Pelaburan Emas – Pandangan Peribadi Yg Anda Tak Pernah Dengar?

by Mommy Lyna on December 15, 2009 · 18 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Jangan salah faham. Bukan tujuan saya untuk menidakkan pelaburan emas dalam artikel-artikel minggu lepas. Saya sendiri ada membeli emas, walaupun jumlah keseluruhannya tak lebih daripada 5% portfolio pelaburan peribadi. Jika masa dan harga yang sesuai, akan saya tambahkan jumlahnya; bergantung kepada beberapa kriteria yang saya sendiri tetapkan; bukan sebab kecewa kerana terlepas peluang sebelumnya.

Nak tahu kenapa hanya 5% sahaja setakat ini? Di bawah antara sebabnya….

Rhetoric & Theoretical Papers

Banyak professor ekonomi tulis buku tentang kejatuhan nilai wang kertas (am talking USD here) dengan segala hujah yang ada. USD akan collapse sebab orang tak percaya akan nilainya di samping hutang piutang yang bertrillion dollar. Jika betul dunia kembali menggunakan matawang emas, kita semua hilang kecairan (liquidity). Kecairan yang teruk boleh mengakibatkan deflation sebab supply duit sangat terhad.

Secondly, ada juga org suka simpan emas kot2 negara kita terjerumus dalam perperangan atau kegolakan politik yg sgt teruk; contoh yang selalu di gembar-gemburkan ialah Zimbabwe (ye ker?). Bagi saya, perperangan yang bakal berlaku bukan boleh terjadi sekelip mata. Bertahun-tahun; malah berdekad-dekad lamanya sebelum tercetus perbalahan yang hanya boleh diselesaikan dengan perperangan. Ini satu masa yang sangat lama untuk anda bersiap-sedia mengumpul emas.

Perangai pakar-pakar ekonomi boleh dikatakan sama macam ahli politik; pandai cakap based on perangkaan umum tapi tak tahu apa tindakan yang perlu dilakukan in specific. Jangkaan yang betul biasanya sebab benda lain dan kalau salah keluar theory baru lagi. Tanya orang sekeliling anda yg biasa dengan dunia pelaburan. I think he/she will tell you the same. Btw, bukan semua pakar ekonomi setuju sesama mereka untuk sesuatu isu; macam ahli politik bukan?

Pulangan Emas Yang Tinggi

Banyak orang sibuk memperkatakan pulangan emas yang tinggi, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan pelaburan tradisi kaum melayu; ASB (I hope no more la soalan ASB halal or haram this time). Akan tetapi, tak banyak yang tahu kelemahan utama emas ialah ‘general pricing’ membuatkan pilihan pelaburan terhad.

Sepanjang 9 tahun lepas, kadar kenaikan emas dalm lingkungan 12%. Jika anda beli saham Petronas Dagangan waktu itu (RM1.50), anda boleh meraih kadar kenaikan 21% setahun sekarang (RM8.50); itupun tak termasuk dividen setiap tahun.

Cuba kita bandingkan pula dengan pelaburan hartanah. Untuk senang cerita, anggap sahaja kita beli rumah baru daripada pemaju dengan 10% downpayment. Rumah tersebut dijangka siap dalam masa 3 tahun. Dan biasanya harga rumah tersebut naik 20% bila dah siap (ada yang naik 45%-65% pun); ini bergantung dengan lokasi dan pemaju.

Jika kita jualkan rumah tersebut bila dah siap, kadar pulangan boleh mencecah 40% setahun (CAGR) sebab leverage yang anda dapat daripada pinjaman bank! Ulang proses tersebut setiap 3 tahun dan kira sendiri berapa pulangannya. Lumayan?

Membandingkan pulangan emas dengan ASB atau Tabung Haji tak cukup bagus. Sebagai pelabur professional, anda perlu bandingkannya dengan semua pilihan pelaburan yang ada. Dah tentu “pilihan pelaburan yg ada” banyak bergantung kepada ilmu dalam bidang tersebut. Kalau emas sahaja yg anda tahu, melaburlah dalam emas sebaik mungkin.

Pelaburan Emas Pada Pandangan Kasar

Emas ni lebih kepada preserve kekayaan daripada pelaburan. Jika harta terkumpul anda bernilai RM130k dan tukarkan kesemuanya kepada emas, sampai bila-bila harta anda bernilai “sekilo emas”; tak kira la berapa inflasi sekali pun.

Pada masa yang sama, jika anda tukarkan kesemuanya kepada emas, anda akan terlepas peluang untuk melipat gandakan wang anda untuk instrument pelaburan yang lain; property, stock etc. Justeru, ini berkait rapat dengan “opportunity cost”; untung kat emas, rugi kat tempat lain, dan timing.

Gunakanlah kebijakan anda untuk memilih pelaburan yang memiliki “risk-reward-ratio” yang seimbang. Jgn sesekali melabur sebab desperate nk pulangan yg tinggi tanpa memahami risiko yang diambil. Anda mudah diperangkap dengan skim cepat kaya ponzi jika ia berlaku.

Untung-Rugi adat pelaburan, sama mcm menang-kalah adat permainan. Apa yg penting dlm pelaburan adalah strategy anda mengurangkan risiko serendah mungkin agar ianya lebih “selamat”.

Popularity: 4% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 18 comments… read them below or add one }

MadamKerch December 15, 2009 at 10:13 am

Thanks you for sharing the info. Pada pandangan saya, mana ada pelaburan yang mendapat pulangan yang tinggi sekelip mata..mana ada pelaburan jangka pendek..
Walau apa pun, information yang berikan amatlah berguna..

Reply

Mommy Lyna December 16, 2009 at 3:03 am

yang pulangan sekelip mata tu yang mengelabui mata orang kita.. walau pun ramai dah kena tapi yang baru2 tetap juga ada yang kena :)

Reply

mamadanish December 15, 2009 at 12:12 pm

Mekassseeeyyyyy sahabatku

Reply

Mommy Lyna December 16, 2009 at 3:04 am

sama-sama ;)

Reply

eyriqazz December 15, 2009 at 2:51 pm

U r rite..lebih baik buat pelaburan hartanah ataupun unit trust…Pelaburan emas ini kena pandai timing…
eyriqazz´s last blog ..Kisah Si Mamat My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 16, 2009 at 3:05 am

semua pun perlukan perancangan juga kan? to play safe, jangan percaya pada kata2 spekulator without own study & judgement, dont you think so?

:)

Reply

blogresipi December 15, 2009 at 6:35 pm

Suka dengan artikel investment ni. Menarik, mudah dan comprehensive. One day kami pun nak jadi smart investor jugak.
blogresipi´s last blog ..Pulut Sambal Ikan Bilis & Serunding My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 15, 2009 at 8:11 pm

thnx. and whut a nice blog u have…
Mommy Lyna´s last blog ..Pelaburan Emas – Pandangan Peribadi Yg Anda Tak Pernah Dengar? My ComLuv Profile

Reply

Kemm March 9, 2010 at 12:01 pm

My thoughts exactly.. pelaburan emas lebih kepada mengekalkan nilai harta.

Reply

Mommy Lyna March 9, 2010 at 4:35 pm

Yeah, cume org akn excited bila emas drg naik mencanak-canak…

Reply

MAHYUDIN October 21, 2010 at 2:21 pm

Jika betul dunia kembali menggunakan matawang emas, kita semua hilang kecairan (liquidity). Kecairan yang teruk boleh mengakibatkan deflation sebab supply duit sangat terhad.

Bole jelaskan apa yang yg akan berlaku kepada ekonomi jika berlakunya deflation??

Reply

Mommy Lyna October 21, 2010 at 5:15 pm

Business grow slower sbb semua syg nk blanje

Reply

MAHYUDIN October 22, 2010 at 8:23 am

Business grow slower sbb semua syg nk blanje…

adakah maksudnya ekonomi negara dan seluruh dunia akan jatuh.. bagaimana pula dengan keadaan rakyat waktu itu?? ada mrka yg ada emas akan jdi kaya ?? yg takde emas jd papa?? atau adakah juga semua rakyat jadi kaya sbb brg jadi murah..?? bole tlng explain

sebenarnya saya tak brpa faham maksud emas dijadikan matawang, adakah sama dengan matawang disandarkan dgn nilai emas.. bole mommy lyna jelaskan..

TQQ..

Reply

Mommy Lyna December 20, 2010 at 2:49 pm

emas sbg matawang tak sama mcm matawang yang disandarkan dgn emas; tp lebih kurang sama in the sense of nilai dagangan di-protect oleh emas so semua orang ‘feel safe’.

kalau ekonomi jatuh, rakyat secara umumnya pasti sengsara. sama ada emas mampu jadi pelampung penyelamat, itu bergantung apa emas tu boleh buat yg benda lain (wang kertas atau apa2 intrumen pelaburan) tak mampu lakukan.

Reply

zik October 22, 2010 at 3:13 pm

wah setuju… apa yang penting ialah kepelbagaian dalam pelaburan nie…. dapat mengurangkan risiko…. kita tak tahu apa risiko yang unexpected… past performance doesn’t give guarantee… tapi sekurang2nya tahu trend… jenis pelaburan yang bakal di investkannya..

Reply

razoraz October 23, 2010 at 9:35 pm

sebenarnya apa jua jenis portfolio pun ada pro & con. cuma yg paling penting sediakan banyak bakul. pasal emas ni bagi saya sebagai kontraktor, emas boleh digunakan sebagai cagaran utk menyiapkan sesebuah projek. yg menariknya projek siap dan emas pun dapat ditebus semula. toksah mengharapkan keuntungan yg tinggi pada emas. emas adalah harta yg telah diinsurankan berbanding insuran.

Reply

Mie October 25, 2010 at 5:46 pm

Nak tau pasal emas….sila taip rancangan jahat yahudi pasal emas dalam google…ke yahoo ke……..jangan bergaduh sesama sendiri…huhu

Reply

M.I October 30, 2010 at 4:41 pm

mane2 pelaburan ade untung ruginyer..tp kalo pendapat sy..emas ni lg selamat..sbg insurans..mungkin ramai yg x percaya ekonomi akan datang akan bertukar dlm bentuk nilai emas..dlm alquran & hadith bnyk berbicara mengenai emas dan perak, awl zaman, akhir zaman & akhirat..so sy yakin dgn perkara, untung & kebaikan emas selagi kita kluar zakat..dlm hadith pun ade meriwayat ” Akan dtg suatu zaman smua benda tiada nilai, maka simpanlah dinar(emas) & dirham(perak)..lupe sape periwayat..bole tanye pakar ekonomi islam..wallahualam so bg sy ape yg tercatat dlm alquran & hadith..itulah pelaburan yg terbaik…pelaburan lain bole ceburi jgk..tp dlm kuantiti yg sedikit je kot..tp terpulang..emas ni untung jangka panjang..pelaburan saham, tanah & lain2..dlm jangka masa pendek..kesemua skali bole diceburi..thanks

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers