admin Avatar

Bila kami ambil keputusan untuk backpacking, kawan-kawan yang dah berkeluarga kata benda mengarut. Sepatutnya bila dah ada anak-anak ni bercuti seronok-seronok bukan style macam pengembara nomad macam tu. Saya kata takpe, give it a try. Lagipun dah bosan bercuti cara biasa hehe.

Disebabkan kami travel 7 negara dan memang tujuannya untuk backpacking, bukan shopping atau bersenang-senang… maka kami minimumkan barang yang dibawa untuk memudahkan kami bergerak pantas. Satu bag saja memuatkan barang-barang saya, suami dah si kecil Danny. Bonusnya kerana Danny menyusu badan jadi tak perlu risau tentang bekalan susunya!

backpacking europe

Inilah kami semasa mengembara. Suami membawa backpack berisi barang-barang dan saya membawa ‘backpack’ berisi bayi kami si Danny yang berusia 15 bulan masa tu.

Kembara di akhir musim bunga jadi kami tak perlu membawa baju tebal, sekadar jaket kulit saja dan poncho untuk menghadapi hari-hari berhujan.

Saya bagaikan tak percaya kami dapat survive dengan satu backpack. Mana taknya, selalunya kalau balik kampung yang 2-3 hari pun bawa 2-3 beg. Ini pula 21 hari!

Triknya, kami bawa 3 pasang baju seorang, dan recycle je jah. Basuh-jemur-pakai. Yang kelakarnya disebabkan kami bertukar-tukar hotel, jadi baju tak sempat kering dah kena pakai balik. Nasib tak kena panau -_-“

kembara eropah

Yang belah kiri tulah pakaian dan barang-barang kami yang muat masuk ke dalam backpack tu. Beg kecil-kecil tu namanya ‘compression pack’, compress baju-baju supaya muat dimasukkan ke dalam ruangan kecil.

Pada mulanya nak bawa 2 backpack tapi memikirkan saya menggendong bayi maka kami jadikan satu backpack saja. Dan bawa daybag serta duffel bag untuk shopping di destinasi terakhir (London). Hari terakhir dah tak singgah di mana-mana jadi banyak beg pun tak mengapa.

Alhamdulillah, survive dengan 1 bag dan 3 pasang pakaian dari Perancis – Itali – Switzerland – Netherlands – Scotland – Wales – England.

backpacking

kembara switzerland

italy rome

Adakah melancong secara backpacking ni berbeza dari percutian biasa? Ya, ia bukan percutian biasa atau biasa kita sebut ‘vacation’. Ia adalah satu pengembaraan yang membawa kita untuk belajar banyak benda dari tempat yang kita lawati, bukan sekadar “Yay, aku dah sampai sini!”. Kerana itu kami tidak kisah tidur di bilik yang sangat kecil, berkongsi tandas, bertukar-tukar hotel hampir setiap hari, tidur dalam keretapi dan cruise; kerana ingin menikmati perjalanan dan pengalaman yang amat berharga.

Membawa anak kecil tidak sesusah yang dijangka. Mungkin kerana Danny masih menyusu badan jadi mudah untuk ‘menjinakkannya’. Umpan dengan dakapan yang hangat dan susu yang sedap πŸ˜‰ Sepanjang kembara kami Danny tidak makan sangat pun, kebanyakan makanan dan minuman dia cuma susu badan. Namun alhamdulillah, perkara pertama yang ditegur pengasuhnya setelah balik ke Malaysia, “Montelnya Danny! Seronok minum susu Mami la ni”.

Sepanjang perjalanan kami berhujan dan berpanas di Paris dan Rome, berglasier di pergunungan Alps, bersejukan di Tasik Geneva, ber-ribut di Edinburgh, berlari di London… alhamdulillah Danny tidak mengalami sebarang masalah, malah tidak selesema pun. Walhal dia sangat sensitif dengan sejuk. Syukur, perjalanan musafir kami dipelihara-Nya.

Tagged in :

admin Avatar

21 responses to “Backpacking Europe 21 Hari Dengan Satu Backpack Saja”

  1. amirah Avatar

    salam mommy lyna, boleh kongsi baby carrier jenis apa yg mommy lyna guna ye tu?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam amirah

      saya guna The Stork dari SNUGGbaby πŸ™‚

  2. Ardiana Avatar
    Ardiana

    Salam Mommy lyna

    sy nak tanya tips / cara mommy lyna bercuti secara backpacking ke europe, bole?

    can you drop me an email at ardiana.rawi@gmail.com? thanks πŸ˜‰

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      check ur email!

      1. fazhana Avatar
        fazhana

        Salam. saya pun nak tahu jugak cara mommy lyna merancang cuti secara backpacking ni. boleh emelkan pada saya juga? kagum habis πŸ™‚ tq

      2. Derok Avatar

        Assalamualaikum, hye Mommy Lyna..
        saya pun nak tahu jugak tips / cara mommy lyna bercuti secara backpacking ke europe…nampak macam simple aje..hehe..
        email sy…namasayalah@gmail.com

        thanks.. πŸ™‚

  3. mama_meah Avatar

    aku juga ingin mengembara, tp plan nak sewa caravan round benua australia..semoga jadi kenyataan…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aku nak caravaning di New Zealand

  4. Ummi Hanie Avatar

    bestnye…. tp gerabak kami 5 org, agak sukar nak tinggalkan… tp sy buleh imagine gendong bby Huzaifah mcm akk gendong danny πŸ˜‰

    berapa lama planning utk kembara 7 negara ni ye? bestnyeee…. teringin aii πŸ˜‰

    travel dgn caravan pun agak best rasanya sbb tmpt tidur dah terjamin

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha. berapa lama ehh… skg tgh menyusun cerita balik, baru ada mood nk sambung

  5. nazri Avatar
    nazri

    unbelievable !
    Saya dah bawa anak umur 2 tahun dan 5 tahun bercuti di KL.
    Travel dgn kereta dari Penang, baru 4 5 jam. Stay 3 hari 2 malam.
    Kitaorang tak de ape, tapi yang dua orang ni kewalahan
    Letih ! Kesian.
    Tak dapat dibayangkan camana korang buat….
    Tabik spring

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin budak2 ni dah biasa membesar dalam kereta agaknya πŸ˜€

  6. Lana Avatar
    Lana

    Lyna nak tau jugak your itenarary jln europe especially in london & paris. Thanks babe.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oraitt nt i bg

  7. Delaila Avatar

    Wah memang seronok backpacking …..harap2 one day saya juga akan kesana juga..insyallah…and berapa budget semua untuk 21 hari backpacking mommy..

  8. Rosniza Avatar
    Rosniza

    Boleh email tak ittenary semasa kat sana.
    rosniza95@gmail.com

  9. jaja Avatar
    jaja

    Salam nak tanya backpackers tu boleh bawa masuk dlm cabin ke or kena guna luggage juga?

    1. admin Avatar
      admin

      salam Jaja

      Yang ni kena masuk cargo sebab lebih berat & saiz untuk cabin luggage.

  10. shamsiah Avatar
    shamsiah

    salam mama lyna..boleh share experien backpacking ke europe and motorhome di new zealand? my email shamsiah.ra@gmail.com

  11. tasha Avatar
    tasha

    hi lyna.. boleh ke share itinerary! mcm best tgok u travel backpacker mcm ni..

  12. Zaleha Avatar

    best tipsπŸ‘πŸ˜˜

Leave a Reply to Ardiana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge