Bila kami ambil keputusan untuk backpacking, kawan-kawan yang dah berkeluarga kata benda mengarut. Sepatutnya bila dah ada anak-anak ni bercuti seronok-seronok bukan style macam pengembara nomad macam tu. Saya kata takpe, give it a try. Lagipun dah bosan bercuti cara biasa hehe.
Disebabkan kami travel 7 negara dan memang tujuannya untuk backpacking, bukan shopping atau bersenang-senang… maka kami minimumkan barang yang dibawa untuk memudahkan kami bergerak pantas. Satu bag saja memuatkan barang-barang saya, suami dah si kecil Danny. Bonusnya kerana Danny menyusu badan jadi tak perlu risau tentang bekalan susunya!
Inilah kami semasa mengembara. Suami membawa backpack berisi barang-barang dan saya membawa ‘backpack’ berisi bayi kami si Danny yang berusia 15 bulan masa tu.
Kembara di akhir musim bunga jadi kami tak perlu membawa baju tebal, sekadar jaket kulit saja dan poncho untuk menghadapi hari-hari berhujan.
Saya bagaikan tak percaya kami dapat survive dengan satu backpack. Mana taknya, selalunya kalau balik kampung yang 2-3 hari pun bawa 2-3 beg. Ini pula 21 hari!
Triknya, kami bawa 3 pasang baju seorang, dan recycle je jah. Basuh-jemur-pakai. Yang kelakarnya disebabkan kami bertukar-tukar hotel, jadi baju tak sempat kering dah kena pakai balik. Nasib tak kena panau -_-“
Yang belah kiri tulah pakaian dan barang-barang kami yang muat masuk ke dalam backpack tu. Beg kecil-kecil tu namanya ‘compression pack’, compress baju-baju supaya muat dimasukkan ke dalam ruangan kecil.
Pada mulanya nak bawa 2 backpack tapi memikirkan saya menggendong bayi maka kami jadikan satu backpack saja. Dan bawa daybag serta duffel bag untuk shopping di destinasi terakhir (London). Hari terakhir dah tak singgah di mana-mana jadi banyak beg pun tak mengapa.
Alhamdulillah, survive dengan 1 bag dan 3 pasang pakaian dari Perancis – Itali – Switzerland – Netherlands – Scotland – Wales – England.
Adakah melancong secara backpacking ni berbeza dari percutian biasa? Ya, ia bukan percutian biasa atau biasa kita sebut ‘vacation’. Ia adalah satu pengembaraan yang membawa kita untuk belajar banyak benda dari tempat yang kita lawati, bukan sekadar “Yay, aku dah sampai sini!”. Kerana itu kami tidak kisah tidur di bilik yang sangat kecil, berkongsi tandas, bertukar-tukar hotel hampir setiap hari, tidur dalam keretapi dan cruise; kerana ingin menikmati perjalanan dan pengalaman yang amat berharga.
Membawa anak kecil tidak sesusah yang dijangka. Mungkin kerana Danny masih menyusu badan jadi mudah untuk ‘menjinakkannya’. Umpan dengan dakapan yang hangat dan susu yang sedap π Sepanjang kembara kami Danny tidak makan sangat pun, kebanyakan makanan dan minuman dia cuma susu badan. Namun alhamdulillah, perkara pertama yang ditegur pengasuhnya setelah balik ke Malaysia, “Montelnya Danny! Seronok minum susu Mami la ni”.
Sepanjang perjalanan kami berhujan dan berpanas di Paris dan Rome, berglasier di pergunungan Alps, bersejukan di Tasik Geneva, ber-ribut di Edinburgh, berlari di London… alhamdulillah Danny tidak mengalami sebarang masalah, malah tidak selesema pun. Walhal dia sangat sensitif dengan sejuk. Syukur, perjalanan musafir kami dipelihara-Nya.
Leave a Reply