Berhias Menurut Islam – 13 Panduan Berhias Yang Dibenarkan

Berhias menurut Islam adalah fitrah wanita. Ingin kelihatan cantik, berdandan, memakai perhiasan adalah tabiat semulajadi yang ada pada diri wanita. Kerana itu tidak hairan jika berbanding lelaki, wanita lebih banyak menghabiskan duit untuk kecantikan.

Artikel di bawah adalah dipetik dan diubahsuai dari Majalah Nur, September 2010 untuk tatapan bersama, sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Islam tidak melarang wanita kelihatan cantik namun mestilah mengikut peraturan berdasarkan tempat serta situasi tertentu. Muslimah harus tahu selok belok berhias dalam Islam supaya tidak terikut2 dengan budaya yang di luar batas agama. Contohnya hari ni kita dapati ramai wanita Islam yang berambut perang (menggunakan dye tanpa mengira halal atau haram), berkuku merah (cutex) dan pelbagai jenis pakaian.. dah jadi pemandangan biasa.

Berikut adalah panduan berhias menurut Islam dari segi mewarna rambut, berinai, dan aksesori:

1. Mewarnakan rambut

Mewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi : “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang2 Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.

2. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang tua

Tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim)

3. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang muda

Orang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).

4. Bahan untuk pewarna rambut

“Sebaik2 bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (HR Tirmizi & ashabussunan).

Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.

5. Pewarna komersial?

Apa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas.

6. Pemakaian inai

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai  pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita samada samada sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaiamanapun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau daru bahan2 yang meragukan.

7. Inai ukir

Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarnya menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

8. Pewarna kuku

Pewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.

9. Sifat inai

Inai bersifat panas dan melahirkan rasa cinta. Wangian yang terbaik ialah dari bunga inai. Memakai inai pada tangan dan kaki adalah kebiasaan masyarakat Timur terutama bagi penganting baru.

10. Memotong kuku

Memotong kuku adalah sunat untuk menghilangkan kotoran yang terkumpul di bawah kuku, yang boleh menghalang air wuduk.

11. Sunat memotong kuku

Menurut imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula dari jari sebelah kanan keseluruhannya, bermula dari jari telunjuk sehingga kelingking, kemudian ibu jari. Sebaik-baik dilakukan pada hari Jumaat.

12. Etika pemakaian

Islam mengharamkan pemakaian baju atau sarung yang melewati kedua-dua buku lali berdasarkan hadis Rasulullah SAW “Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa srung, maka tempatnya di neraka” (HR Bukhari).

13. Pemakaian wangian

Wangian untuk wanita hendaklah nyata warnanya manum ringan baunya, manakala haruman untuk lelaki hendaklah kuat baunya tapi tidak berwarna. Namun sekiranya seseorang wanita ke masjid, tidak dibenarkan memakai wangian.

Komen saya:

Apa-apa pun berbalik kepada yang asas. Berhiaslah untuk menunjukkan keindahan Islam, terutama kepada orang bukan Islam. Janganlah kelihatan selekeh, baju tak bergosok, dan sebagainya. Orang luar tengok pun nampak tak elok bukan. Dan usahlah berhias sebab nak menunjuk-nunjuk kecantikan kita dan membanding-banding dengan orang lain. Kita semua memang cantik diciptakan Allah.

Pakai wangian sekadar untuk menutup bau badan. Jangan pula tak pakai apa-apa langsung sampaikan orang lain yang bersama kita terpaksa tahan nafas bila bersama dengan kita. Sekurang-kurangnya pakailah deodoran yang tak berbau. Kasihan hidung orang, terpaksa tahan bau busuk badan kita.

Bercantik-cantik di hari raya adalah sunnah, di mana Rasulullah sendiri mengenakan pakaian tercantik pada hari raya.

berhias dalam Islam

4 thoughts on “Berhias Menurut Islam – 13 Panduan Berhias Yang Dibenarkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge