Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, Abiy ada bagitahu “You pegila event TOOOOT tu, kan ada magazine cover, mana tahu dapat menyelit macam dalam event Sarakids dulu tu.”
Gambar yang pernah keluar dalam Mingguan Wanita satu ketika dulu
Saya bagitau Abiy “Taknaklah Bang, I bukan gila glamour picisan2 tu. Ala, nanti mesti ada reporter datang interview I” dengan nada poyo dan melawak.
Tak sangka gurauan menjadi menyataan bila wartawan dari Mingguan Wanita menghubungi saya untuk interview 😀 Poyo kan? Poyo pun poyo lah, janji rock!
Terima kasih Abang Uti kerana telah men-scan page ini. Rasa kelakar pulak tengok muka anak-anak saya kat majalah 😀 Tak nampak? Kalau tak nampak sila lihat DI LINK INI.
Aha… di atas tu adalah isi kandungan majalah Mingguan Wanita isu 2-8 April 2010, yang dah ada di pasaran dah. Covernya Wan Sharmila dengan Farah Asyikin. Sila dapatkan di kedai buku atau gerai majalah berhampiran. Saya pun dapat tahu bila wartawan Rapi call saya hari Selasa aritu, terus gi beli :).
Terima kasih kepada Kak Netty for the nice write up 🙂 (Ini kali pertama ditemuramah wartawan dan masuk majalah :D)
Masa temuramah tu, Hafiy baru je keluar hospital sebab rotavirus. Itu yang kalau tengok gambar Hafiy tu sangat kurus dan cengkung (sekarang dah tembam balik dah). Takpe Fiy, cengkung2 pun menten henseeeem! 😀
Krew majalah MingguanWanita
Dalam artikel tersebut, Kak Netty ada menyebut yang saya membuka sebuah butik penyusuan di Puchong. Ya, puan-puan. Itulah dia Bling Buubies seperti yang dinyatakan di entry sebelum-sebelum ni.
Produk pertama kami yang bakal berada di pasaran dalam bulan April ni ialah Baju Kurung Menyusu. Sayangnya saya tak ada gambar untuk ditunjuk sekarang. Keunikan kurung menyusu Bling Buubies ialah, ia bercorak eksklusif, bermakna satu corak untuk satu baju. Jadi puan-puan tak perlu risau kalau2 terjumpa ibu menyusu lain pakai baju corak sama!
Kurung Menyusu Bling Buubies juga datang dalam fabrik yang berbeza-beza. Jadi, penggemar spandex boleh ambik spandex, penggemar jaquard boleh ambil jacquard, penggemar silk boleh ambil silk, penggemar cotton boleh ambil cotton, dan sebagainya.
Kami juga sediakan perkhidmatan ‘lifetime maintenance service’, di mana kalau puan2 beli pakaian dari butik kami, kemudian katakan ada butang tertanggal, boleh bawak semula ke sini untuk dibetulkan.
Bercakap soal ‘bukak kedai’ ni, ramai yang datang dan tanya macam-macam. Especially bagaimana nak uruskan semua sekali dalam satu. Ye lah sekarang ni rasa otak ni macam rojak India pulak. Macam2 ada… Insya-Allah saya akan kongsikan from time to time, dalam siri buat duit versi saya.
Benda pertama yang nak kena buat ialah ‘tutup telinga’ kecuali kepada mereka2 yang kita percayai. Kenapa? Kat luar sana begitu ramai orang dengki, benci, tak suka, menyampah, rasa nak muntah bila dengar nama kita, ape lagi nak tengok muka. Yang penting kita lihat pada diri sendiri dan dengar apa kata hati. Niat kita untuk apa… Bila niat kita betul (lillahi taala), benda2 macam orang kata itu ini itu tidak penting samasekali.
Makin berjaya/terkenal seseorang tu, makin ramaila mahkluk yang tak suka dia. Alah, tengok ajelah Tun Mahathir contohnya. Saya kan kalau dengar orang kutuk dia, saya pun rasa panas telinga. Tapi, ada dia kisah? Rileks je hidup bulih tulis blog best2, yang duk mendengki & benci dia duk tara tuu jugak. So, adatlah tu. Memang dah sunnatullah.
Nota Kaki (eh, sejak bila pandai bernota kaki ni?) : Bulan April ni adalah bulan busy saya. Grand Opening adalah pada hari Ibu, bulan depan. Saya baru je dapat sijil HUET-EBS untuk pergi ke tengah laut. Harap2 masa GRAND OPENING nanti saya ada kat darat. Wah, ape saya buat kat laut ni.. jadi nelayan plak ke?
-al Fatihah buat allahyarham Din Beramboi. Saya dengar Hot FM pagi tadi, diberitakan kematian Din Beramboi pada 2 April 2010 jam 12.30am di ICU Hospital Selayang selepas 3 hari di sana. Baru je semalam dengar drama sebabak Din Beramboi dan Aznil di ERA. Semoga arwah ditempatkan di kalangan insan soleh.
Leave a Reply