Backpacking Europe 21 Hari Dengan Satu Backpack Saja

by Mommy Lyna on December 7, 2012 · 15 comments

Bila kami ambil keputusan untuk backpacking, kawan-kawan yang dah berkeluarga kata benda mengarut. Sepatutnya bila dah ada anak-anak ni bercuti seronok-seronok bukan style macam pengembara nomad macam tu. Saya kata takpe, give it a try. Lagipun dah bosan bercuti cara biasa hehe.

Disebabkan kami travel 7 negara dan memang tujuannya untuk backpacking, bukan shopping atau bersenang-senang… maka kami minimumkan barang yang dibawa untuk memudahkan kami bergerak pantas. Satu bag saja memuatkan barang-barang saya, suami dah si kecil Danny. Bonusnya kerana Danny menyusu badan jadi tak perlu risau tentang bekalan susunya!

backpacking europe

Inilah kami semasa mengembara. Suami membawa backpack berisi barang-barang dan saya membawa ‘backpack’ berisi bayi kami si Danny yang berusia 15 bulan masa tu.

Kembara di akhir musim bunga jadi kami tak perlu membawa baju tebal, sekadar jaket kulit saja dan poncho untuk menghadapi hari-hari berhujan.

Saya bagaikan tak percaya kami dapat survive dengan satu backpack. Mana taknya, selalunya kalau balik kampung yang 2-3 hari pun bawa 2-3 beg. Ini pula 21 hari!

Triknya, kami bawa 3 pasang baju seorang, dan recycle je jah. Basuh-jemur-pakai. Yang kelakarnya disebabkan kami bertukar-tukar hotel, jadi baju tak sempat kering dah kena pakai balik. Nasib tak kena panau -_-”

kembara eropah

Yang belah kiri tulah pakaian dan barang-barang kami yang muat masuk ke dalam backpack tu. Beg kecil-kecil tu namanya ‘compression pack’, compress baju-baju supaya muat dimasukkan ke dalam ruangan kecil.

Pada mulanya nak bawa 2 backpack tapi memikirkan saya menggendong bayi maka kami jadikan satu backpack saja. Dan bawa daybag serta duffel bag untuk shopping di destinasi terakhir (London). Hari terakhir dah tak singgah di mana-mana jadi banyak beg pun tak mengapa.

Alhamdulillah, survive dengan 1 bag dan 3 pasang pakaian dari Perancis – Itali – Switzerland – Netherlands – Scotland – Wales – England.

backpacking

kembara switzerland

italy rome

Adakah melancong secara backpacking ni berbeza dari percutian biasa? Ya, ia bukan percutian biasa atau biasa kita sebut ‘vacation’. Ia adalah satu pengembaraan yang membawa kita untuk belajar banyak benda dari tempat yang kita lawati, bukan sekadar “Yay, aku dah sampai sini!”. Kerana itu kami tidak kisah tidur di bilik yang sangat kecil, berkongsi tandas, bertukar-tukar hotel hampir setiap hari, tidur dalam keretapi dan cruise; kerana ingin menikmati perjalanan dan pengalaman yang amat berharga.

Membawa anak kecil tidak sesusah yang dijangka. Mungkin kerana Danny masih menyusu badan jadi mudah untuk ‘menjinakkannya’. Umpan dengan dakapan yang hangat dan susu yang sedap ;) Sepanjang kembara kami Danny tidak makan sangat pun, kebanyakan makanan dan minuman dia cuma susu badan. Namun alhamdulillah, perkara pertama yang ditegur pengasuhnya setelah balik ke Malaysia, “Montelnya Danny! Seronok minum susu Mami la ni”.

Sepanjang perjalanan kami berhujan dan berpanas di Paris dan Rome, berglasier di pergunungan Alps, bersejukan di Tasik Geneva, ber-ribut di Edinburgh, berlari di London… alhamdulillah Danny tidak mengalami sebarang masalah, malah tidak selesema pun. Walhal dia sangat sensitif dengan sejuk. Syukur, perjalanan musafir kami dipelihara-Nya.

{ 15 comments… read them below or add one }

amirah December 7, 2012 at 11:01 am

salam mommy lyna, boleh kongsi baby carrier jenis apa yg mommy lyna guna ye tu?
amirah´s menulis tentang ..Hilang…My Profile

Reply

Mommy Lyna December 7, 2012 at 11:13 am

salam amirah

saya guna The Stork dari SNUGGbaby :)

Reply

Ardiana December 14, 2012 at 11:52 am

Salam Mommy lyna

sy nak tanya tips / cara mommy lyna bercuti secara backpacking ke europe, bole?

can you drop me an email at ardiana.rawi@gmail.com? thanks ;)

Reply

Mommy Lyna January 4, 2013 at 2:55 am

check ur email!

Reply

fazhana March 19, 2013 at 4:25 pm

Salam. saya pun nak tahu jugak cara mommy lyna merancang cuti secara backpacking ni. boleh emelkan pada saya juga? kagum habis :) tq

Reply

Derok March 19, 2013 at 5:18 pm

Assalamualaikum, hye Mommy Lyna..
saya pun nak tahu jugak tips / cara mommy lyna bercuti secara backpacking ke europe…nampak macam simple aje..hehe..
email sy…namasayalah@gmail.com

thanks.. :-)

Reply

mama_meah December 19, 2012 at 10:52 am

aku juga ingin mengembara, tp plan nak sewa caravan round benua australia..semoga jadi kenyataan…
mama_meah´s menulis tentang ..Supplement Untuk Ibu Hamil Trimester PertamaMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 4, 2013 at 2:55 am

aku nak caravaning di New Zealand

Reply

Ummi Hanie January 1, 2013 at 11:24 pm

bestnye…. tp gerabak kami 5 org, agak sukar nak tinggalkan… tp sy buleh imagine gendong bby Huzaifah mcm akk gendong danny ;)

berapa lama planning utk kembara 7 negara ni ye? bestnyeee…. teringin aii ;)

travel dgn caravan pun agak best rasanya sbb tmpt tidur dah terjamin
Ummi Hanie´s menulis tentang ..Gambar Diana Danielle dan Farid Kamil berbulan madu di Sydney, AustraliaMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 4, 2013 at 2:56 am

hahaha. berapa lama ehh… skg tgh menyusun cerita balik, baru ada mood nk sambung

Reply

nazri January 2, 2013 at 9:24 pm

unbelievable !
Saya dah bawa anak umur 2 tahun dan 5 tahun bercuti di KL.
Travel dgn kereta dari Penang, baru 4 5 jam. Stay 3 hari 2 malam.
Kitaorang tak de ape, tapi yang dua orang ni kewalahan
Letih ! Kesian.
Tak dapat dibayangkan camana korang buat….
Tabik spring

Reply

Mommy Lyna January 4, 2013 at 2:56 am

mungkin budak2 ni dah biasa membesar dalam kereta agaknya :D

Reply

Lana March 20, 2013 at 12:45 am

Lyna nak tau jugak your itenarary jln europe especially in london & paris. Thanks babe.

Reply

Mommy Lyna March 25, 2013 at 8:04 am

oraitt nt i bg

Reply

Delaila March 23, 2013 at 9:40 am

Wah memang seronok backpacking …..harap2 one day saya juga akan kesana juga..insyallah…and berapa budget semua untuk 21 hari backpacking mommy..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: