Mengajar Anak Membaca : Kaedah Fonetik atau Whole Word

by Mommy Lyna on September 1, 2010 · 9 comments

Mengajar anak membaca adalah perkara subjektif bagi setiap ibu bapa. Ada ibu bapa yang begitu mengambil berat soal memperkenalkan huruf dan bahan bacaan kepada anak-anak dari awal usia (sama ada Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, AL-Quran, dsb), ada pula yang lebih cenderung mendedahkan anak-anak dengan permainan membina minda, ada juga yang lebih mengambil berat tentang adab dan sahsiah daripada mengejar perkara berkaitan akademik yang akhirnya boleh dipelajari di sekolah kelak, ada pula yang tak kisah, apa nak jadi, jadilah.

Bagi saya setiap orang ada priority atau keutamaan  tersendiri. Walau apa pun keputusan yang diambil oleh para ibu bapa, itu adalah yang terbaik buat mereka dan anak-anak mereka.

Menyebut soal mengajar anak membaca (tulisan rumi), hingga kini terdapat banyak kaedah yang dikatakan berkesan untuk anak-anak kecil (seawal usia tadika). Dan saya rasa dah jarang anak-anak sekarang diajar macam zaman saya dulu-   A /a/, B.A. ba, C.A. ca.. Antara kaedah yang popular sekarang ialah kaedah fonetik (bunyi huruf) dan whole word (mengenal dan mengecam perkataan).

Dalam kaedah fonetik A dibunyikan sebagai /a/(aaa), B sebagai /b/ (beh), C sebagai /c/ (ceh atau keh jika Bahasa Inggeris). Dalam Bahasa Indonesia, huruf2 disebut seumpama itu. Menurut beberapa ibu bapa Indonesia yang saya temui, anak-anak mereka lebih mudah belajar mengeja dengan sebutan huruf Indonesia berbanding sebutan Malaysia kerana sebutan Indonesia lebih kepada sebutan fonetik.

Manakala dalam kaedah whole word pula, kanak-kanak diajar mengecam bentuk perkataan dan dengan cara itu mereka dapat membaca dengan lebih cepat, tanpa perlu mengeja satu-persatu.

Anak-anak saya menyertai taska yang menggunakan konsep Glen Domann dan mereka didedahkan dengan kaedah whole word ketika di taska.

Di rumah pula saya menggunakan pelbagai cara (ikut mood), whole word, fonetik, cara lama dan sebagainya.

Saya mendapati anak saya Hafiy lebih cepat menangkap perkataan penuh (kaedah whole word) daripada fonetik atau kaedah yang memerlukannya mengeja perkataan.

Oh, saya tidak bertujuan untuk membanding-banding mana-mana kaedah mengajar anak membaca, sekadar berkongsi pengalaman dan pemerhatian saya terhadap anak-anak saya.

Namun saya dapati kaedah whole word memerlukan saya sentiasa menunjukkan perkataan-perkataan baru untuk memperkayakan vocabulary-nya. Hingga kini Hafiy boleh membaca (mengecam) perkataan-perkataan mudah dari kumpulan nouns seperti CAT, MOON, HEART, RECTANGLE dan lain-lain… iaitu perkataan-perkataan yang biasa dilihat dan di’baca’. Beliau mempunyai kesukaran sedikit untuk mengeja perkataan baru, walaupun sekadar 2 huruf, seperti IS, beliau boleh membaca huruf I.S. tapi tidak dapat membunyikan /is/ sebaliknya kadang-kadang bunyi /ee/ saja atau /sss/ saja.

Kaedah whole word ini juga digunakan dalam beberapa kaedah mengaji al-Quran seperti Iqra’. Kaedah Furqan menggunakan kedua-dua fonetik dan whole word. Anak-anak tidak diajar mengeja ‘alif fathah aaa, alif kasrah iiii, alih dhommah uuu’ sebaliknya alif berbaris atas terus dikenali sebagai /aaa/. Hafiy masih keliru lagi dengan baris-baris ni.

Tapi saya tak risaulah. Masih terlalu awal pun. Kang nanti masuk tadika tak tau nak belajar ape dah :)

Cuma seronok bila kita sendiri mengajar anak kita di rumah walaupun hanya suka-suka, kita boleh tengok dan ‘rasa’ sendiri keseronokan bila anak dapat melakukan sesuatu yang tak dijangka. Walau bagaimanapun saya mengakui perkembangan Hafiy banyak disokong oleh pihak taska juga. Tapi adalah membanggakan bila Hafiy kenal huruf A-Z, alif-ya,1-10 by heart sebelum masuk ke taska. Bukan bertanding dengan sesiapa, tapi kepuasan sendiri :D

Mengajar anak membaca di rumah bukan hakmilik ibu yang tidak bekerja di luar sahaja. Kadang-kadang ibu yang sepenuh masa berada di rumah pun tak tentu dapat meluangkan masa berkualiti untuk bersama-sama anak membuat aktiviti semacam itu (walaupun tak bekerja). Ia lebih kepada passion, keinginan, kegemaran, kemahuan, dan bukan tuntutan untuk ‘tengok anak siapa best’.

Bila mengajar anak membaca seawal usia untuk menunjuk ‘best’ adalah umpama bom jangka. Bila ibu dan anak tidak enjoy melakukan aktiviti tersebut, tapi sebab ‘terpaksa’ oleh kerana anak kawan-kawan semua dah boleh membaca seawal usia 2 tahun, kedua-duanya akan stress dan akhirnya aktiviti tersebut tak dapat berjalan dengan sempurna.

Mengajarlah anak buat apa-apa pun dengan gembira, dan anak pun gembira. Bila anak tak beri kerjasama kita tak pun stress kerana kita bukan target sekali ajar terus pandai dan terus jadi lebih bagus dari anak-anak lain, sebaliknya mengutamakan kualiti masa yang kita gunakan bersama anak-anak.

Pada pendapat saya, sebelum mula mempraktik pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak di rumah, ibu bapa haruslah tahu apa kaedah yang sesuai dengan diri mereka dan anak-anak. Apa yang on market sekarang tak semestinya sesuai dengan kita. Ada ibu-ibu yang mengajar anak mengaji menggunakan Mukaddam (ala old school) berbanding kaedah2 yang macam2 sekarang, Iqra’ lah, Qiraati lah, Huffaz lah, al-Bayan lah, Baghdadi lah, Furqon lah, dan sebagainya. Pastikan diri kita selesa dengan apa yang kita gunakan. Yang penting ibu enjoy, anak enjoy :)

Kalau tak tahu dan buntu nak buat macamana, mintalah petunjuk dari-Nya. Perbanyakkan doa, solat hajat dan solat istikharah mohon kemudahan untuk mengajar anak membaca di rumah.

mengajar anak membaca

online contest, giveaway, pertandingan online, performance drink, hilangkan dahaga, tingkat tenaga bulan puasa, tahan puasa, contest blog, blog giveaway

{ 9 comments… read them below or add one }

mamahanees September 1, 2010 at 1:21 pm

Saya prefer gabung kaedah fonetik dgn cara traditional. Lebih mudah (bg saya la) :-) mmg senang hafal bunyi2 huruf tapi bila nak gabungkan / nak baca perkataan, cam susah (atau mungkin saya yg x mahir hehe). Bila gabung dua2 kaedah tu (fonetik dan mengeja) macam senang jek.Mudah utk kita, dan mudah juga utk anak.

Lg satu, benefit kaedah fonetik…..kalau anak suka cakap pelat, leh guna kaedah fonetik utk betulkan sebutan dia. Ikut pengalaman saya, alhamdulillah dapat perbetulkan cara sebutan perkataan anak saya sedikit demi sedikit

Reply

Mommy Lyna September 1, 2010 at 2:10 pm

itulah, tak semua orang sesuai dengan satu kaedah saja. pandai2 lah nak menyesuaikan, tak gitu mamahanees :)

Reply

altuty September 1, 2010 at 1:34 pm

Thanks for sharing. Saya cuba kaedah whole word (saya tiru brillkids punya method) dan juga phonetics (byk apps di iPhone utk phonetics method).. pada saya Adam lebih mudah catch jika saya ajar phonetics, lagipun dia suka main iphone saya. byk sgt apps utk dia dari utk mama nya.
.-= altuty´s last blog ..Aidan- 1 year old Raya prep =-.

Reply

Mommy Lyna September 1, 2010 at 2:12 pm

wah bagus adam ;)

kalau bunyi2 huruf (bunyi fonetik) Hafiy boleh, tapi bila nak eja perkataan, dia belum dapat. mungkin belum mahir lagi agaknya. whole word senang nak cam for budak2 kecik macam dia kot hehe.

Reply

arin September 1, 2010 at 2:21 pm

pengalaman arin .

hantar yang sulung ke tadika and tak tahu mereka ajar guna phonics method. then bila yang sulung balik, bila time buat revision ngn dia arin ajar cara lain. dah dia cakap ” mama, salah.teacher ckp lain” . next day, tanya teacher kaedah mana tadika tu ajar coz before tu memang tak tertanya.

then teacher jawab panjang lebar and siap bagi cth. so, bila balik, puas la kita kena masterkan diri on how to teach the kids cara di ajar di tadika supaya anak tak confused.

Reply

2littlejj September 1, 2010 at 4:11 pm

arin,

betul tu, sekarang hampir semua tadika da ngajar konsep guna fonetik2 bagai,zaman kita dulu mana ada asal kenal ABC,pandai baca dan mengeja da kira lulus…di tadika sy jenuh nak kena xplain dgn parents mcmne nak baca kaedah fonetik, coz bila di rmh mrka nak ajar anak membaca,anak kata slah coz tchr kata bunyinya mcm gini,tapi mak ajar bunyi lain…kekadang lucu tapi kalo hampir semua parents tnya soalan yg sama pd tchr,nampaknya tcr kena buka kelas plak tuk mak bapak….

Reply

kakyong September 1, 2010 at 10:34 pm

lyna,
kakyong main belasah jer… huhuu..
guna mana yg sesuai ikut mood fikri.. sbb skrg ni fikri jer yg dah mula minat dgn perkataan.. anis & aliya masih minat gambor jer…

actually semua teknik tu bagus, asal kita tahu cara nak praktiskannya.. & yg penting sekali si anak njoy.. bila anak rasa tak seronok.. guna lah teknik apa pun, tak jalan jugak…

tp dlm kes fikri ni, dia memang kena ada cikgu lain yg ajor.. kalo ibu yang ajor dia mula lah nak tukor topik lain.. tu la kan 24 jam di rumah pun , x berjaya jadikan anak boleh mbaca pd usia 2-3 tahun… huhuuu…

tp pd kakyong.. setiap anak ade potensi sendiri.. kdg2 kita ni expectation tu tinggi sgt.. so let anak2 njoy masa kanak2 & at the same time isi juga masa dgn pendedahan pembelajaran membaca/mengira/menulis…
.-= kakyong´s last blog ..kek batik dan biskut cornflake rangup =-.

Reply

isna March 14, 2011 at 1:45 am

saya kalau mengajar anak saya yg 6 thn tu membaca teruk gak kene dgn saya.dia blh mengeja tp tak tau menyantum bunyi yg dia eja tu.tu yg bt saya geram tu.bila suruh bukak buku mula lah dia merungut.kalau tengok tv dr pg sampai ptg pun tak pe.kadang2 saya naik buntu tak tau cam ner nak fahamkan apa yg dia eja.

Reply

lin January 16, 2013 at 3:40 pm

sy pn. ank 7 thn..memg tention klu ajr dia. mengeja dia blh …, tap x blh bunyikan…bnyk kali eja pn…bunyikan x blh???risau sgt. x blh membca lg…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: