Susahnya Nak Jana Pendapatan Dari Rumah!

by Mommy Lyna on December 5, 2012 · 4 comments

Susah ke nak jana pendapatan dari rumah? Ramai sebenarnya yang mengidam nak jadi surirumah goyang kaki tapi dapat duit. Boleh, jadi tukang jahit guna mesin jahit dulu-dulu :D

Jana pendapatan dari rumah tak mudah ya. Terutama yang tinggal di rumah bersama anak-anak. Ingat senang ke nak uruskan anak-anak sambil nak buat kerja-kerja rumahtangga sambil nak berbisnes sambil nak bersosial.. ops!

buat duit dari rumah

Tapi sebenarnya zaman sekarang ni tak ada lah sesusah mana pun. Kalau zaman dulu, mungkin. Sebab kena guna kerahan tenaga dan masa. Misalnya kalau yang ambil upah jahit baju ke, langsir ke, kena sediakan masa untuk menjahit. Sekarang ni pun ada juga yang buat macam tu, tapi ada yang lebih mudah… contohnya menjalankan perniagaan online tanpa perlu menyediakan barang.

Orang panggil ‘dropship’.

Dropship adalah sejenis sistem perniagaan yang mana si penjual cuma perlu membuat promosi dan mencari pelanggan.. manakala barang-barang jualan akan diuruskan oleh pemilik perniagaan yang sebenar. Contohnya Makcik Kiah ada buat kuih durian, dan melantik ejen2 jualan seperti Sheila dan Halida. Sheila dan Halida membuat promosi, mengambil bayaran dan penghantaran kuih dibuat oleh Makcik Kiah.

Tapi.. nampak je macam “Senang” namun bukan mudah nak jadikan website kita disinggahi pembaca yang akhirnya menjadi pembeli.

Bukan boleh buat dalam masa sehari.

Orang-orang yang boleh menjana pendapatan dari rumah di SOHO sendiri adalah orang-orang yang kuat dan mempunyai motivasi yang tinggi.

Mengasingkan perkara peribadi dengan bisnes bukan mudah bila suasana di ‘zon selesa’ kita.

Tabik spring buat mereka yang berjaya menjana pendapatan dari rumah!

Tapi saya akui permulaan memang perit. Tapi buahnya pasti amat manis. Semua bermula dari kita sendiri.

Memang tak mustahil kan.

{ 4 comments… read them below or add one }

Denaihati December 5, 2012 at 3:39 pm

askm. bila saingan semakin ramai, usaha kena lebih juga dan jangan lupa doa kejayaan berkat padaNya, insyaAllah berjaya dgn izinNya
Denaihati´s menulis tentang ..Kisahnya Secebis Hati part 10My Profile

Reply

Ummi Hanie December 5, 2012 at 7:17 pm

ye, bukan senang nak jadi senang

sy ‘berperang’ dgn 5 org anak utk berbisnes di rumah – belum campo blogging lg… hikss

~ annisa azmier ;)
Ummi Hanie´s menulis tentang ..Tangkap gambar dengan iPhone 5My Profile

Reply

juju December 6, 2012 at 5:41 pm

saya pun berminat nak jana pendapatan dari rumah..tapi belum berkemampuan untuk melaksanakan…huhu

Reply

mama_meah December 19, 2012 at 10:55 am

eh, masayu ahmad ni dh berape buku dia, published? hebatttt…
mama_meah´s menulis tentang ..Cara nak hilangkan jerawat di belakang badanMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: