, ,

Fahry dalam Mingguan Wanita!

admin Avatar

mingguan wanita

Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, Abiy ada bagitahu “You pegila event TOOOOT tu, kan ada magazine cover, mana tahu dapat menyelit macam dalam event Sarakids dulu tu.”

sarakids mingguan wanita

Gambar yang pernah keluar dalam Mingguan Wanita satu ketika dulu

Saya bagitau Abiy “Taknaklah Bang, I bukan gila glamour picisan2 tu. Ala, nanti mesti ada reporter datang interview I” dengan nada poyo dan melawak.

Tak sangka gurauan menjadi menyataan bila wartawan dari Mingguan Wanita menghubungi saya untuk interview 😀 Poyo kan? Poyo pun poyo lah, janji rock!

Terima kasih Abang Uti kerana telah men-scan page ini. Rasa kelakar pulak tengok muka anak-anak saya kat majalah 😀 Tak nampak? Kalau tak nampak sila lihat  DI LINK INI.

Aha… di atas tu adalah isi kandungan majalah Mingguan Wanita isu 2-8 April 2010, yang dah ada di pasaran dah. Covernya Wan Sharmila dengan Farah Asyikin. Sila dapatkan di kedai buku atau gerai majalah berhampiran. Saya pun dapat tahu bila wartawan Rapi call saya hari Selasa aritu, terus gi beli :).

Terima kasih kepada Kak Netty for the nice write up 🙂 (Ini kali pertama ditemuramah wartawan dan masuk majalah :D)

Masa temuramah tu, Hafiy baru je keluar hospital sebab rotavirus. Itu yang kalau tengok gambar Hafiy tu sangat kurus dan cengkung (sekarang dah tembam balik dah). Takpe Fiy, cengkung2 pun menten henseeeem! 😀

mingguan wanita

Krew majalah MingguanWanita

Dalam artikel tersebut, Kak Netty ada menyebut yang saya membuka sebuah butik penyusuan di Puchong. Ya, puan-puan. Itulah dia Bling Buubies seperti yang dinyatakan di entry sebelum-sebelum ni.

Produk pertama kami yang bakal berada di pasaran dalam bulan April ni ialah Baju Kurung Menyusu. Sayangnya saya tak ada gambar untuk ditunjuk sekarang. Keunikan kurung menyusu Bling Buubies ialah, ia bercorak eksklusif, bermakna satu corak untuk satu baju. Jadi puan-puan tak perlu risau kalau2 terjumpa ibu menyusu lain pakai baju corak sama!

Kurung Menyusu Bling Buubies juga datang dalam fabrik yang berbeza-beza. Jadi, penggemar spandex boleh ambik spandex, penggemar jaquard boleh ambil jacquard, penggemar silk boleh ambil silk, penggemar cotton boleh ambil cotton, dan sebagainya.

Kami juga sediakan perkhidmatan ‘lifetime maintenance service’, di mana kalau puan2 beli pakaian dari butik kami, kemudian katakan ada butang tertanggal, boleh bawak semula ke sini untuk dibetulkan.

Bercakap soal ‘bukak kedai’ ni, ramai yang datang dan tanya macam-macam. Especially bagaimana nak uruskan semua sekali dalam satu. Ye lah sekarang ni rasa otak ni macam rojak India pulak. Macam2 ada… Insya-Allah saya akan kongsikan from time to time, dalam siri buat duit versi saya.

Benda pertama yang nak kena buat ialah ‘tutup telinga’ kecuali kepada mereka2 yang kita percayai. Kenapa? Kat luar sana begitu ramai orang dengki, benci, tak suka, menyampah, rasa nak muntah bila dengar nama kita, ape lagi nak tengok muka. Yang penting kita lihat pada diri sendiri dan dengar apa kata hati. Niat kita untuk apa… Bila niat kita betul (lillahi taala), benda2 macam orang kata itu ini itu tidak penting samasekali.

Makin berjaya/terkenal seseorang tu, makin ramaila mahkluk yang tak suka dia. Alah, tengok ajelah Tun Mahathir contohnya. Saya kan kalau dengar orang kutuk dia, saya pun rasa panas telinga. Tapi, ada dia kisah? Rileks je hidup bulih tulis blog best2, yang duk mendengki & benci dia duk tara tuu jugak. So, adatlah tu. Memang dah sunnatullah.

Nota Kaki (eh, sejak bila pandai bernota kaki ni?) : Bulan April ni adalah bulan busy saya. Grand Opening adalah pada hari Ibu, bulan depan. Saya baru je dapat sijil HUET-EBS untuk pergi ke tengah laut. Harap2 masa GRAND OPENING nanti saya ada kat darat. Wah, ape saya buat kat laut ni.. jadi nelayan plak ke?

-al Fatihah buat allahyarham Din Beramboi. Saya dengar Hot FM pagi tadi, diberitakan kematian Din Beramboi pada 2 April 2010 jam 12.30am di ICU Hospital Selayang selepas 3 hari di sana. Baru je semalam dengar drama sebabak Din Beramboi dan Aznil di ERA. Semoga arwah ditempatkan di kalangan insan soleh.

admin Avatar

36 responses to “Fahry dalam Mingguan Wanita!”

  1. syahida Avatar

    Wah, fahry dah jadik ‘celebrity’ nampaknya 🙂 good for u mommy lyna…i must go get a copy! 😀
    .-= syahida´s last blog ..Mama dapat Award…yippie yeay!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aha. Fahry tanye nk otogeraf tak? Hihihihihi.

  2. dbalkis Avatar

    Congrats again and again to u and family..nak kata Fahry sbenarnya nanti Hafiy jeles lak…Nak le g butik u nanti..upload gamba baju nursing tu banyak2 tau…
    .-= dbalkis´s last blog ..Power Pumping =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Datangla opening nanti ek. Ops I haven’t announce it yet!

  3. dbalkis Avatar

    Ala lyna..macam sedih pulak baca cite Fahry tu..Anyway ini bukan masa sedih2 lagi untuk Lyna sekeluarga kan??Fahry adalah anugerah terhebat dan u all beruntung sangat jadi parents Fahry..
    .-= dbalkis´s last blog ..Power Pumping =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jgnla sedih Balkis, Kami semua happy ada Fahry. Hafiy pun suka bole buli adik tak kejar dia balik. Apakahhh?

  4. dayak Avatar
    dayak

    long, kat mane kedai mung kat puchong tu?sekali sekala nk singgah ar.leh jumpe kay tersayang.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Nt aku email map ek

  5. temp. housewife Avatar

    Fahry is really a special gift to u and ur family Lyna.
    .-= temp. housewife´s last blog ..Happy Last Day to Fathini and Hafizah. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Alhamdulillah

      Walaupun dia dpt tohmahan mcn2 tp ternyata Fahry bwk tuah

      Ekekeke

  6. ummisaeed Avatar

    yepp….i saw the article in the magazine 🙂 Muka fahry and hafiy mmg sebijik.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Semua org kata sebijik

      Kami je nmpk 2 bijik hehe

  7. mama emma® Avatar

    bling buubies tu ada buat on consigment base? cam best je nie… huhu
    .-= mama emma®´s last blog ..-BULAN OKTOBER 2007 – =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Nak jadi reseller ke kak?

  8. mama|sarah|syimir Avatar

    bestnya…ada lifetime warranty beli baju…kalo tukar saiz bila dah tak muat ada ke tak mommy lyna? ihikss (gurau je)
    .-= mama|sarah|syimir´s last blog ..daftar sekolah darjah 1 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo baju tu jd makin kecil mungkin leh consider hehek

  9. YatieJay Avatar

    Waahhhh..kalau tau masa jumpa hari tu siap2 mintak autograf Fahry. Glemer gitu!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry kena siap2 bwk pen nih g memana hihi

  10. Sufira Avatar

    Cayalah Fahry! Hensem lagi tuh dalam majalah..:)
    .-= Sufira´s last blog ..Buka Jahitan Di Kepala~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Berkenan la tu

      Hehehe

  11. Mrs Imran Avatar

    yay for fahry! am a fan of him 😀
    .-= Mrs Imran´s last blog ..Usana Testimonial ~ Endometriosis =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry kata nak bukak fanpage kat facebook ok tak?

  12. mommy nadia Avatar

    lyna,
    I was new to ur blog actually,terkejut jgak bc title article tu..
    then I start to read all ur entry about Fahry..
    u such amazing mom!and Fahry also a brilliant boy..
    will surely get the magz today!
    .-= mommy nadia´s last blog ..BR therapy for STRESSED!! =-.

  13. fizanur Avatar

    Saya memang mudah menangis. Dah bertakung dalam mata ni. Terus terang saya tak sekuat mommy lyna.
    .-= fizanur´s last blog ..Ber CD dengan Shinies =-.

  14. mama amir n iman Avatar

    BLOGCELEBRITY= alom+hafiy+fahry+wak…1 family 1 celebrity… proud of u dear..
    uploadler pic byk2..
    leh gi outlet nanti:)
    .-= mama amir n iman´s last blog ..Development @ 32 Mos =-.

  15. Honey Avatar
    Honey

    Saya dah baca majalah tu …. Wahh .. Glamer u … Semoga anak2 membesar dengan sihat dan penuh semangat ..
    .-= Honey´s last blog ..1st Giveaway Bazar Kerongsang =-.

  16. isabelle Avatar

    wah..fahry fofular, mummy pun glamer la skali.
    .-= isabelle´s last blog ..Packing the unpacked, Unpacking the pack =-.

  17. farah Avatar

    tahniah lyna!!hehe sy nak beli la mingguan wanita tu nnt..leh tunjuk kat orang ha ni anak kawan saye la ni hihi..*poyo jugak*
    .-= farah´s last blog ..Bila budak melayu ke sekolah cina.. =-.

  18. wan anie Avatar

    anak yang dilahirkan mungkin nampak tidak sempurna sebenarnya banyak menyempurnakan hidup kita (eh apa saya cakap ni?)

    apapun congrats! glemer tuh..!
    .-= wan anie´s last blog ..Doa Seorang Ibu =-.

  19. dayu Avatar
    dayu

    nak ikut jadi nelayan gak buley? 🙂

  20. Masayu Avatar

    Dunia ini sungguh bulat. Pusing-pusing ke situ jugak.;D
    .-= Masayu´s last blog ..Peraduan Pengalaman Berpantang sudah bermula-dapatkan 3 buku motivasi penjagaan anak-anak! =-.

  21. Ibu Emir Avatar

    see Fahry is amazing!!
    .-= Ibu Emir´s last blog ..Earth Hour, tapi ke kedai Lampu =-.

  22. naihusna Avatar
    naihusna

    wah..fahry masuk majalah ye…kena beli majalah ni…hehe

  23. hazmona Avatar

    wah.. nk tunggu sorg staf yg suke bli mingguan wanita ni bli minggu ni pastu ckp kt die ‘makcik dh xnk kan majalah ni? bg sy bwk balik je la’ =p

    slh 1 kaedah penjimaktan… hihi
    .-= hazmona´s last blog ..makhluk halus mengganggu loker aku =-.

  24. farah@sarakids Avatar

    nyah, tak nanah pun telinga kena kutuk begitu, yang penting kita cari duit utk kita. ada diorg tulun bayor sewa kedai? so, kuatkan semangat. adat dengki mendengki besa dalam dunia bisnes ni, especially dunia yang ramai perempuan. =) all the best
    .-= farah@sarakids´s last blog ..Doa seorang anak kecil =-.

  25. Mazni & Fairul Avatar

    Kecik kecik dah dapat masuk majalah ya Fahry
    .
    Boleh jadi model bayi ni
    .
    Early exposure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge