Berjimak adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Dan kita dapati semakin tiada duit seseorang itu, semakin berjimaklah di untuk menambah rezeki. Saya juga termasuk dalam golongan itu, lebih2 lagi ketika tengah sengkek. Ada orang yang memang dari awal dia suka berjimak sampai jadi kaya, hinggakan bila dah kaya raya pun masih berjimak lagi. Orang kata kedekut pulak kan. Tapi sebenarnya ramai yang boleh jadi jutawan dengan hanya berjimak.
Antara tips berjimak cara saya:
1. Tidak membawa cash dalam dompet.
Saya jarang membawa cash melebihi RM50 ke mana-mana kerana saya mempunyai kecenderungan untuk mengosongkan dompet dengan seberapa segera. Bila tiada cash, tak adalah teruja nak membeli benda-benda yang merepek. Paling tak pun tahan air liuar je dengan roti Auntie Anne’s kegemaran saya yang setiap kali melintas kedainya saya akan kata “Lebih baik beli roti Cold Storage, lagi murah”
2. Membeli barang yang perlu SAHAJA
Barang yang perlu tidak termasuk tukar handbag tiap-tiap bulan. Bagi saya lah… ada sesetengah wanita memang dah peruntukkan sekian2 budget untuk handbag ke, kasut ke, gelang ke.. tiap2 bulan. Bagi saya semua tu tak perlu untuk diri saya. Saya lebih selesa menyandang beg laptop ke pejabat, berkasut yang sama setiap hari dan tidak memakai gelang. Saya tak berapa suka ada bendasing di tangan saya,leceh bila nak berwuduk (bole tak macam tu?).
Saya pun tak bermekap jugak. Tapi kalau semua yang tersebut di atas tu adalah keperluan, jadi tak salah kalo nak berhabis. Saya kata, SAYA. Orang lain, lain pula caranya.
3. Menggunakan kad kredit yang menawarkan tawaran yang best
Saya adalah antara credit card freak yang suka mengumpul points kad kredit dan menukarkannya dengan barang2 keperluan rumah seperti periuk, DVD player, sterika, kipas dan sebagainya. Saya tak rasa kad kredit boleh buat saya muflis sebab sehingga kini saya banyak dapat untung dari guna kad kredit.
Bila seseorang tu ada masalah dengan kad kredit, sebenarnya dia yang ada masalah pengurusan kewangan, bukan salah kad kredit.
4. Kurangkan nafsu kepada barang sebaliknya lebihkan nafsu kepada simpanan
Saya adalah orang yang tak teruja bila melihat baju atau mainan kanak2 yang cantik2 dan rasa semua nak beli untuk anak saya. Saya rasa tak rugi kalo diorang tak ada baju cantik, sebaliknya lebih baik kalau ada sekian simpanan. Bila keadaan terdesak, boleh korek tabung dan dapat wang sejumlah yang disimpan, tapi kalau gadai baju tak dapat harga yang beli dulu.
5. Guna kereta yang murah dan menjimatkan minyak
Walaupun saya terasa juga nak pakai kereta jenama T dan H ke A B ke M ke apa2 la tapi tak ada maknanya bila dah duk KL. Paling2 pun kalau kena sagat ke, tercalar sikit2 tu takdela rasa serba tak kena kalau tak repair cepat2. Lagipun fungsi kereta tu nak memudahkan kita bergerak. Guna kereta Malaysia, spare part senang dapat, repair pun takle mahal sangat.
6. Tinggal di rumah mentua
Sangat jimak tapi memerlukan daya ketahanan yang amat tinggi.
7. Makan di tempat2 yang mahal untuk celebration penting sahaja
Biasanya kami lunch dengan nasi kandar atau pun roti je. Roti potato di Cold Storage amat sedap sekali! Golden Potato La Boheme dah tak berapa sedap dah sekarang. Mungkin sebab dia dah famous so macam biasalah.. bila dah komersial ni dah takde dah benda2 yang biasa ada masa mula2 nak naik.
8. Bawa bekal ke pejabat
Hari pertama membawa bekal ke pejabat adalah amat mengujakan dan me^&%&%&kan. Akan saya kongsikan nanti. Banyak pengajaran…
Itula antara tips2 jimak yang saya amalkan. Biasa2 je. Orang lain pun lebih sukses dalam bab penjimaktan. Tapi lately saya rasa jimak dah kurang sesuai dah, nak taknak kene jugak cari duit terpijak di mana2.
xoxoxo————————–xoxoxo
Komen Cikgu : Isi yang bagus, menepati kehendak soalan. Tapi kesilapan ejaan tidak dapat dimaafkan. Sila tukar JIMAK kepada JIMAT. T laaaa, T!!!!
Komen saya : Apa nak buat cikgu, saya orang Kelantan.





{ 24 comments… read them below or add one }
hehehe…sgt berguna tips ini..oooo ore klate ye…org negeri lain dah pikir lain dah ni
)
.-= mama|sarah|syimir´s last blog ..maidless =-.
Hahaha. Ore kelate meme kuwak bejimak.
Maghi la pakak-pakak jimak…
salam, lamo doh oghe dok baco blog ni. kalu tok buko sari tok soh, dok jadik silent reader jah. timo kasoh deh wi tips2 hok sgt guno.
.-= kew_chop´s last blog ..Kehendak atau Keperluan.. =-.
agok doh mesti Lyna sengajo guno “berjimak” dr berjimat sbb nok suruh ore2 lain raso nok baco. hehehe. kelas demo.
.-= temp. housewife´s last blog ..A Simple Mussel Dish: Kirikiriroa Hot and Sweet Mussel. =-.
konfem trafik ke blog mencanak2 naik neh..tgk tajuk ja dah meletop2..wahehehee..isinya pun lgla.mantop!makasih ya,sudi berkongsi tips. saya pun tengah berjimak2 skang ni..tmbh lg anak dah dua.kena la lagi berjimak..;)
.-= diyana´s last blog ..Sila pandang ke timur. Bukan timbang guna dacing mahupun bukan tengok roket atau bulan kat atas. =-.
tips yang berguna.. thanx..
Kwang kwang
.-= aidie´s last blog ..2 babies = 2 strollers =-.
huhu.. meme buleh jimak sungguh tips awak tu mommy lyna..
p/s: hafsah kawen ari sabtu ni.. Mari la bekwoh umoh saya..
.-= kaklong nuzula´s last blog ..Makluman =-.
tips nombo ene mu kawe tok sah ikut la..;p
.-= Ealyie´s last blog ..Sama tak serupa.. @ 8 months =-.
Lyna.. notti sungguh kamu yaa
.-= Mama Marina´s last blog ..Izzah Admitted @KPJ SMC =-.
well done. well said. panic haku onggeh. ;p
.-= LeeN´s last blog ..HAdoihhhhh. full stop. =-.
ambo pun baco sbb tajuk jimak ni hehehe
.-= Mama Zharfan´s last blog ..** Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha ** =-.
acik tertifu!!!!! kekekke
puas la acik memahamkan kaitan jimak dan kedit kad… las2 baru paham… hadoi la tuan rumah…..
ambo amat suka berjimak
seboleh mungkin akan cuba berjimak
pandai betul pilih tajuk…hahahaa
hahaha..tergelak sorang2….
.-= chekna´s last blog ..rumah baru =-.
adoyai… kejutan budaya!!! hehe
.-= nadiea´s last blog ..~Takde Keje!!!~ =-.
hahahahahhaha.. nasib baik sy ada darah kelantan (org besut daaa), faham laaa ape itu JIMAK… heheheh..
ade beberapa di atas tu kita adalah sama… tp masih belum boleh menambah nafsu terhadap simpanan… STATIK je setiap bulang… huhuhuuh…
ape2pun, perkongsian yg baguss…. tq mommyLina
.-= laila´s last blog ..Lari… lari… kita lari… =-.
Huk alo… ingak gapo dio jimak tghari buto weh… oghe kelate ghuponyo
kahkahkahkah! hang memang lawak!
.-= knv´s last blog ..karangan bergambar =-.
hoho. first time komen dale blog ore. sebelom ni jadi silent reader jahh.. no wat blog sediri dok reti. tp meme baguh tips jimaq neh .hihiihihi serupo la caro kito. kecuali hok nombor 6 nge lapam.
tok tuo takdok dohh. kalu dio ado lagi ambo meme relo duk nge dio.
Salam.
BerjimaK? … Can’t deny that it got me hooked. Half way (1/4 actually) thru the post i realise that you mean something esle. But anyway… good one. I like!!!
hahaha… memang propa betullah K.Lina ni… Ish ish… dah ingat benda lain dah tadi…
.-= AdD´s last blog ..Season 4 – Cute Funny Eating Baby =-.