Hidup Umpama Perjalanan di Lebuhraya

Saya biasanya jarang memandu. Saya lebih senang berada di sebelah dan membalas pesanan :D

Banyak alasan untuk saya tidak memandu. Heheh.

Namun, sesekali saya memandu, banyak benda yang dapat saya tamsilkan dengan aktiviti memandu kereta ni. Terutama tika memandu di lebuhraya tiga lorong.

Di lebuhraya 3 lorong, saya lebih selesa memilih lorong yang tengah-tengah. Tidak perlahan dan tidak terlalu laju. Lorong paling kiri paling perlahan, dan banyak motosikal yang membuat kan saya agak ‘fobia’…. kerana allahyarham pakcik-pakcik saya menemui ajal tika menunggang motosikal di jalan raya.

Pemanduan di lebuh raya…begitulah perjalanan kita dalam menuju cita-cita. Kita yang memilih lorong mana satu kita nak ikuti. Yang perlahan, yang sederhana, atau yang laju.

jalan tun razak

Kalau kita nak laju-laju, tapi berada di lorong paling kiri, pasti tak sesuai lah. Kalau nak pelan-pelan tapi berada di lorong paling kanan…kalau tak kena hon agak-agak kena sumpah seranah.

Jadi, kalau nak bergerak pantas harus ikuti lorong yang betul.

Dan kalau di KL ni, kena ikut lorong yang betul, kalau tak nanti susah pulak nak tukar-tukar lorong.

Kalau bawa kereta canggih-canggih contoh macam Ferrari tapi pandu di lorong paling kiri pun nampak pelik juga kan.

Kalau nak berjaya, bersama-samalah dengan orang yang berjaya. Kita akan mengikuti steps dan speed orang-orang yang berada di lorong yang sama dengan kita.

Dan, seperti peraturan jalan raya, ada benda yang tak boleh kita langgar. Misalnya hadlaju. Dalam hidup kita lagi lah.. ada peraturan2 yang kita kena patuhi.

Apabila kita memandu, kita yang menentukan speed kita, arah kita nak ke mana. Kita sendiri yang bertanggungjawab nak bawa kereta kita… Walaupun guna GPS tapi kalau silap jalan, GPS tak boleh bertanggungjawab pun.

Ke mana arah pemanduan kita hari ni?

2 thoughts on “Hidup Umpama Perjalanan di Lebuhraya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge