FTWM Tak Mungkin Jadi WAHM

by Mommy Lyna on July 15, 2010 · 29 comments

*FTWM = fulltime working mom WAHM = work at home mom

Bila kata saya seorang FTWM, I am really is. Sepenuh masa saya adalah kerja, kerja, kerja. Siang kerja di pejabat, malam kerja di rumah. 8-5 waktu siang, 8-5 waktu malam. Ada yang kata saya gila kerja, nak cepat kaya lah semua. Ah, tak kisahlah. Yang penting kita tak menyusahkan orang. Mungkin juga mereka berasa susah hati bila tengok saya terbongkok2 buat kerja :D Takpe jangan risau saya happy :)

Just, well.. tak semua orang setuju dengan kita, dan tak semua orang positif. Pernah kena sound like “U kerja siang malam sampai lupa nak sembahyang, ish” What the??? Sometimes people are just being ridiculous, mungkin sebab diorang tak boleh buat :) Tak ape, tak ape. Itu memang normal menjadi orang sebangsa dengan saya.

Kalau kira orang Melayu ni kuat sebenarnya. Bukti, kita bukan orang asli sini. Must be come from somewhere… tp mungkin sebab dah terlalu lama menetap, dah jadi complacent. Lagi suka blame orang dari encourage orang untuk maju.

Antaranya, tabiat orang kita:

  • Bila orang pakai benda2 branded, kita kata dia berlagak. Padahal duit berkepuk2, takkan le nak beli baju pasar malam macam kita.
  • Bila orang workaholic, kita kata dia gila kerja, gila dunia sampai lupa nak mati. Padahal nak cover yang kita ni malas.
  • Bila orang kaya derma sana sini, kita kata dia berlagak, nak tunjuk baik. Padahal nak cover kita tak mampu nak kasi derma yang ada press datang amik gambar.  (derma biar ikhlas OK)
  • Bila orang kaya diam2 takde nak tunjuk2 derma, kita kata dia kedekut.
  • Bila orang berduit beli benda mahal2 yang ada je boleh didapati dengan harga murah, kita kata dia membazir.

Memang semua orang serba tak kena saja di mata kita :)

Saya teringat satu pengalaman seorang ustaz (maaf, lupa namanya) semasa mengerjakan ibadah di Mekah. Ketika itu sedang solat. Seorang jemaah di sebelahnya, kelihatan berdiri tegak saja sepanjang solat jemaah tu. Si ustaz ni dari awal sampai akhir duk fikir “Eh apsal mamat ni tak rukuk, sujud, etc?” “Dia ikut mazhab mana ni berdiri tegak je?”, “Dia ni betul ke tidak?”. Katanya selepas solat tu nak bertanya lah kepada empunya badan. Tapi lepas2 je beri salam, tengok2 mamat tu takde pun kat sebelah. Pandang kiri kanan depan belakang, takde pun rupa mamat berkenaan.

Apa maknanya tu? PAda ustaz tu, itu amat menginsafkan kerana sepanjang solat tu dia terlalu duk fikir pasal orang (ibadah mamat tu) sampai dia sendiri lalai dalam solat. Yela sepanjang2 solat duk memikirkan solat mamat sebelah tu. Padahal entah sapa kan? Wallahuaklam.

Panjang pulak intro.

Dulu2 saya selalu kata nak jadi WAHM. Tapi macam tak jadi je :D

Sebab saya akan terus jadi FTWM. Cuma kalaupun dah tak makan gaji, saya tetap jugak jadi FTWM kerana saya tak boleh work at home. Saya ada Scriptory Box, Bling Boutique, yang bukannya jenis home-based.

Alhamdulillah. Macam tak percaya je kan. Selama ni saya ingat saya takkan ke mana-mana, dengan budak2 yang asyik berkepit 24 jam. Helo, sekarang ni jam 4.40pagi dan anak2 ada di sebelah saya. Tak tidur lagi? Memang macam tu. Saya tidur, diorang tidur, saya bangun mereka pun bangun. Tapi bukan alasan untuk stop. Filosofi untuk hanya bekerja masa anak tidur adalah tidak boleh digunakan terhadap saya LOL.

Gile kerja, gila duit, gila dunia…. Orang boleh kata macam2. Let them be. Saya ni memang macam orang gila bila di rumah. Buat semua kerja rumah, layan anak-anak dan suami, business, layan customer, pek barang, treat myself with books (oh my lately saya sudah kembali kepada habit lama iaitu suka membaca :) Bila masuk kedai buku rasa boleh sewel). Kadang2 tu tertidur di meja belajar budak2. Bila difikir, kesian juga mereka saya asyik mintak excuse “Sorry anak-anak, Mommy mengantuk sangat ni. Bagi Mommy tido kejap :D ” Anak-anak saya, kalau saya tengah tidur mereka kejutkan “Mommy, nak reading’” T_T sadis pulak. Adakah daku seorang mak yang teruk asyik tido je.

Recently saya rasa enjoy bekerja makan gaji tu, mungkin sebab kena puji dengan boss (Wakakaka, nampak sangat sebelum ni tak penah kena puji?????). Mungkin sebab cabaran sebenar bekerja sebagai hanjiniar engineer tu mula timbul sejak saya join project team. Alhamdulillah.

Bila difikir2, kalau saya bukan di tempat saya sekarang, rasa macam tak logik pulak, dengan keadaan saya yang tak sempurna ni (saya ada kecacatan sedikit sebenarnya tapi takde orang tahu sebab tak daftar OKU), saya boleh lakukan seperti orang normal lain. Kalau dikira rekod dari sekolah rendah macam tak ke mana je minah ni. Tapi pertolongan Allah tu tetap datang tak putus2. Berapa kali saya rasa nak stop everything, tapi Dia tetap memberi dan memberi.

Entahlah apa objektif entry ni. Mungkin sebab lately banyak terima short message yang ala2 berbunyi “I kagum dengan you, macamana you handle semua sekali?” Ohh tidakk… saya rasa saya adalah FTWM+WAHM part time yang paling cikai lagi cokia sekali. Ramai sangat ibu2 di luar sana yang saya tak boleh nak fikir “How they do this???”. Tapi, mungkin juga disebabkan mereka ikhlas, Allah beri keberkatan dalam masa. 24 jam mereka tak sama dengan 24 jam orang yang asyik complaint dan beralasan.

Kita mesti mengubah paradigma dalam mencorakkan masa depan. Masa depan kita adalah tanggungjawab kita. Lantaklah orang lain nak kata apa, bila kita tanya pada Allah “Should I do this?” dan Dia memberi respond positif, percayalah Dia ada di setiap langkah kita.

{ 29 comments… read them below or add one }

knv July 15, 2010 at 4:29 pm

a good one! mari sama2 fisabilillah! :D
.-= knv´s last blog ..breakfast at huberts =-.

Reply

Mommy Lyna July 15, 2010 at 10:15 pm

Zzzzzz ehhhh tetidoooooo’

Reply

mommy icha July 15, 2010 at 4:36 pm

kagum dengan Along! (^_^) nak dijadikan inspirasi ni..
.-= mommy icha´s last blog ..alfalfa juga sesuai untuk lelaki =-.

Reply

Mommy Lyna July 15, 2010 at 10:16 pm

Inspirasi kot mana pulak dah

Reply

eray July 15, 2010 at 4:53 pm

2 thumbs up
entry ini telah membuat eray semakin berkobar2
u r simply da best
.-= eray´s last blog ..makanan ajaib! =-.

Reply

Mommy Lyna July 15, 2010 at 10:18 pm

Jom Eray join us!

Reply

amirah July 15, 2010 at 5:18 pm

yuppp,truely true.. just be urself..lantak je org nak kata apa..tak kemana kita kalau asik nk dgr umpat keji org — yg sebnrnya dengki dn tk suka tgk kejayaan org lain — may success be urs, lyna.. : )
.-= amirah´s last blog ..Akhirnya Spain MenangYaribba YaribaaBenar Ramalan Paul Sotong Goreng Pun Sodapp =-.

Reply

Mommy Lyna July 15, 2010 at 10:30 pm

tq amirah… huhuhu & you too may success be with u alwis ;)

Reply

Faizah July 15, 2010 at 5:32 pm

tak kira lah FTWM or WAHM, tapi klu dah namanyer mak tu mmg kena keje/serve family 24/7. =D

mana ade rest.. dr Subuh sapailah kul 12/ 1 pagi..tgh malam/pagi buta baru nak update blog.. dah jadik mak ni..mmg mata panda slaloo..hehe
.-= Faizah´s last blog ..Adam First Few Steps! =-.

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 4:42 am

mak panda ehehehe

Reply

neeza July 15, 2010 at 5:37 pm

inspiring entry..
.-= neeza´s last blog ..cita-cita aiman naufal =-.

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 4:43 am

amiiin

Reply

masalifah July 15, 2010 at 5:56 pm

apa motif entry ni?

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 4:43 am

motif corak batik tenun

Reply

Fid July 15, 2010 at 10:08 pm

i paling x leh pk mcm mn u tidur sikit leh segar siang i..kalau tidur 5 jam pun pagi laloq sebab i lebih lemak ka?

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 4:44 am

i makan supplement
maka makanlah supplement
:D

Reply

fid July 16, 2010 at 9:50 am

suppliment yg u mkn tu ada soya kan ai takleh ambik soya laaa
kalau vitamin saja bley la mmg ambik laaa

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 10:18 am

uh tak payah amik kalo tak boleh. amiik yg basic2 saja spt vitalea, b complex & vitamin c. saya kalo berjaga malam sekarang minum cinch energy tea mix. (adakah itu penyebab saya tak gemuk2?)

Reply

nelcyndana July 16, 2010 at 12:45 am

Setuju, setuju…. FTWM ke WAHM ke SAHM ke… yang penting live your best life kan…. kan….
.-= nelcyndana´s last blog ..Supermom @ Dictator =-.

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 4:44 am

ahahaha yeah asalkan ada M kat belakang tu

Reply

kak janna July 16, 2010 at 6:44 am

Bravo! Bravo! kak janna pon tokleh nok jadi supo alom….huhuhhu…(eh, lamo doh tok singgoh sini….)

by the way…I’m neither FTWM nor WAHM but I’m Fulltime Working At Home MOm…heheeh….ok ker?
.-= kak janna´s last blog ..Sambal IKan Masin =-.

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 10:19 am

meme la dopleh jadi supo ai Kak Ja. ai kurus (lari ccuda keno hambat ko Kak Janna).

FTWAHM. combination of FTWM dengan WAHM? hahaha

Reply

AlongAzrina July 16, 2010 at 9:18 am

Kagum dengan Along Lina!! Tanya diri sendiri boleh ke aku jadi camtu, ini pukul 11 malam dan pengsan…adoi! Nampaknya kena UPkan lagi vitamin ni haha
.-= AlongAzrina´s last blog ..Tawaran Bulan Julai 2010 Bagi Trial Pack =-.

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 10:21 am

uik bagusla kalo bole tido awal. me tak boleh nak tido awal2 sbb xboleh lena fikirkan keje tak siap huhuhuhu.

Reply

dlynna July 16, 2010 at 10:58 am

Nak buat semua yang u buat (family, keje, biz) memerlukan “COURAGE & DETERMINATION”!

Reply

Mommy Lyna July 16, 2010 at 12:11 pm

dan passion juga :)

Reply

reitak July 16, 2010 at 1:57 pm

inspiring post…
mom’s mmg work non-stop…at home ker in the office ker, but it’s how and what we want out of it!
You’re just doing great! :)

Reply

knv July 17, 2010 at 7:03 am

but honestly,
why do you do all that you do? what’s the actual reason behind it?

sila buat entry baru :P
.-= knv´s last blog ..kek curah coklat =-.

Reply

Asiah Abd Jalil July 19, 2010 at 11:19 am

Allah takkan beri tanggung jawab dan amanah pada hamba-Nya yang Dia dah tahu takkan mampu pikul. Sebab tu kalau kita terima tanggung jawab dan amanah dari Allah, itu tanda kita boleh lakukannya, Allah dah pilih kita, Allah tahu kemampuan dan kebolehan kita.

Bila tengok Along, sesungguhnya saya percaya… Along insan terpilih! :-)
.-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pendidikan awal agama =-.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm