akhirat..kebaikannya jg sepanjang zaman..keuntungan insyaallah sepanjang zaman. Apabila sesuatu harta tu disebut dlm alquran..kita kena pikir..kenapa tuhan sebut bende tu? mesti ade sbb kan! Adakah sbg matawang & perhiasan semata2….Tuhan x sebut psl emas & perak utk kegunaan zaman nabi saje..mesti sepanjang zaman..hikmah tu yg kita x nmpk lg..just yakin & percaya. so x kisah lah kita simpan emas tulen tu sbg matawang or perhiasan or pelaburan..someday kita akan nmpk kegunaan sebenarnyer..Yakinlah..tp kena pandailah jgn kena tipu ngn penjual emas celup atau scam..PELABURAN LAIN PON BERGUNA JGK..MASUK JE TP DGN ILMU JGN TERTIPU tp emas tetap simpan jgk lah

  8. tulis yang bagus mengupas tentang apa yg anda faham dan expert dalam sesuatu bahagian…..emas…hartanah…asb adalah cara utk meng”lock” kekayaan kita utk elak di mamah inflasi….

    macam warren buffet kata
    dot’t put all egg in one basket
    :)

  9. I memang beli emas tapi sebagai perhiasan, utk pelaburan I tak tahulah tapi ada gak simpan kat kuwait finance. I cuma memikir kalaulah jadi agen gold byk nak keluar duit sebab yelah customer kan ada macam2 demand nak 1g, 5g atau apa2 ikut suka dia tapi nak melabur ASB pun takut juga sebab kurang pasti wang tu dilabur di mana? Kurang2 simpan emas boleh gak dizakatkan

  10. Ada ejen PG minta saya komen posting ni.

    Saya tak ada apa nak komen sangat, pasal saya jual emas tak guna tagline “Pelaburan”.

    Beli 50g hari ini, selepas 5 tahun ianya masih 50g.
    Jadi tang mana untungnya.

    Saya jenis tak kira untung guna RM, tapi kira untung guna emas.

    Kenapa jual untuk untung? kerana dia tak untung.
    Emas hanya penyimpan nilai, boleh gunakan sebaik mungkin untuk menambahkan emas.

    Andai kata ada capital lebihan, invest pada perniagaan sendiri dahulu, profit baru simpan dalam emas.

    Bila emas bertambah barulah nampak untungnya.

    Simple rules.
    Beli emas yang murah, lebih dekat dengan spot
    Beli emas yang liquid kalau nak liquid segera.

    1. nk tmbah yg simple rules
      =>diversify asset class yang lain utk portfolio seimbang.
      =>melabur tpt lain yang boleh memberikan pulangan lebih

  11. cutezmommy,
    cuba kira situasi ni:

    1. ade RM500 dlm ASB. terdesak nak pakai duit, kuarkan semua duit ASB. jadi akaun ASB dah tinggal kosong. dividen akhir tahun pun tak dpat.hujung tahun dapat bonus, simpan semula dlm ASB.

    2. ade kad kredit. terdesak nak pakai duit, gi gores kad kredit.amik cash, kena byr lebih.lambat byr kad pun kena byr lebih.dapat bonus, sayang pula nak byr abis kad kredit ni. (kebanyakannya perangai gini la).

    3.ade emas 20gm. terdesak nak pakai duit, gi pajak kat arrahnu. dapat 70% dr nilai emas.byr upah simpan mengikut tempoh gadai.hujung tahun, dapat bonus, gi tebus emas yg dipajak.dapat kembali aset emas 20gm, masalah terdesak nak guna duit pun setel. maknanya aset harta masih ade 20gm tu & sedia diguna utk sesi kecemasan di waktu2 akan datang.

    jadi, yg mana satu piilihan anda? situasi 1, 2 @ 3?
    :)

  12. ikut step yang betul, apabila ada duit lebih baru beli emas.

    jadikan ia simpanan dan juga pelaburan jangka masa panjang.

    memang ada pelbagai lagi cara untuk melabur di luar sana, jika selesa dengan emas..teruskan dengan emas.. jika selesa dengan yang lain, layankan ajew..

    yang paling penting, ILMU untuk membuat pelaburan pilihan hati tu ada..

    p/s: jika memajak di Ar-Rahnu memang dapat 60%-70% sahaja daripada nilai emas. bukan bermakna harga emas jadi murah, pastikan dapat info dan maklumat yang betul.

    1. yup. emas, saham, hartanah atau tanah bukan segala-galanya. byk je lagi cara lain nk melabur. terlalu attach dgn pelaburan peribadi tu yg bahaya. pandang rendah kepada peluang lain yg mungkin jauh lebih berpotensi.

  13. dulu RM1 bole beli 6 bijik kuih… skrg RM1 bole beli 3 bijk kuih or even less…so, klu nk 6 bijik kuih tmbah duit lagi jd RM2..dgn tmbah RM1 lg baru la dpt 6 bijik kuih yg dahulunya RM1 je….

    ini yg dikatakan bagus simpan duit kertas?? kalu bagus, simpanlah bnyk2 duit kertas..teruskan usaha anda simpan duit kertas..

    kepada yg ada simpanan EMAS..tahniah….anda sudah merasai apa yg bagusnya emas ini..

    1. again, u kenot compare bluntly cmtu je ma. amek cerita u:
      -dulu time RM1 yg boley beli 6 biji kueh, gaji pegawai masa tu mungkin sekitar MYR1,200. nisbahnya dgn gaji RM1,200 boleh dpt 7,200 biji kueh.
      -sekarang gaji naik ke RM2,700. masa ni RM1 dpt 3 bijik kueh je. tapi jika di nisbah kan, dgn duit gaji boleh dpt 8,100 bijik.
      jika diberi pilihan, nak gaji sikit + tanpa inflasi + purchasing power 7,200 or nak gaji naik lebih tinggi drpd inflasi + purchasing power 8,100?

      u see, inflasi memang mengikis nilai wang satu dunia but by its own, xde effect sbb gaji naik sejajar dengan business yg grow. kalau you jd peniaga goreng pisang, takkan taknak naikkan rege bila rege minyak dh double? bagi pengguna, aslkan purchasing power lebih elok, y not? saya sendiri tak kisa byr RM5 sebiji kalo dpt gaji RM1 juta sebulan. u do the math kalau nak tahu kenapa

      1. kalo ikut kiraan ML saya pun nak camtue.. tpi mcm mana dengan mrka yg bergaji rendah yg mana keadaan skrgnya inflasi lebih tinggi drpd gaji.. cthnya kakitangan kerajaan thn 1980 start rege gaji dlm RM200++ skrg tahun 2010 gaji baru rm800++.. bole survive ke camtue?? lain ler kalo gaji pengarah mmg lah tak kisah inflasi naik.. tpi jika tahun 1980 tue staff kerjaan yg bergaji rendah tue beli emas baru dlm RM18++/segram. dia beli tiap2 bulan segram saya rasa sekrg dia dah tersenyum sbb skrg harganya dah rm150/segram.

        1. bab gaji RM200++ kepada RM800++ dalam masa 30-tahun, dia patut tak beli dah kuih kot, tapi menjual kuih tu lebih elok. soalan macam mana nak dapat gaji banyak, macam2 jawapan ada; MLM, kerja sampingan, pindah kerja, belajar untuk tingkatkan skill, jual emas etc. Pilih mana suka.

          kalau staff kerajaan beli rumah teres bangsar tahun 1980 (rege dalam RM20k), dia boleh jual rumah tu dengan harga RM1.5juta hari ni. rasanya senyumannya lebih manis berbanding setakat beli emas saja, haha…

  14. copy n paste link ni… http://www.michaelianblack.net/.a/6a00e54edada5e8833010536ac851e970c-500pi

    nnt bila gaji dh naik sejajar dgn bisnes yg grow tu, bole la buat beli pisang goreng mcm dlm link tu..nk beli 3 keping pisang goreng pn kena bawak seguni duit sebab peniaga dh naik kan harga pisang goreng..sebab apa peniaga naikkan harga?? sebab gaji rakyat dh naik..selamat beramal..

    guna dinar n dirham x jadi mcm link diatas..sekian..
    farieth bijakemas and nilaiemas´s menulis tentang ..SEMINAR PERDANA-JGN LEPASKAN PELUANG INI!My Profile

    1. guna dirham sebagai matawang langsung tak sama guna dirham sbg pelaburan ma. of cos one day nilai duit kurang, mcm indonesia or japun yg main ribu2 or juta2. tp tu boleh diselesaikan dengan memusnahkan wang kecil; mcm RM1-RM10. so xde nk beli pisang goreng pun mcm dlm gmbar tu. logik bukan?

  15. Bgus truskn diskusi ini.. tiada yg salah tiada yg betul. Kerana Allah SWT shj yg Maha mengetahui. Stp manusia diberikan akal dan fikiran, jd pilihlah yg terbaik. Jgn mengikut nafsu.. xperlu la bergaduh. Beli la emas krn forecastnya msh menunjukkn kenaikkn, jgn bmbg beli je..tp zmn kejatuhannye pun ada jg anti. Namun, jgn lupa diversify kn investmen yg lain.. ada emas 8kilo xde rumah wtpe?, jd hartanah pun kene tgk gak..selamat berinvest. Good luck semua. Mommylina i like..haha

  16. salam..
    sy bersetuju dgn artikel mommy lina nie..pd pendapat sy,mommy lina cuba berlaku adil dan realistik dlm menulis…(sy tertarik utk baca artikel ni selepas dicadangkan oleh seorang “fanatik” emas)..walaupun sy adalah PENYIMPAN & PENJUAL emas,tp sy juga perlu berlaku adil dan mengakui ape yg betul dan ape yg tidak…sy bukanlah jenis yg fanatik x tentu pasal nk defend pasal emas nie membabi buta..emas dinar dan dirham perak juga sbnrnye BUKANLAH UTK PELABURAN,ttp ianya sbg matawang SUNNAH dlm ISLAM (setuju dgn pendapat mommy lina), krn klu ianya hnya dibeli utk disimpan dan dijual semula bila hrg tinggi,sy lihat kaedah itu spt cuba utk mempermain-mainkan wang sunnah ini..klu nk melabur, belilah jongkong dan jewellery (walaupun sy sndri tidak menganggap gold is an investment)…jgnlah pulak nk mengganggu kelompok2 yg benar2 ikhlas berjuang mengangkat matawang sunnah ni…sbnrnye,ramai yg x faham konsep,ade yg ingt beli dinar pastu simpan,pastu jual bila harga tinggi tu dpt pahala..sbnrnye,dinar ni utk BERMUAMALAT,bukan utk disimpan sbg pelaburan..bila bermuamalat guna D&D BARULAH dpt pahala krn menghidupkan amalan sunnah..sy juga sgt kurang senang dgn penyebaran hadis DHOIF yg slalu digunakan oleh tokey2 emas utk tarik customer tu (tanpa meletakkan status/martabat hadis itu sbg dhoif)..sy tau,hadis tu mmg blh tarik customer utk membeli krn sy juga penjual emas dan perak..tp yg betul tetap betul dan yg salah ttp salah,tiada kompromi dlm hal ni..(sy bertambah sedih bila ade yg jahil kate hadis tu hadis sahih..)

    tp,sy berharap agar mommy lina jgnlah PUKUL RATA dan menganggap smua penjual emas bersikap hanya mahu mementingkan keuntungan krn di luar sana,masih ade kumpulan2 yg benar2 ikhlas memperjuangkan MATAWANG SUNNAH D&D ni,dan mereka juga berusaha bersungguh-sungguh utk memberi penerangan kpd masyarakat tentang mksd sbnr DINAR & DIRHAM ni..

    bg sy,”pelaburan” emas sbnrnye bukanlah yg paling menguntungkan, tetapi keuntungannya blh la dianggap lumayan dan satu lg kelebihannya ialah “pelaburan” emas tidak memerlukan knowledge yg terlalu byk utk menyertainya…dan yg plg utama ialah risiko kerugian amat kurang..

    jika masyarakat benar2 faham,mereka akan tau bhw menyimpan emas tidak akan menjadikan seseorang itu kaya,tetapi insyaallah penyimpan emas tidak akan jatuh miskin..D&D pula bukan lah utk dibuat pelaburan,sebaliknya D&D adalah utk kita bermuamalat menggunakanya krn ia adalah satu amalan sunnah yg telah lama ditinggalkan…
    sekian….

    1. terima kasih kerana cuba memahami apa yang disampaikan. bab fanatik, apa-apa juga akan ada golongan ni.

      untuk kembalikan D&D perlu dilihat secara total. contoh, kalau >90% lombong emas dimiliki bukan islam, bukankah menggunakan matawang emas boleh membahayakan umat? mungkin ini yang cuba disampaikan oleh Prof Dr Murat. malah kita tak digalakkan mengunjungi khazanah Islam (Fatwa Yusuf Al-Qardhawi) jika sampai ke tahap perlu membayar kepada Yahudi (yg obviously perolehan daripadanya digunakan untuk membeli peluru nak bunuh saudara Palestin kita).

      emas memang diakui salah satu cara menyimpan orang dulu sebab orang kampung perlu jalan berkilometer nak ke bank. tapi kini terlalu banyak cara nak menyimpan, hatta insuran saja salah satu cara paling selamat & terbaik; tak payah tunggu simpanan cukup pun waris boleh dapat berpuluh ribu ringgit. bukan pulak maksudnya tak boleh simpan emas langsung. cuma pastikan sebagai pembeli emas kita dah tahu apa peluang lain yang mungkin kita terlepas kalau beli emas. melainkan dana kita tanpa had; ala2 billionaire gitew…

      kalau ambo sangke artikel saya ni jenis pukul rata, am very-very sorry. bukan tujuan saya melabel semua atau mana-mana penjual emas sebagai “XYZ (apa juga label)”. tak pernah terpikir pun mcm gitu. apa la yg saya dapat kalau jual unit trust/insuran/hartanah/saham pun idak. all am trying to do is bagi info from macro-economic view in the most rasional way. seperti yang u cakap, sampai ada yg pakai hadith dhoif dalam usaha menjual emas, tu yg jadi makin merepek-repek. my only worry, orang yang tak tahu apa jadi mangsa atas kenaifan mereka mempercayainya bulat-bulat.

      sudah tentu tak semestinya betul dan tadek guarantee apa yg saya tulis ni betul pun. it is just my opinion. so, peace ;)

  17. Salam… Juz nak berkongsi info. Bole lihat penerangan Syeikh Imram Hussein yang amat arif ttg international monetary system dari kita yang dok bergaduh, tak tau ujung pangkal. :) Fighting for the pop corn katanya… Ada 12 bahagian, tgk sume. InsyaAllah… Kita akan lebih faham, kenapa emas, perak, kurma, gamdum etc.

    http://www.youtube.com/watch?v=CWTe5yF2fk0

  18. mommy lina, thanks 4 sharing. I can see the clear picture now. Full of info and fact. Lepas baca artikel u baru saya jelas tentang kebaikan dan keburukan investment emas ni. Jika nak buat investment, jangan tolak tepi jenis pelaburan lain. For me, The Best thing is improve your skill and knowledge to make more money. Really helps. Thanx

  19. jadi sebelum nak melabur, melabur dulu dalam ilmu jgn ikut kata org jer…jadi kalau apa2 terjadi adalah keputusan kita sendiri…itu yg nak disampaikan oleh tuan blog ni…dia tak nak ade org lain yg ambik kesempatan atas org yg kurang ilmu pasal sesuatu pelaburan.

  20. assalamualaikum, saya setuju dgn mommy lina, sebab dia melabur tak main dengar2 cakap orang aje. saya rasa artikel diatas mengajak kita berwaspada dan berpada2 meletakkan terlalu banyak dlm satu2 jenis pelaburan.

    mengikut pengalaman saya, saya paling byk buat duit dari hartanah. contoh, saya beli apartment tahun 2010 pada harga 200K, rumah siap june 2011, harga naik kepada 300K. Alhamdulillah. Saya beli rumah teres tahun 2008 harga 330K, bila siap hujung 2009, harga sudah naik dalam 500K. Alhamdulillah. We also just put money on a semi-d for 900K masa dia punya soft launch, few months later, belum pun naik tiang, now people selling at 1.2M. Jadi hartanah insyaAllah boleh memberi pulangan lumayan. Walaupun saya sebenarnya tak jual satu pun property saya, semuanya di sewa. Sebab masalah duit ialah ia cepat habis, tapi rumah tak habis, harga makin naik.

    kedua, you can also make a lot of money from IPO – shares. Kami sebenarnya bermula dgn beli IPO untuk mengumpul modal sebelum beli hartanah. Saya ingat kami pernah beli saham AirAsia dgn harga dlm RM1 satu saham. Kami apply 20 lot dgn modal 20K. Dalam masa 2 bulan harganya naik kepada 1.70. Kami jual dan dapat untung 14K dlm masa 2 bulan. Kami juga pernah beli saham2 bank dan dgn duit keuntungan saham2 ini, Alhamdulillah dapat membayar rumah kami dan juga untuk dijadikan modal untuk beli rumah for investment. One of the most important rule untuk invest dalam saham ialah, jangan tamak. Jual bila rasa keuntungan itu memadai. Dan jangan beli terlalu banyak. Memang bila harga naik rasa mcam, hmmm …. kalau beli lebih pun tak pe hari tu. Tapi kalau kita beli lebih, dan kemudiannya harga tak naik2, kan ke dah tersekat disitu ? Jgn terlalu nak kaya hingga boleh membuat diri anda kayap. Alhamdulillah, kami tak pernah rugi dalam share investment kami walaupun ada diantaranya tidak dapat untung banyak. Saya selalu memilih syarikat yang kukuh operasinya dan tidak semata2 spekulasi saja. Jadi kalau tak naik pun, boleh simpan untuk long term investment. Tapi beberapa tahun lepas, kami jual semua pegangan saham kami kerana ada 1-2 yang tidak menepati syariah. Sekarang ada beli satu saham, tapi mungkin yang itu pegang lama sikit. Saya selalu mengawal diri supaya jangan terlalu nak kaya, sebab if you take too much risk, bukan jadi kaya, takut jadi kayap. Lebih baik bersederhana dan invest only money that you dont need to sustain your life style.

    Saya juga ada beli emas, tapi sangat kecil quantitynya. Ramai kawan2 urge saya beli emas keping, tapi saya tak tahu, saya tak pernah dpt ilham nak beli. Saya beli juga tapi dlm bentuk rantai emas panjang etc. Yang boleh dipakai, bukan disimpan semata2. I subscribe to Mommy Lina’s comment that dalam islam , emas itu bukan pelaburan tapi matawang. Kita nak ada duit, tapi mesti dalam garisan dan landasan yang sejajar dengan kehendak ugama. Memang emas naik berkali ganda, tapi bila saya tengok rantai emas hadiah hantaran saya 14 tahun lepas, suami saya beli dengan harga lebih kurang RM1000. Masa tu harga emas dalam RM30/gm. Skrg rantai emas saya tu bernilai lebih RM5K. Untuk 4K saja. Lama tu 14 tahun nak naik 4K. Lagipun masalah nak simpan pun satu, jadi saya tak berapa berkenan. Tapi saya tak pernah kondem kawan saya yang beli, bagi saya itu judgment masing2.

    Honestly saya rasa, org yang menjual emas buat lebih banyak duit dari orang yang beli emas.

  21. harga emas akan turun JIKA semua wanita willing to sell their jewelleries. So soalan pertama sya nak tanya
    1) Mommy Lyna sure dah kahwin, emas atau cincin kahwin dulu tak nak jual ke? :-)

    2) Kalau tak kahwin lagi…soalan kedua…adakah orang kahwin tanpa beli cincin hehehhe…selagi orang kahwin, beli cincin atau barang kemas….selagi tu la harga emas akan naik. So apa yang sya nak jaga-jaga. :-)

    you have to understand…daripada 100% emas di dunia ini, 70% emas adalah dalam bentuk emas perhiasan bagi semua wanita di dunia ini, 30% adalah emas dalam bentuk pelaburan, seperti mana emas yg disimpan oleh George Soros, BanK Negara etc… Oleh itu naik turun graf emas ini, kebanyakkan berlaku disebabkan penjualan secara besar besaran 30% tadi, Cth Pada bulan Julai 2011, George Soros menjual lebih 100 tan, harga jatuh, namun Bank Negara Thailand & Mexico membeli emas tersebut…selepas seminggu emas kembali normal :-).

    Sya amat yakin, emas AKAN JATUH dengan TERUKNYA JIKA semua wanita di dunia menjual emas perhiasan mereka secara besar besaran!! maka lambakan emas di pasaran akan mengakibatkan harga emas jatuh. NAMUN mahu ka wanita-wanita ini, seperti ibu kita, kakak kita, adik perempuan kita, saudara wanita kita nak jual emas mereka…sya rasa kalau kamu tanya soalan “emak tak nak jual ka emas emak yang ada kat tangan tu”….sya rasa terima penumbuk TKO :-)

    akhir kata …

    “You have to link gold as a currency. You have to use gold as a currency against paper money; against corporate debt and government debt. Currency is regarded as fiat money, where it is just backed by paper money with the promise to pay.. Currency is what I regard as human money and not God money. Gold and Silver is what I regard as God Money. Even the Muslims believe in only one currency and that is GOLD & SILVER.”

    To save your family, buy GOLD,
    To help our nation, keep GOLD,
    To follow your religion, use GOLD..
    Daud Awang´s menulis tentang ..BULAN SEPTEMBER 2011: SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PELABURAN BERSAMA PUBLIC GOLDMy Profile

    1. In 80s, harga emas turun mendadak lepas naik mendadak. Adakah sebab masa tu orang tak kawen? Atau sebab wanita da tak suka pakai brg kemas? It takes >20 yrs to recover. Fundamental emas bukan sekadar soal wanita suka/benci brg kemas ;)

  22. time 80-an, orang masih percayakan duit fiat, pasal tu ASB semua meningkat…Saham-Saham pun naik, harga emas masa tu pelabur tak memainkan peranan lagi, central central bank pun tak beli banyak :-)…

    Lotih la den nak melayan perangai mokcik sebegini!!

    ape-ape pun, kalau rasa ada duit, nak beli, tak pe…tak nak beli pun, tak pe. masing masing punya poket. Saya hanya share ape yg sya tahu, dan sya percaya kepada satu benda yang wujud

    Saya cuma tertarik kepada hadis ini iaitu:

    Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

    Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
    Daud Awang´s menulis tentang ..BULAN SEPTEMBER 2011: SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PELABURAN BERSAMA PUBLIC GOLDMy Profile

    1. Kenapa pulak la time tu masih percaya? Ada bukti ke? Heh. Sya ade komen artikel pakdi psl emas kat http://mysuperkids.net/pelaburan-emas-is-as-useless-as-saham-hartanah-or-asb-sebab/

      Hadis tu mmg benar, cuma perlukan sedikit analisis agar benar2 paham lol. Lg 1, hadis ni cm femes gila bile emas naik + timbul model perniagaan ejen emas. Mungkin kebetulan.

      Anywy, pilihan di tgn masing2. Ni sekadar 2nd tots utk check & balance keputusan yg diambil. Jgn salah paham yer, sya pn ade jgk emas kot melabur dlm mende len pn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge