Detik-Detik Kelahiran Danny Al-Falfa… sambungan

By | March 21, 2011

Sambungan dari entry terdahulu…

16 Mac 2011

Jam 2.15 macam tu saya terjaga. Ada surge yang sangat intense. 2-3 kali keluar masuk toilet. Walaupun jaraknya tak tetap tapi intensitinya memaksa saya kejutkan suami. Saya kata rasanya kita kena pegi spital sekaranglah. Sambil2 tu terus ke hulu ke hilir tahan sakit.

Akhirnya.. pop! Waterbag pecah. Masa tu pukul 2.42 pagi. So dah tak bertangguh dah, terus gerak ke Prince Court. Konon nak pakai lawa2 terus tak jadi dah, pakai je baju yang dibawak tido tu hehe.

Perjalanan ke hospital dalam 20 minit macam tu. Dingdongdingdong, dlm pukul 3.15 masuk labor room. Check dah 8 cam dilated! Ngee~~~ nasib baik cepat2 datang. Mengikut pengalaman lepas, bila dah 8 cam tu memang dah tak lama la. Yang si nurse sibuk suh tahan jangan push, coz Dr Seri belum sampai; yang kita dah tak boleh buat ape dah, memang rasa nak push sangat2.

Akhirnya Dr Seri sampai, kepala si Dany dah kuar separuh dah.

Jam 3.39 pagi lahirlah Dany Al-Falfa seberat 2.78kg (kononlah Dr cakap besar, kuar2 ehh cenonet hehehe). Alhamdulillah semua selamat.

Yang paling best, ini pengalaman pertama kami suami isteri:

  • Sama-sama masuk labour room.
  • Abiy menyaksikan kelahiran anaknya.
  • Menyusukan sebaik saja baby dilahirkan.

Syukur alhamdulillah.

Category: Danny My Kids Diary

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

29 thoughts on “Detik-Detik Kelahiran Danny Al-Falfa… sambungan

  1. hasnor

    waahhh senang nyo dio banok..meta jaaahh..nk etekkk..huhuh..

    p/s: gapo tips ‘buat apa2 yg perlu’ utk bg senang banok tuh 😀

    Reply
  2. mommynadia

    congrats!!!
    Doakan delivery saya pun se”smooth” awak 😉

    commey nama DanyAlFalfa..unique!!
    cant wait to see the picture!

    selamat berpantang!!
    mommynadia´s menulis tentang ..the birth planMy Profile

    Reply
  3. Tuty Rahiza

    congrats mommy lyna..
    sy gak tak bersalin lagi..tunggu sampai jumaat..kalo tak kua gak, baby akan dipaksa..org kata 1st baby ni die tak jumpa jalan nak kua lagi tu..hehehhe..

    nway, menarik sungguh nama itu,,,
    Tuty Rahiza´s menulis tentang ..Baby main Cak-cakMy Profile

    Reply
  4. liana

    congrates mommy lyna..
    hehehe..mcm senang je nak deliver baby dr cara mommy lyna citer ni..welcome to the world danny..
    liana´s menulis tentang ..Dah basi daaaMy Profile

    Reply
  5. Sarah

    taniah mommy lyna…selamat berpantang…tggu giliran sy lak..gerunnyer menanti..msh ada lg 7bulan lbh je lg…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge