Bilakah seorang ibu sepatutnya menyusukan bayi?
Berikut adalah antara keluhan2 sesetengah ibu dalam bab menyusukan di awal kelahiran.
KES 1 : “Saya tak dapat menyusukan anak kerana selepas bersalin anak saya dibawa ke nursery/NICU/wad bayi. Hanya 5 jam selepas itu baru saya dapat bertemu anak saya. Itupun dia dah taknak menyusu sebab dah diberi FM
KES 2: “Saya hanya dapat susukan anak selepas 3 hari kerana susu tak ada pada hari pertama hingga ke-3…”
Pertama sekali, disarankan bayi yang baru lahir disusukan dalam jam pertama. Lagi bagus 30 minit pertama. Maknanya kat dalam labor room boleh mula menyusukan bayi dah.
Tapi sekiranya anda tergolongan dalam KES 1, tak perlu risau dan anda bukan gagal kalau tak dapat melakukannya. Selagi anda menyusukan bayi anda, tak kira lah 30 jam selepas itu pun, anda adalah seorang ibu yang BERJAYA MENYUSUKAN. Saya sendiri hanya menyusukan anak pertama saya selepas 8 jam dilahirkan. Alhamdulillah proses penyusuannya tidak memerlukan bantuan susu formula. Anak kedua saya hanya berpeluang menyusukannya sebulan lebih selepas dia dilahirkan. Namun ia bukan alasan untuk tidak memberinya susu ibu dari tubuh saya sendiri… saya mengepam saban hari untuk Fahry yang masa tu berada dalam inkubator.
Untuk KES 2, memang ramai yang saya jumpa mengalami perkara macam ni. Malah ada ibu yang cuba menghasilkan susu sejak dari kehamilan, dan sanggup cuba macam2 cara… Percaya atau tidak (bagi ibu-ibu ini), saya tidak pernah menghasilkan susu di sepanjang kehamilan. Selepas melahirkan anak pertama, kilang susu saya mulai penuh pada hari ke-4, tidak pernah merasa penuh semasa anak kedua dan penuh pada hari ke-3 untuk anak ketiga. Namun, dalam hari2 terawal tubuh kita tetap menghasilkan sesuatu yang dinamakan kolostrum. Ia amat sedikit, pekat dan tidak mengalir. Inilah cecair emas yang amat bernilai buat bayi kita – kolostrum.
Kolostrum terhasil secara ideal selepas bayi dilahirkan, bagi memenuhi keperluan bayi. Walaupun ada ibu yang menghasilkan kolostrum lebih awal, namun yang terhasil selepas kelahiran bayi adalah yang terbaik untuknya. Jadi usah lepaskan peluang sekali seumur hidup anak2 kita menikmati kolostrum ini.
Susukanlah bayi seawal mungkin, berikan stimulasi makanan pertamanya dari tubuh kita sendiri, bukan puting botol. Bincang dengan doktor yang kita nak susukan bayi dengan susu ibu. Lebih utama, pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi. Galilah ilmu penyusuan serta sokongan dalam penyusuan sebelum bayi dilahirkan. Labur sedikit untuk membeli bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu dan kelas2 penyusuan bagi melengkapkan tujuan ini.
Alhamdulillah, hasrat saya untuk menyusukan bayi saya dalam 30 minit pertama tercapai apabila Danny al-Firas dilahirkan. Selepas 2 kali pengalaman melahirkan, saya tidak dapat menyusukan dalam minit2 terawal, Dany memberi saya pengalaman ini. Paling indah kerana tika itu dia masih belum dibersihkan lagi. Dalam keadaan yang baru keluar dari rahim saya, Dany tercari2 sumber makanannya… ternyata bayi memang bijak, diberi hidayah oleh Allah dalam memilih makanan pertamanya. Walaupun tidak dibimbing dan dilatih, dia tidak menuju ke anggota ibunya yang lain, melainkan yang satu itu…
Leave a Reply