Emas Tak Sesuai Digunakan Sebagai Matawang: Kata Pakar Ekonomi

Profesor Dr Murat Cizakca tak setuju emas digunakan sebagai matawang. Dia berkata demikian dalam ceramah umumnya bertajuk “Dinar Emas Islam: Mitos & Realiti” anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun & INCEIF. Antara kata-kata Dr Murat (Profesor Perbandingan Sejarah Ekonomi):

  1. “Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar diberi kuasa autonomi penuh”
  2. “Sumber emas kini dikuasai oleh negara bukan Islam”
  3. “Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga naik dan turun. Negara Islam perlu terus menggunakan wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka”

Ini disokong oleh Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd. Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Antara katanya,

  1. “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi”
  2. “apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh”
  3. “Peranan mata wang ialah sebagai medium perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada naik turun”

Kalau anda dah baca semua artikel saya berkaitan emas, sure anda pernah baca yang so called pakar ekonomi is just like politician; sorang cakap A, sorang lagi cakap B walaupun orang umum tahu C. Dan lebih penting, tiada siapa yang salah atau betul sebab tak siapa tahu masa depan (just to put it in a simple explanation).

Sebelum kita butakan mata mengatakan these two economist terpengaruh dengan ideologi barat untuk guna wang kertas, mari kita fahami dulu apa yang membuatkan mereka berkata demikian. (*p/s: Saya sendiri tak pergi dengar ceramah tu. Kalau ada sapa2 simpan teks ucapannya, tolong kongsi bersama)

Pertama, Umat Islam penduduk paling ramai di dunia? Jika negara islam nak guna emas sebagai matawang, maka yang dapat keuntungan besar adalah negara bukan Islam. Dan keuntungan yang mereka perolehi tak mustahil untuk digunakan untuk menentang Islam.

Tatkala kita gembira mengembalikan matawang emas Islam dan tunjuk kepada dunia, ada negara Islam lain yang kena tindas hasil jualan emas yang kita gunakan sendiri? Pelancong tak digalakkan melawat khazanah Islam (tak ingat sama ada Masjid Biru Istanbul atau BailtulMaqdis) sebab setiap duit yang disumbangkan (mungkin sebab kena bayar per entry?) digunakan Yahudi membeli peluru untuk membunuh Islam Palestin.

Kedua, dinar emas takkan terkecuali daripada spekulasi harga emas. Dan jika lihat kepada trend harga emas 5 tahun lepas, harganya yang naik mendadak boleh menjejaskan urusan perdagangan. Lebih mengeruhkan keadaan, kita masih terpaksa menggunakan wang kertas negara bukan Islam memandangkan kebanyakan produk adalah dari sana. Negara Islam kan hanya terkenal sebagai negara pengguna?

Bayangkan, hari ni nak beli BMW perlukan 50 dinar emas. Tapi bila harga emas naik 25% akhir tahun, sanggupkan kita nak beli BMW yang sama dengan 50 dinar emas (sebab emas kalis inflasi?) juga?  Kita memang beli pakai dinar, tapi produk tersebut “diborong” dengan wang kertas. Dan sekali lagi, kalau yang jual tu orang bukan Islam, siapa lagi yang untung?

Dan saya ada mixed feeling pasal “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi”.

Ideally, memang kalau dulu harga sekor kambing satu dinar, lepas 1,000,000 tahun pun masih satu dinar. Namun apa yang berlaku, manusia semakin tamak. Oleh itu, setiap tahun mereka mahukan keuntungan yang lebih. Mungkin mula-mula keuntungan boleh ditingkatkan dengan menjual lebih banyak kambing.

Tapi bila pasaran dah “saturated” lama-kelamaan penjual kambing ni terpaksa naikkan juga harga kambing (dalam dinar) mereka agar keuntungan lebih tinggi boleh dicapai saban tahun.

Bagi saya, selagi harga emas tak stabil, sangat tak sesuai gunakan emas sebagai matawang. Namun itu bukan bermakna usaha menjadikannya sebagai matawang perlu dihentikan. Pada peringkat ini langkah paling mudah ialah BNM memborong emas untuk memelihara nilai MYR. Pada masa yang sama, negara ISLAM (terutamanya GLC atau sovereign fund macam Khazanah) perlu consider membeli syarikat emas dunia.

Perlahan-lahan ekuiti umat Islam dalam emas boleh ditingkatkan. Negara China sendiri dah mulakan langkah membeli lombong emas dunia. Negara Arab Islam sepatutnya consider pelaburan semula duit minyak dalam emas; BUKAN sekadar membangunkan pusat pelancongan mewah macam Abu Dhabi. Bila sampai masanya, tak susah nak implement dinar.

Actually, terlalu banyak perkara yang perlu diperkukuhkan dahulu sebelum kita cakap pasal emas sebagai matawang. Islam kuasai ekonomi, dan setiap kita perlu kuasai nafsu. Mari kita juga jangan lupakannya.

18 thoughts on “Emas Tak Sesuai Digunakan Sebagai Matawang: Kata Pakar Ekonomi”

    1. Salam hormat, sesuaikah dinar emas? jika nak tau kena cuba dulu krn jika dulu matawang guna emas,perak tanpa duit kertas pun mereka berjaya gilang gemilang n mampu membangunkan ummah di zaman mereka dengan mencipta pelbagai teknologi,keperluan semasa mereka hingga ke kapal laut masih menggunakan emas n perak, zaman mereka pun ramai juga manusia juga malah tamadun mereka masih kita kaji hingga kini adakah ada matawang kertas d zaman itu?adakah mereka x berdagang?
      kenapa mereka boleh…….
      nilai 100 dolar us la ni hanya sehelai kertas,saiz sama bentuk pun sama…cuma nombor saja diubah ia bernilai 0.07 sen saja bersamaan sehelai getah ikat barang mungkin xpun boleh beli gula2, tapi dgn nya mereka boleh dapat 1 drum penuh minyak mentah ,la ni maybe blh dpt 2 drum n jika diproses blh dpt 3drum minyak pelbagai jenis.
      Jika [100 usd= setengah biji gula2] di Malaysia mereka mungkin bleh dpt getah,minyak sawit pd kuantiti tertentu adakah kita ni cerdik? siapa yg cerdik? sedang mereka dgn modal 0.07sen bleh dpt untung jutaan kali ganda……hanya print,letak nombor pd kertas tu, berapa mau hanya cetak…n cetak….dulu memang mereka samakanusd dgn nilai emas yg mereka ada, tapi la ni tidak lagi krn cetakan usd melaebihi kemahuan dunia…adakah kita perasan?lihat inflasi boleh tau,byk wang tapi nilai kurang…tarak…apa susah lu mau saya print janji lu all bagi itu barang minyak ka,air ka,perak ka,makanan ka…..siapa berani kacau? siapa nak cek?…..itulah wang kertas ikut nafsu pemimpin
      itu mereka,…tapi jika kita ikut apa yg Allah dan Rasul sarankan, guna emas n perak adakah Allah biarkan emas kurang dlm bumi ini? bukankah setiap insan dah cukup Allah peruntukkan budget masing2,…percayalah dulupun tamadun mereka berjaya,Allah beri secukupnya bila maju mereka lupa, Allah tarik so tiada berkat,pelbagai masalah riba,hutang berpanjangan la ni putaran itu kembali zaman emas n perak mula nampak sinarnya, kita kena polish supaya terus bersinar , yg x nampak sinar tu krn mereka masih leka dibuai kisah silam yg bakal luput………

      1. yeah, semua orang pun tahu apa dinar n dirham perkatakan di sini. duit kertas tiada nilai, inflasi bla..bla..bla.. mmg perlu emas dijadikan matawang. persoalannya bagaimana nak laksanakan dalam suasana sumber emas bukan milik negara islam. minyak hitam (black gold or minyak) je yang negara pak arab tu ada. dan kalau ada pun la sumber emas, kebanyakannya dimiliki pengeluar barat. kena balance memenuhi kehendak ekonomi Islam (guna dinar emas) dengan pada masa sama keuntungan orang bukan islam (sebab negara islam beli produk emas mereka) digunakan untuk menghancurkan kita semula. jika itu berlaku, berbaloi kah? damage has been done (tak macam zaman dulu yang tak pernah guna wang kertas) dan macam mana kita nak reverse it back tanpa kesan buruk kepada ummah.

  1. inilah akibatnya bila manusia mementing nilai material..semua benda mesti dibandingkan dengan nilai benda lain..kenape nak compare dengan fiat currency kalo dah start pakai dinar n dirham? set dalam kepala..USD dan MYR tak wujud.. baru la tak timbul isu beli BMW dengan harga mahal. satu lagi..ingat balik apa yang Rasulullah SAW pesan..Allah haramkan riba, tp halalkan jual beli..maka orang islam boleh bermuamalat.. mulakan dengan kelompok kecil dulu.dan transaksi bercampur dengan wang kertas..
    contoh: ayam sekilo RM 6.70
    1 dirham = RM 16
    1/2 dirham = RM 8

    katakan ayam sekor 2 kilo = RM13.4
    so kita bayar 1/2 dirham + RM5.4

    bila dah biasa dengan transaksi macam ni, peniaga akan rasa susah lak ada sen-sen ni..peniaga akan hapuskan sen..tinggal ringgit je. lama kelamaan peniaga nak senang, dia genapkan je harga ayam 1 dirham..senang..

    kalau nak implement 1 negara = MUSTAHIL buat masa sekarang
    Kena implement dari sekecil2 komuniti/kampung, baru beransur-ansur ke peringkat negeri dan negara.

    adakah Yahudi akan senang dgn perkembangan ini?
    MFG´s menulis tentang ..PromotionMy Profile

    1. “adakah Yahudi akan senang dgn perkembangan ini?”
      => Kalau Yahudi own semua kilang emas (or by proxy), for sure they are happy. Logik tak?

      “set dalam kepala..USD dan MYR tak wujud.. ”
      => mcm mana nak set bang? semua transaction dalam currency. kot yg ada pakai emas/perak mungkin jual beli lembu je kot, huhu. Soalnya, benda dah jadi. proses nak reseverse bukan semudah “set dalam kepala”. unless u r living in a dream macam cerita Inception la.

      “kenape nak compare dengan fiat currency kalo dah start pakai dinar n dirham?”
      => soal kalau dah pakai dinar/dirham, memang la dah payah compare. tapi transaksi yang pakai dirham/dinar ni sangat limited. Kelantan kira dah implement la kan. still, jual beli dalam RM? tak pernah pulak kalau beli barang kat Kelantan tu penjual mintak dirham/dinar. bagi fiat money ok jek. semua belanja dalam fiat money. malangnya, fiat money yang manusia ada ni terhad bilangannya. justeru, sangat penting mengoptimumkan pulangan secara keseluruhan (kalau beli emas untuk pelaburan/simpanan) supaya bila nak pakai duit nanti terpegun sebab ingatkan naik, rupanya turun or tak ke mana.

      btw, apa kaitan riba dengan matawang emas/kertas? seruan riba turun sejak zaman Nabi Muhammad lagi (yg pakai matawang emas?). riba ni case on its own. guna matawang emas never guarantee tadek riba’ ok.

    2. ko nie jual emas nak dapat untung ke?

      atau..

      menyokong dinar dan dirham sebagai matawang..

      sebab laman web ko tu cuma berjual beli emas untuk dapat untung

      siap kira untung rugi lagi…

  2. eleh..korang nie pun…cakap emas berkobar2 tapi yang dikejarkan RM jugak….kih kih kih kih…tak gitu…

    jom kita gunakan emas sebagai matawang…tapi mana nak dapat emas tu ek?…mana emas?.. mana emas?..

    Emas Awam (PG) boleh supply kot…kih kih kih…

    aku rasa simpanan emas agen PG dah cukup untuk dijadikan matawang…

    mana emas?..
    mana perak?..

    untung emas nak labur kat ASB….nak dividen..
    jual emas nak komisen..tapi komisen tu bukan ke dalam RM jugak….

    mana emas?
    mana emas?..

    pisang emas..dibawa belayar..masak sebiji diatas peti..
    jual emas..nak bayar hutang pak aji dan ceti..

    mana emas?..

    “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, nmaka beritahukanlah kepada mereka bahwa mereka akan mendapatkan sisksa yang pedih pada hari dipanaskan emas dan perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengan-Nya dahi mereka, lambung, dan punggung mereka lalu dikatakan kepada mereka, :Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu”. (TQS. At Taubah 34-35).

  3. ifimpm..sinis komen anda..jgnlah tunjukkan kecetekan akal fikiran kita..

    setuju dgn mama miya MFG dan dinar dan dirham

    sy tk perlu komen panjang2..sbb ada je hujah balas lain pulak nnt..
    bukan semua orang dpt hidayah ttg emas dan perak dan dibukakan hati utk menyokong dinar dan dirham sebagai matawang

    sy fhm dgn anda ML dan org yg setuju dgnnya..

    nk buat mcm mana kan..huhuhu

    tk percaya?hayati surah di bawah..fahami mksudnya.lepas ni tk yah la komen kat sini pnjng2..nk tau sbb apa?..ada terkandung dalam ayat surah yassin 9-10

    Surah Yaasin:9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

    Surah Yaasin:10. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.

    1. “menyokong dinar dan dirham sebagai matawang” tak sama dengan berjual emas dalam gram..pastu nak dapat untung atas kenaikan harga emas….

      saya pasti pelabur emas..sangat tinggi ilmunya berkenaan emas…

  4. setiap kali sembahyang (opss..ML sembahyang kan?)..dalam surah al fatihah kita asyik minta Allah tunjukkan jalan yang lurus..tapi kenapa la tk ikut..

    Allah memberi jaminan jika kita ikut cara Rasulullah..
    why so hard to u understand it..is it cause u are modern people?and think islamic way is not have a class?

    i dont interested to read ur comment again..but i hope one day u can open ur eyes

  5. Sudah la ML, dari baca jawapan yg u tulis…dh mmg boleh agak, u tetap nak pertahan apa yg u kata. I know that u taknak admit yg emas dinar dan dirham perak belum sesuai digunakan sekarang tatkala eknomi bukan dikuasai oleh Islam. Thats the point!

    “tapi transaksi yang pakai dirham/dinar ni sangat limited. Kelantan kira dah implement la kan. still, jual beli dalam RM? tak pernah pulak kalau beli barang kat Kelantan tu penjual mintak dirham/dinar. bagi fiat money ok jek. semua belanja dalam fiat money. malangnya, fiat money yang manusia ada ni terhad bilangannya. justeru, sangat penting mengoptimumkan pulangan secara keseluruhan (kalau beli emas untuk pelaburan/simpanan) supaya bila nak pakai duit nanti terpegun sebab ingatkan naik, rupanya turun or tak ke mana.”

    Penggunaan matawang kertas bukannya datang daripada Islam, tetapi adalah hasil usaha bekas penjajah yang telah berjaya menukarkan hampir semua yg berkait dengan Islam. Kita berada dalam keadaan darurat kerana kerajaan-kerajaan dipimpin oleh orang Islam sendiri mengeluarkan wang kertas yang dimaktubkan dalam undang-undang negara yang diperkenalkan oleh bekas penjajah masing-masing. Dalam Islam, darurat ialah satu keadaan membolehkan sesuatu hukum itu dilonggarkan untuk sementara. Apa yang biasanya diharamkan menjadi harus, tetapi kita tidak boleh untuk berada dalam keadaan darurat untuk selama-lamanya.

    Soal dinar dan dirham ini boleh dikatakan sama seperti hukum Hudud. Andai seorang dijatuhkan hukum kerana berzina, kalau dengan undang2 sekarang, pesalah hanya didenda dan disebat 6 kali sahaja. Dan dia dilepaskan, apakah semudah itu? Di dunia jawapannya YA. Kalau di akhirat, dia belum lagi terlepas. Jika hukuman hudud dikenakan kepadanya iaitu 100 kali sebatan dan rejam bagi yang sudah berkahwin, di akhirat, mereka akan dilepaskan kerana telah dihukum di dunia. Begitu juga dengan soal dinar dan dirham.

    Memang benar kita terpaksa menggunakan matawang kertas sebagai cara bermuamalat kerana hukum manusia yang menciptanya. Tetapi kini, kita diberi pilihan untuk kembali menggunakan matawang syariah Islam yang sebenarnya. Bermula dengan secara jualbeli antara 2 pihak menggunakan dinar dan dirham, itu sudah cukup dikira berjaya. Apakah dengan menyokong sistem bank kapitalis yang ada sekarang ni boleh menguatkan ekonomi orang Islam? Bank Islam sendiri masih menjalankan urusniaga secara riba. Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada?

    “Tapi bila pasaran dah “saturated” lama-kelamaan penjual kambing ni terpaksa naikkan juga harga kambing (dalam dinar) mereka agar keuntungan lebih tinggi boleh dicapai saban tahun.”

    Pernah dengar sahabat Nabi SAW yang diminta membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar? Adakah dia membeli seekor kambing itu dengan harga 1 dinar? Ya, memang dia beli kambing itu dengan harga 1 dinar. Bukan seekor, tetapi 2 ekor kambing! Dan di pertengahan jalan dia berjaya menjual seekor daripadanya dengan harga 1 dinar. Dan dia menyerahkan kambing itu kepada Baginda SAW dan dia berjaya membuat untung 1 dinar. Apa salahnya jika penjual ingin menaikkan atau menurunkan harga barang yang hendak dijualnya itu jika penjual dan pembeli redha dengan urusan masing2?

    “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

    Anda bercakap kenapa hanya emas dan perak sahaja yang diseru untuk simpanan, kenapa tak beli kuda, kenapa tak beli binatang2 ternak, kebun2 untuk dijadikan simpanan. Kalau dah mampu, beli la semua tu, apa nak persoal2 kenapa tak beli itu ini, kenapa hanya emas dan perak sahaja? Masalahnya sekarang, emas dan perak seperti yang disebut di dalam Al-Quran itu adalah sebagai matawang, bukannya benda lain seperti kertas! Jadi, yang diseru untuk dijadikan simpanan, tanya diri sendirilah mana yang mampu untuk dijadikan harta! Yang penting, bukan benda lain selain yang disebut di atas!

    “Bagi saya, selagi harga emas tak stabil, sangat tak sesuai gunakan emas sebagai matawang. Namun itu bukan bermakna usaha menjadikannya sebagai matawang perlu dihentikan. Pada peringkat ini langkah paling mudah ialah BNM memborong emas untuk memelihara nilai MYR. Pada masa yang sama, negara ISLAM (terutamanya GLC atau sovereign fund macam Khazanah) perlu consider membeli syarikat emas dunia.

    Perlahan-lahan ekuiti umat Islam dalam emas boleh ditingkatkan. Negara China sendiri dah mulakan langkah membeli lombong emas dunia. Negara Arab Islam sepatutnya consider pelaburan semula duit minyak dalam emas; BUKAN sekadar membangunkan pusat pelancongan mewah macam Abu Dhabi. Bila sampai masanya, tak susah nak implement dinar.

    Actually, terlalu banyak perkara yang perlu diperkukuhkan dahulu sebelum kita cakap pasal emas sebagai matawang. Islam kuasai ekonomi, dan setiap kita perlu kuasai nafsu. Mari kita juga jangan lupakannya.”

    Selagi negara2 Arab Islam seperti anda katakan di atas menurut segala kemahuan Amerika dan sekutunya Yahudi untuk terus menggunakan USD sebagai syarat dalam urusan dagangan minyak, anda boleh beritahu, apakah % harapan kita nak gunakan emas sebagai urusan jualbeli? Anda tanya pengerusi OIC bila nak kuatkuasakan di negara2 Islam, khususnya Arab Saudi untuk gunakan emas sebagai urusan jualbeli minyak. Sebab itu saya katakan tak payah tunggu semua tu baru kita nak kata sesuai dah gunakan emas dan perak sebagai matawang. Tak payah! Kita dah ada pilihan sekarang ni, gunakan saja secara berperingkat sesama kita, Yang penting, usaha timbulkan kesedaran, bukannya menceritakan belum masanya, belum masanya…habis tu, sampai bila???

    1. emas=hudud -> another breakthrough!

      bila islam turun dalam iklim jahiliyah, pemahaman agama (tarbiyah) diberi penekanan terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan hukum hudud kerana sebab yang kukuh; menara berpuluh tingkat takkan bertahan langsung jika asasnya (foundation) sangat lemah.

      dalam hal ekonomi islam, memperkukuhkan kedudukan umat juga lebih penting sebelum meneruskan agenda seterusnya; matawang emas dinar & dirham. bila ekonomi umat kukuh hasil perniagaan masing2 (tanggungjawab fardhu kifayah selesai dipenuhi), tak payah sibuk2 beli emas pun dinar & dirham boleh dijadikan matawang emas sebab majoriti urus-niaga sesama muslim.

      amacam, ok?

  6. ML and para pembaca lain,

    ada 2 golongan yang melaungkan slogan simpan emas sekarang ni

    1. Pejuang dinar dan dirham sebagai wang (contoh Umar Vadillo, Imran Hussein)
    2.Penjual emas/perak yang objektifnya keuntungan semata-mata, dia tak kisah pun pasal sunnah,agama atau kebajikan. Yang penting..masyukkk..

    ML cakap dalam emas sendiri boleh ada riba..
    Apa itu riba?
    Jika transaksi itu ada merugikan salah satu pihak
    contoh tukar rantai emas 916 10g dengan gold bar 999 10g..
    Nabi SAW bersabda ” Emas dengan emas,perak dengan perak,kurma dengan kurma,gandum dengan gandum”

    Pertukaran mestilah setara.. kalau menukarkan emas dengan perak, itu barulah RIBA.

    pelabur emas January 30, 2011 at 2:58 am

    setiap kali sembahyang (opss..ML sembahyang kan?)..dalam surah al fatihah kita asyik minta Allah tunjukkan jalan yang lurus..tapi kenapa la tk ikut..

    PE, jangan sinis sgt, ML seorang yang balance.Akhirat dia kejar, dunia pun dia kejar.. tak tahu la ML dah berubah since stay kat Miri..hehehehe..
    MFG´s menulis tentang ..Stock Collection Notice &amp Ordering Suspension During CNYMy Profile

  7. ngeh ngeh…bagus emas nie..orang yahudi pun dah gunakan emas sebagai matawang..

    tahniah anda semua pejuang emas yang tak mengharapkan keuntungan dalam RM…….

    Anda sudah berjaya…..

    perjuangan anda tak sia2…orang yahudi pun menerima kebaikan emas..

    tahniah…

    tapikan ..kalau emas dah jadik matawang..agen2 emas nak jual ape yek?

    jual matawang emas kot…mcm forexx gitu…

  8. Kawan2,pelaburan yg paling penting ialah pelaburan ilmu. Jauhi perbalahan.Banyakkan pembacaan Dan kajian. Jika president Nixon tdk memutuskan ikatan emas dgn Usd maka sekarang kita masih bermuamalah dgn emas melalui perantaraan duit kertas.emas n fiat saling perlu.x jd isu emas terdedah pd spekulasipon waktu dulu. Jika sesiapa ckp emas x boleh jd matawang,maka anda silap. Jika anda usahawan emas sy ucapkan tahniah kerana anda memilih 9/10 rezeki spt yg diriwayatkan Rasulullah. Tiada salahnya.Jika anda Selesa dgn fiat anda terpulang pd anda. Yg pnting sy mendalami,mengkaji Dan memegang Saranan Nabi.:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge